Agamawan juga masuk neraka

Kita sering merasakan agamawan adalah orang yang sangat mudah masuk ke syurga. Dalam hadis nabi juga ada menyebut bahawa ulama adalah pewaris nabi yang sering di sebut oleh ramai orang. Adakah tidak kita terfikir akan ada ulama yang bukan pewaris nabi? Ulama yang tiada akhlaknya? Orang yang alim tapi tiada tawadhu? Imam Al-Muhasibi (meninggal dua […]

‘Jangan sampai Orang Asli berkampung depan rumah pemimpin PAS Kelantan’

Wakil DAP Kelantan Mohd Fauzi Mohd Azmi menempelak sikap pemimpin-pemimpin kerajaan PAS Kelantan yang gagal membela hak minoriti Orang Asli Temiar di Gua Musang yang berdepan krisis tanah akibat pencerobohan dan pembalakan. “Kita nak perkara ni diselesaikan, dirundingkan. Dia (PAS) bercakap tentang Islam ada ajar tentang hak. “Kalau kerajaan negeri ada hak untuk luluskan pembalakan […]

Tun Mahathir sahut gema suara Orang Asli Temiar di Putrajaya

Kesudian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertemu dengan wakil-wakil jaringan masyarakat Orang Asli Temiar petang ini membuka lembaran baru perjuangan menuntut pengiktirafan wilayah adat di Kelantan. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya berkata, Dr Mahathir akan mengadakan perbincangan bersama wakil-wakil Orang Asli pada jam 3.30 petang ini. Beliau berkata demikian selepas menerima […]

Pernikahan bukan ‘alat’ zalimi kanak-kanak

Minggu lepas, saya telah menghadiri jemputan Feminine Magazine bagi membincangkan isu yang mendapat perhatian serius orang ramai, iaitu perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun dengan seorang lelaki dewasa berumur 40 tahun. Selepas itu, saya terbaca kenyataan terbaru Che Abdul Karim, lelaki berusia 40 tahun yang mengahwini kanak-kanak tersebut. Emosi saya amat terganggu apabila Che […]

Tony Pua perjelas kekeliruan cukai SST

Ahli Parlimen Damansara Tony Pua memperbetulkan kekeliruan yang timbul ekoran dakwaan  Presiden Akauntan Percukaian Malaysia, Datuk Abd Aziz Abu Bakar kononnya kos sara hidup akan lebih membebankan sekiranya SST dikembalikan. “Huraian Datuk Abdul Aziz mengenai impak SST ke atas harga barang-barang dan perkhidmatan adalah salah. “Cukai SST adalah cukai seperingkat, bukan berperingkat,” katanya dalam kenyataan. […]

Agong rasmi pembukaan Parlimen ke-14

Istiadat Perasmian Pembukaan Dewan Rakyat ke-14 hari ini telah disempurnakan oleh Yang Di Pertuan Agong, Sultan Muhammad Kelima di Dataran Parlimen pada jam 10 pagi tadi. Majlis disempurnakan dengan Hormat Diraja sebelum pemeriksaan perbarisan batalion Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diiringi tembakan meriam sebanyak 21 das. Terlebih dahulu ketibaan Anggota Parlimen dan tetamu kehormat diikuti […]

Amirudin Shari ada aura kepimpinan tersendiri – Ng Suee Lim

Ahli Dewan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim menyifatkan Amirudin Shari yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor memiliki ketokohan dan aura tersendiri selain pengalamannya memegang portfolion sebagai Exco sebelum ini. Menurutnya, pelantikan itu akan melonjakkan sokongan dan dokongan rakyat Selangor daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutama anak muda terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN) lapor SelangorKini. “Saya yakin dan […]

Patriot ziarah Lim Kit Siang bincang kerjasama demi perpaduan negara

Tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menerima kunjungan hormat Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP. Kunjungan ini diketuai oleh presidennya, Brigadier General (B) Dato Mohamed Arshad Raji bersama Pengarah Komunikasi Patriot, Kapten (B) Dr Wong Ang Peng dan Bendahari Kehormatnya, Lt Kol (B) Ramli Mohamad. Pertemuan itu membincangkan tentang sebarang kerjasama […]

Kerajaan akan pastikan tidak wujud monopoli sektor pengangkutan – Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan tidak wujud monopoli dalam sektor pengangkutan termasuk perkhidmatan e-hailing. Jelasnya, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menjalankan kajian menyeluruh mengenai perkhidmatan tersebut dan mengemukakan cadangan dalam tempoh sebulan menjelang Julai ini. “Bagi perkhidmatan teksi dan e-hailing, saya telah minta SPAD beri […]

Najib harus terima kenyataan, bukan menyalahkan orang lain – Lim Kit Siang

Kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu kononnya disebabkan ‘fitnah’ disifatkan sebagai penyakit sindrom penafian kata tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang. Mengulas kenyataan Najib itu, beliau mempersoalkan adakah dakwaan itu bermakna segala penemuan lebih 100 kilogram emas (berharga lebih RM16 […]

Akta berita palsu akan dimansuhkan – Gobind

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, hari ini menegaskan bahawa Akta Antiberita Tidak Benar akan dimansuhkan. Menurutnya, cadangan tersebut akan dibawa kepada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad agar ia dapat dimansuhkan dengan segera. “Saya ada satu senarai yang kami perlu kaji. Saya akan adakan sidang akhbar esok untuk beritahu secara khusus. Kita ada […]

Pesona peribadi Tengku Zulpuri Shah meniti di bibir orang Raub

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) P080 Raub, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) memiliki pesona tersendiri berbanding calon yang Barisan Nasional (BN) Chew Mei Fun  dan calon PAS, Dr Mohamed Nilam. Selain latar belakang keluarga besarnya di Raub, nama Tengku Zulpuri amat dikenali sampai ke hulu kampung kerana imej mesra dan […]