Forum buat melontar soalan, kasut dan kerusi

Saya tiba awal ke perkarangan Dewan Raja Muda Musa, tempat saya menduduki peperiksaan ketika menjadi mahasiswa Universiti Teknologi MARA hampir sepuluh tahun lalu. Azan Zohor baru berkumandang, dan saya bersalaman dengan penganjur yang baru beberapa hari sudah saya wawancara. Syed Saddiq beritahu saya, mereka menjangkakan satu episod drama terbitan pihak-pihak yang dikenali, bagi mengganggu acara […]

DAP dan Amanah Kluang perkukuh jentera akar umbi hadapi pilihan raya umum

KLUANG, 4 DIS: Pemerkasaan jentera Pakatan Harapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mesti dibuat secara menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi. Justeru, Parti Amanah Negara (Amanah) telah mengadakan kunjungan mesra ke Pusat Komuniti DAP di Pusat Perniagaan Tasek Kluang baru-baru ini. Menurut Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, kunjungan Amanah itu membuka lebih banyak […]

Kepimpinan baru DAP Sabah terus perjuang hak negeri, tempelak pengkhianat parti

KOTA KINABALU, 4 OKT: Persepsi hanya parti tempatan sahaja yang layak untuk memperjuangkan hak Sabah adalah tidak tepat sama sekali. Sebaliknya, parti peringkat nasional telah memainkan peranan besar memperjuangkan hak-hak Sabah. Ia terbukti apabila ahli-ahli parlimen DAP banyak menyuarakan isu berkaitan Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat melibatkan autonomi Sabah, autonomi pendidikan, hak tanah orang […]

Fadzlan Yahya: Sang pemidato anak Perak

  Beliau digantung pada hari pertama melangkah masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak sebagai Adun Pasir Bedamar. Speaker DUN ketika itu, Shamsuddin Din, mengarahkan beliau keluar dari dewan. Sebagai protes, beliau menghadiahkan bunga warna putih kepada Speaker – sebuah simbolik bahawa dalam dewan itu demokrasi telah mati. Pada hari sama, ketika sesi rehat, Speaker dikejarkan […]

Strategi alih perhatian mainan ISMA dan MCA – Izmil Amri

Di sini kita melihat persamaan antara MCA dan ISMA. Kedua-dua masih terperangkap dalam polemik kaum dan pertentangan agama yang sengaja dipanjang-panjangkan demi mengalihkan perhatian rakyat terbanyak daripada hal-hal yang lebih menekan.

Telegram untuk Andre Villa Boas – Aliff Fikri

Saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan pengkhianatan dan kerakusan kuasa yang menyebabkan Villa Boas kehilangan kerja ini. Jadi atas sedikit rasa simpati, marilah kita mulakan saja tulisan ini dengan Revolusi Cuba.

Ideologi, di mana PAS? Oleh Edry Faizal Eddy Yusof

Seorang kapitalis boleh saja seorang Muslim, Kristian atau Majusi; begitu juga seorang sosialis boleh saja seorang Muslim, Kristian atau Majusi. Namun ideologi yang membezakan corak dan cara hidup serta amalan duniawi mereka. Bagi beliau, hanya Marx yang berjaya menjelaskan kepada beliau kekayaan itu datang dari mana, yakni lebihan ekonomi yang dihasilkan kaum buruh.

(Kisah Cinta) Untuk Malaya Merdeka – oleh Tongkat Warrant

Kalau jadi persatuan saya dengan Mary Mon, apakah titisan darah kami berdua yang menjadi satu itu dapat melahirkan seorang anak yang betul-betul berjiwa dan berperasaan kebangsaan ‘Malayan’?
Mary Mon menyambut cinta saya. Kami saling mencinta.