Apa khabar dengan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia?

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Dr Ong Kian Ming hari ini mengingatkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tentang Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) bagi menyiasat kejadian kemalangan kereta api yang sehingga kini masih belum ditubuhkan. Perkara ini disuarakan Ahli Parlimen Serdang itu susulan kejadian kereta api kargo tergelincir di Stesen Bank Negara semalam yang […]

Selangor peruntuk RM1 juta bantuan banjir ke Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 6 NOV: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merakamkan rasa penghargaan dan terharu di atas tindakan segera kerajaan Selangor yang mengumumkan pemberian sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Pulau Pinang ekoran bencana banjir dan ribut yang melanda negeri itu. “Saya berasa terharu atas sokongan, simpati dan solidariti yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Azmin […]

Persatuan bekas perajurit kesal khidmat UTK untuk Tun Mahathir ditarik balik

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Pertubuhan bekas perajurit, Persatuan Patriot Kebangsaan hari ini menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan menari balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Menyifatkan itu sebagai tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah, amatur dan merendah-rendahkan seorang tokoh negarawan yang berjasa besar, presidennya, Brig Jeneral (B) […]

Dakwaan lebih seribu tentera dalam daftar pemilih di kem belum siap ada bukti sah

KLUANG, 3 NOV: Dakwaan bahawa lebih seribu anggota tentera dan pasangan mereka didaftarkan sebagai pengundi di sebuah kem yang masih dalam pembinaan di Segamat adalah berdasarkan bukti yang sah. Adun Mengkibol, Tan Hong Ping menegaskan dakwaan itu dibuat pihaknya hasil semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2017 yang sedang dipamerkan. “Rang Daftar Pemilih Tambahan […]

Bagaimana dengan kuari berhampiran kawasan perumahan di Sarawak pula?

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Wan Junaidi didakwa pilih kasih apabila menuduh projek perumahan di Tanjung Bungah sebagai ‘berbahaya’ meski pun mematuhi garis panduan jarak kementerian iaitu tidak kurang 600 meter dari kawasan kuari dengan jarak 715 meter. Sikap ‘double standard’ menteri itu dipersoal apabila berdiam diri terhadap […]

Ketua Pesuruhjaya SPRM digesa jawab persoalan ‘video Bali’

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad diminta membuat penjelasan adakah beliau individu yang terakam dalam beberapa klip ‘video Bali’ yang tular baru-baru ini. Gesaan yang dibuat Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo itu katanya bertujuan supaya spekulasi awam terhadap individu lelaki dalam klip video terbabit dihentikan […]

Najibnomics = Najib tiada dasar ekonomi

Perkataan yang berakhir dengan “-nomics” adalah istilah popular digunakan di media bagi melambangkan sesuatu bentuk ekonomi atau sekadar istilah untuk memperlekeh sesuatu retorik politik. “Najibnomics” adalah percubaan para penyokong Najib Razak untuk menunjuk-nunjuk kononnya ia adalah suatu set idea ekonomi yang akan memacu negara ke hadapan. Soalnya, adakah idea itu benar-benar wujud? Pada 27 Oktober […]

Video Bali: Adakah polis sudah ambil keterangan ‘bos’ SPRM?

PUCHONG, 23 OKT: Adakah polis sudah mengambil keterangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad berhubung dakwaan hubungan sulit melibatkannya soal Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. Menurutnya, polis tidak boleh melengah-lengahkan siasatan mereka dan perlu mengenal pasti fakta demi kepentingan pihak yang terlibat dalam penyiasatan itu khususnya SPRM sendiri. Ketua […]

Sekitar Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi

Jam empat petang orang ramai sudah mula membanjiri Taman Jaya di Petaling Jaya. Gerai-gerai sudah memulakan operasi. Aktiviti jual beli menjadi semakin rancak, not ringgit bertukar tangan. Selang beberapa minit selepas itu, diumumkan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahathir Mohamad akan tiba untuk mengisi kerusi yang kosong di atas pentas. Kehadirannya pada petang […]

HARAPAN Wilayah Persekutuan umum struktur kepimpinan

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan struktur kepimpinanya. Ia dipengerusikan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang juga Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan. Menurutnya, HARAPAN Wilayah Persekutuan akan memberi tumpuan menyelesaikan pelbagai isu perbandaran, penjualan tanah kerajaan dan sebagainya yang sering melanda warga kota. Menurutnya, banyak keputusan dan dasar Dewan […]

Setelah pecah botol arak, ‘Calon MB Selangor’ mahu jual ikan pula?

Kurang beberapa jam sebelum himpunan anti-rasuah 14 Oktober dilangsungkan, kita tiba-tiba diberitahu bahawa ketua kumpulan geng Baju Merah, Jamal Yunos sungguh-sungguh mahu ‘turut serta’ dalam himpunan itu – tapi sebagai penjual ikan. Sudah tentu kita maklum, berahi Jamal itu bukanlah untuk menuntut agar rasuah dan kleptokrasi dihapuskan – tapi sekadar mencari publisiti murah – mungkin […]

Teguran Raja-Raja Melayu: Kenapa Najib dan menteri kabinet membisu?

KUALA LUMPUR, 12 OKT: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sikap membisu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kabinetnya terhadap teguran Majlis Raja-raja Melayu berhubung isu keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat. Kit Siang berkata, pelbagai pihak telah memuji dan menyokong kenyataan yang dikeluarkan Majlis Raja-Raja Melayu itu yang dilihat bertepatan dengan suasana […]