Budaya UMNO Selepas 55 Tahun Merdeka

Dalam keserakahan UMNO-BN mengaut semula sokongan rakyat, perbuatan samseng ini cuma mencemarkan imej mereka sendiri. Inilah model Melayu Islam ala UMNO. Kejantanan mereka sekadar baling tong cat,baling batu, baling telur dan baling kasut.

Apa itu bandaraya pintar dan sesuai untuk didiami? Oleh Lim Guan Eng

Oleh itu, kami telah menubuhkan Lembaga Perumahan Negeri dan telah mengumumkan peruntukan RM500 juta untuk membiayai 18,000 unit perumahan mampu milik, termasuk 1,328 unit di Jalan SP Chelliah (Lines Road) di George Town, 12,000 unit di kawasan industri baru Batu Kawan dan yang selebihnya di kawasan-kawasan lain – Lim Guan Eng

Fitnah dahsyat 13 Mei oleh golongan amat terdesak Oleh Lim Kit Siang

Ianya menyedihkan kerana semua usaha menjelang sambutan Kemerdekaan yang ke-55/Hari Malaysia Ke-49 sepatutnya berfokuskan perpaduan yang diversif dan berbilang kaum, tetapi nampaknya ada elemen-elemen anti-nasional yang mengapi-apikan syak wasangka buruk diantara kaum dan memporak-perandakan keharmonian di negara ini dengan penyebaran kepalsuan dan fitnah berhubung dengan sejarah tanahair ini.

Dr Ariffin Omar: Menuju cita-cita Malaysia sejati – Bahagian Pertama

Apa yang menarik, DAP menentang rasuah dengan bersungguh-sungguh, salah guna kuasa, kronisme dan nepotisme, semua ini gejala-gejala yang telah menimpa negara ini. Prinsip perjuangan DAP berlandaskan semangat Perlembagaan Persekutuan. Inilah yang menarik perhatian saya yang menyebabkan akhirnya saya menyertai parti DAP.

Pesta Lagu Jalanan 2012: Seniman muda tidak dipinggirkan

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dyana Sofya “Semua peserta yang menyertai pertandingan ini sangat berbakat, bagus dan kita juga punya penonton yang berkualiti. Kami berharap pesta ini dapat dianjurkan lagi untuk masa yang akan datang dengan promosi yang lebih bersepadu dan meluas”.

Prof Tajuddin Rasdi: Universiti gila ranking, mahasiswa takut bersuara – Bahagian Pertama

Serupa juga di dalam kelas yang saya mengajar. Dalam kelas saya mengenai falsafah seni bina, teori seni bina, tidak ada soalan walau pun saya bagi kritikan terhadap bangunan-bangunan di Putrajaya, kritikan terhadap senibina masjid secara terbuka, dan saya sebut mengenai seni bina demokrasi, tetapi tidak ada soalan pun ditanya dan saya tahu pelajar-pelajar bukan Melayu cukup berminat tentang isu ini.