Ubah persepsi ‘politik itu kotor’ – Lily

Oleh B. Suffian Sejak sekian lama wujud persepsi negatif orang ramai terhadap politik. Ramai menganggapnya sebagai sesuatu yang kotor. Golongan muda ada yang menjarakkan diri mereka daripada dikaitkan dengan politik. Mereka tidak mahu ‘terjebak’ dengan politik walaupun sekelumit. Lebih-lebih lagi, dalam beberapa bulan kebelakangan ini rakyat telah disajikan dengan pelbagai peristiwa politik yang melesukan jiwa […]

Terus perjuang tegakkan mandat rakyat

Mandat rakyat 2018 mestilah dihormati dan ditegakkan, tegas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) akan terus berjuang untuk tegakkan mandat ini sungguhpun ada pihak yang berpaling tadah. “Apakah falsafah Kerajaan Perikatan Nasional? Adakah mereka ada satu manifesto? Adakah mereka ada satu dasar? Kecuali untuk kekal kuasa…,” katanya ketika perbahasan menjunjung […]

Politik hura-hara: Kita tahu siapa tembelangnya

Oleh Howard Lee (Ketua DAPSY Kebangsaan, Adun Pasir Pinji) Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki bahawa anak muda di negara ini bosan dengan politik haru-biru serta perkauman dan agama sebenarnya amat tepat. Hanya saya ingin bertanya kembali kepada Pemuda UMNO, bukankah pendirian Asyraf bagaikan talam bermuka dua, kepala yu berekor pari? Sedap didengar pemuda UMNO […]

Kebiasaan baru speaker Dewan Rakyat

Oleh Fakhrurrazi Rashid (Koordinator penyelidik Research for Social Advancement (Refsa)). Pada 27 Jun 2020, Mohamad Ariff, Yang di-Pertua Dewan Rakyat (YDPR) mengesahkan Perdana Menteri, Muhyuddin Yassin telah menghantar usul untuk menamatkan khidmat YDPR dan timbalan YDPR, iaitu Nga Kor Ming. Berita ini telah mewujudkan pelbagai reaksi dan polemik ketika kedudukan politik negara masih tidak stabil. […]

Pencalonan Shafie: PH wajar putuskan sebelum sidang Parlimen 13 Julai

Cadangan pencalonan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri untuk mengembalikan mandat rakyat dan membolehkan Pakatan Harapan (PH) Plus membentuk semula kerajaan perlu diputuskan bersama di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Majlis Presiden PH perlu bermesyuarat dalam kadar segera sebelum persidangan Parlimen bermula pada 13 Julai 2020 […]

Kemerosotan ekonomi: Kerajaan mesti jamin pekerjaan rakyat

Kenyataan bersama oleh Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin; Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Hatta Ramli; dan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong. Kerajaan Malaysia mesti lebih agresif dan berani menjamin pekerjaan di tengah kemerosotan ekonomi Kemerosotan ekonomi semakin memburuk. Berdasarkan angka terkini Jabatan Statistik Malaysia, kadar pengangguran telah melonjak dari […]

‘Cari titik persamaan untuk tuntut kembali mandat rakyat’

Kenyataan media bersama Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada hari Isnin 22 Jun 2020 Kami ingin memberi kenyataan respons kepada PKR yang sebelum ini telah mengumumkan menolak pilihan kedua untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, […]

Penyatuan Anwar-Mahathir satu-satunya harapan Malaysia

Oleh Liew Chin Tong (Pengarah Pendidikan Politik DAP dan Pengerusi DAP Johor) Tun Dr Mahathir Mohamad adalah rakan dan sekutu kita. Begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Shafie Apdal. Kita sama-sama telah bekerja keras untuk memujuk keyakinan rakyat terhadap Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018. Perpaduan telah menang […]

DAP, kesetiaan dan demi rakyat

Di tengah-tengah isu lompat parti dalam kalangan wakil rakyat, Ahli Parlimen Raub, TENGKU ZULPURI SHAH RAJA PUJI menyeru ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) untuk kekal berpinsip. Tegas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu, dalam politik, seseorang mesti mempunyai pendirian. Dan yang paling penting adalah setiakawan — berat sama dipikul ringan sama dijinjing.  Bercakap kepada wartawan Roketkini, […]

Rakyat kecewa Musa Aman bebas 46 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram

Isu pembebasan Musa Aman daripada 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram minggu lalu terus menjadi buah mulut masyarakat dan mengundang reaksi pemimpin politik.  Terbaharu, Adun Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan keputusan pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap bekas ketua menteri Sabah itu mengecewakan rakyat khususnya mereka yang mahu Malaysia yang lebih […]

Benarkah Muhyiddin kurang berpolitik?

Benarkah Tan Sri Muhyiddin Yassin kurang berpolitik dalam tempoh 100 hari pentadbirannya sebagai Perdana Menteri? Jikalau benar kurang berpolitik, kenapa berlaku pemecatan dalam partinya? Kenapa berlaku kejatuhan kerajaan negeri? Peristiwa-peristiwa ini berlaku ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19. Apakah semua ini bukan berpolitik? Mari kita mengimbas kembali apa yang berlaku. Pada 18 Mac lalu, […]

Lompat si katak lompat, kerana kuasa lupa rakyat

Minggu ini, dua wakil rakyat PH di Kedah mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Malah, mereka turut menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN). Oktober 2015, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah berkata bahawa wakil rakyat yang lompat parti bukan lagi seperti katak tetapi tidak ubah seperti ‘monyet’. Beliau mengibaratkan ‘monyet-monyet’ ini […]