Didakwa terima harta curi, laporan polis dibuat terhadap Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Sebuah laporan polis hari ini dibuat di Balai di Polis Dang Wangi ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan menerima harta curi dengan curang dan menolong menyembunyikan harta curi serta kesalahan-kesalahan lain di bawah Seksyen 411 dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan. Selain Najib, turut dilaporkan atas dakwaan yang […]

Kemenangan Sarawak lampu hijau buat Haji Hadi bentang hudud

Kemenangan besar Barisan Nasional pada Pilihanraya Negeri Sarawak 7 Mei lalu adalah sebab kenapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh memberi lampu hijau kepada presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang untuk mengutamakan rang undang-undang persendiriannya mengenai hudud di Parlimen pada Khamis lalu. Najib boleh bertindak tanpa menghiraukan pendangan parti-parti komponen dan pemimpin BN selain […]

Hasan Arifin selindung kebenaran, letak jawatan!

Anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hairan kenapa Datuk Hasan Arifin telah bertindak sendirian memadamkan ayat-ayat daripada laporan akhir PAC berkenaan 1MDB yang memetik pendedahan Bank Negara bahawa ‘penerima manfaat Good Star Limited adalah individu yang tidak terkait dengan Petrosaudi International Limited’. Kami kemudiannya tambah terkejut dengan kegagalan Datuk Hasan Arifin untuk mendedahkan kepada anggota […]

PAS bersekongkol dengan UMNO untuk menentang DAP?

DAP berasa amat kesal dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan tindakan beberapa Ahli Parlimen DAP mempertikaikan usul Rang Undang-undang Persendirian yang dibawa oleh beliau di Dewan Rakyat Khamis lalu sebagai tindakan memusuhi Islam. Tuduhan liar seperti ini sentiasa dilemparkan oleh UMNO selama ini untuk memburuk-burukkan imej […]

Sungai Pahang makin kering dan cetek, DAP gesa kerajaan tindak segera

MENTAKAB, 23 MEI: Sungai Pahang, sebuah sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia, kini mengalami ancaman kering dan cetek ekoran sikap rakus syarikat pembalak, ditambah pula dengan sikap sambil lewa kerajaan UMNO-Barisan Nasional Pahang terhadap isu tersebut. Hasil daripada penerokaan hutan tanpa kawalan di Ulu Tembeling, menurut laporan agensi berita nasional Bernama, salah sebuah anak sungai utama […]

DAP gesa polis siasat segera semua individu yang dikaitkan skandal 1MDB

KUALA LUMPUR, 20 MEI: Polis digesa mempercepatkan siasatan terhadap individu-individu yang dikaitkan dengan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang telah didedahkan di dalam laporan akhir Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) enam minggu lalu. Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, berkata langkah itu perlu diambil segera bagi memastikan dalang skandal kewangan RM50 bilion […]

Elak salahguna kuasa, Ketua Polis digesa jelas kuasa SB kepada umum

KLUANG, 13 MEI: DAP Johor menuntut agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerangkan secara terperinci fungsi, kuasa dan tugas Cawangan Khas (SB) kepada umum bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran hak peribadi orang awam. Selain itu, Khalid juga digesa menjelaskan kesahihan dakwaan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa kerajaan telah […]

DUN N49 Ngemah perlu akses jalan lebih baik, calon DAP tawar suara desak kerajaan

KANOWIT, 5 MEI: Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran sewaktu menjalankan kempen di kawasan N49 Ngemah di sini, calon DAP, Richard Anak Lias, tetap tampak bersemangat untuk menyampaikan aspirasi parti kepada masyarakat. Dalam satu kempennya yang terpaksa mengharungi lapan jam perjalanan menaiki bot untuk sampai ke kawasan Ulu Ngemah, Richard, 57, dengan keletihan yang […]

Usia muda bukan penghalang calon DAP N17 Stakan berkhidmat demi Sarawak

KUCHING, 3 MEI: Walaupun baru berusia 25 tahun, calon DAP bagi kawasan DUN N17 Stakan, Leslie Ting Xiang Zhi, yakin bahawa ia bukanlah penghalang untuk beliau berbakti dan menjadi pencetus perubahan kepada penduduk Stakan. Malah, beliau berpendirian bahawa seorang wakil rakyat yang baik diukur melalui sifat ikhlas dan jujur dalam memperjuangkan hak dan keperluan masyarakat, […]

Sarawak: Demi Pakatan, calon muda DAP Aziz tukar kerusi, bakal berentap veteran BN

KOTA SAMARAHAN, 24 APRIL: Walaupun terpaksa bertukar kawasan dengan PKR, calon termuda DAP yang bakal bertanding di DUN N17 Stakan, Abdul Aziz Isa, menerima keputusan pertukaran itu dengan hati terbuka demi semangat setiakawan Pakatan Harapan. Beliau yang sebelum ini dijangka bertanding di DUN N13 Batu Kitang berkata, pertukaran kawasan bukanlah penyebab untuk beliau berputus asa, […]

DAP kesal pembatalan debat Guan Eng – Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Yang mencabar Lim Guan Eng untuk berdebat ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan; dan Guan Eng menerima cabaran itu tanpa syarat. Kini yang menarik diri daripada debat tersebut ialah Rahman Dahlan sendiri. Sehubungan itu, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke, kesal dan dukacita dengan keputusan TV3 untuk membatalkan debat di antara Ketua […]

Mencari Tuhan (Bahagian Pertama)

Kata Mircade Eliade dalam bukunya “The History of Religion”, “Pencarian agama itu adalah sebahagian daripada struktur intelektual manusia”. Walaupun kata-kata ini dilihat biasa-biasa sahaja, bagi seorang peneroka kebenaran kehidupan, ia memberi sesuatu impak yang sangat besar. Pencarian spiritual ini adakalanya berlaku pada seseorang pada usia yang sangat muda, ada pula berlaku apabila usianya sudah lanjut […]