Datuk Bandar KL kerja untuk pemaju atau rakyat?

KUALA LUMPUR, 16 MAC: DAP kesal dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang enggan mewartakan Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (DPSKL2020). Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, keputusan DBKL itu akan mengakibatkan KL yang sedia ada sesak menjadi semakin teruk ditambah dengan pembangunan yang tidak terkawal. “(Tindakan DBKL) mengetepikan DPSKL2020 akan memberikan kebebasan […]

Mengapa Mahathir berkawan dengan Kit Siang?

Bagi kebanyakan orang Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pejuang bangsa. Dalam konteks ini, ia membawa dua maksud, iaitu bangsa sebagai kaum dan bangsa sebagai negara (nation). Mereka yang menyanjunginya pasti tidak lupa amanat terakhir beliau sebagai Presiden UMNO sewaktu berucap di perhimpunan agung parti ke-54 pada Jun 2003 yang mengingatkan ahli dan pemimpin parti […]

Datuk Onn, seperti DAP, jauh mendahului zaman

Ucapan perbahasan Titah Diraja oleh Ketua Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Rabu 15 Mac 2017. Datuk Onn Jaafar 66 tahun mendahului zaman, DAP pula 51 tahun mendahului zaman, saya ditahan ISA sewaktu Operasi Lalang 30 tahun lalu kerana terlalu melampaui zaman – bukankah kini masanya rakyat […]

SPR ‘sabotaj’ usaha Pakatan daftar pengundi baru?

KUALA LUMPUR, 14 MAC: Keengganan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negeri Selangor bekerjasama dengan wakil rakyat Pakatan Harapan dilihat cuba mensabotaj usaha mendaftar pengundi baru. Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee berkata pejabatnya telah mengemukakan cadangan untuk menganjurkan kempen pendaftaran pemilih bersama SPR sebanyak 12 kali sejak 2016. Malangnya, sehingga kini hanya dua kali ia berjaya dianjurkan. […]

Kerjasama PAS-UMNO tidak perlu diselindung lagi

MENTAKAB, 14 MAC: Satu rakaman video tular di media sosial baru-baru ini mengenai kemungkinan kerjasama antara PAS dan UMNO. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dirakamkan berucap mengenai pembahagian negeri antara parti Islam itu dan UMNO. “Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor. Biar PAS memimpin. Negeri lain UMNO nak lagi biarkan dia. Biarkan dia,” ujar […]

Merungkai nasib bangsa dalam mimpi siang wawasan 2050 Najib

Belum pun Transformasi Nasional 2050 atau singkatannya TN50 bermula, ia yang dijadualkan bertitik tolak seawal abad 22, sudah dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai destinasi yang mengiurkan – dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia antara “20 negara teratas dalam pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan inovasi”. Ada pihak yang menanggapi idea ‘bernas lagi berdaya maju’ […]

Difitnah seleweng dana YAWAS, Teresa Kok sedia saman Jamal

KUALA LUMPUR, 12 MAC: Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok menjadi mangsa terbaru siri fitnah yang kini semakin diperhebat oleh konco-konco UMNO Barisan Nasional. Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus baru-baru ini menuduh Teresa sebagai kononnya menyeleweng wang ehsan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), sedangkan ia tidak benar sama sekali. Malah, laporan […]

Ternyata UMNO khianati Bangsa Johor

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sepatutnya berani dan menggunakan kesempatan Mesyuarat Dewan Negeri untuk menjelaskan isu pelepasan unit kuota Bumiputera. Khaled tidak sepatutnya bersembunyi di sebalik Peraturan Mesyuarat sehingga menyebabkan Adun Pekan Nenas diarah keluar Dewan. Adun Pekan Nenas, Yeo Tung Siong bertindak berdasarkan Peraturan Mesyuarat Dewan untuk membawa satu rundingan tergempar […]

MB Johor cakap ‘putar belit’, Adun DAP pula dihalau keluar dewan

JOHOR BAHRU, 9 MAC: Hanya kerana mempersoalkan kenyataan bercanggah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung skandal hartanah negeri, seorang Adun DAP diarahkan keluar dari dewan sebentar tadi. Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong diminta keluar apabila Speaker DUN, Tan Sri Mohamad Aziz menolak usul tergempar yang meminta Khaled menjelaskan kenyataan bercanggahnya mengenai pelepasan […]

Usul tubuh jawatankuasa teliti skandal tanah Johor ditolak, MB elak jawab soalan

JOHOR BAHRU, 9 MAC: Usul supaya Kerajaan Negeri Johor menubuhkan Jawatankuasa Terpilih bagi meneliti kes skandal rasuah hartanah yang berlaku baru-baru ini sekali lagi ditolak Speaker DUN, Tan Sri Mohamad Aziz hari ini. Aziz mendakwa, kes itu tidak wajar dibincangkan memandangkan ia sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menyifatkan alasan itu sebagai dangkal, Adun […]

Empangan ‘beracun’ di Cameron Highlands?

CAMERON HIGHLANDS, 7 MAC: Dari jauh, kehijauan air di Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai Cameron Highlands kelihatan indah mempesona, namun tidak ramai tahu bahawa warna hijau pada permukaan air itu terbentuk akibat pencemaran bahan kimia. Menurut Presiden Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) Hafizudin Nasarudin, warna hijau di permukaan air itu dikenali sebagai alga dan merupakan petunjuk wujudnya […]

Tindakan terhadap aktivis UM jelas langgar kebebasan bersuara pelajar – DAP

KUALA LUMPUR, 8 MAC: DAP mengutuk sekeras-sekerasnya tindakan terbaru Universiti Malaya (UM) mengenakan amaran dan denda sebanyak RM300 terhadap seorang pemimpin pelajar institusi awam itu ekoran memprotes isu skandal 1MDB tahun lalu. Bekas Presiden Persatuan Untuk Belia Baru UM (UMANY), Ho Chi Yang dikenakan hukuman itu semalam susulan tindakannya menaikkan plakad ‘protes 1MDB’ dalam satu […]