Sehari dalam kehidupan seorang penyelidik Parlimen Oleh Sharon Ling

“Ini DAP, kami tak ada laptop spare untuk anda,” pengurus IT pejabat kami bergurau dengan pelatih saya pada hari pertama mereka masuk tanpa bawa apa-apa peralatan. Jika kerjanya sederhana, begitu juga ganjarannya – ucapan terima kasih, rasa lega setelah satu-satu krisis dilepasi, bangkitkan isu, menang kes, jumpa sekutu baru, detik kemenangan, bisikan perlahan dalam hati, bahawa sesuatu, akhirnya diselesaikan dengan cara yang betul.

ANAK MAMI DI PERANTAUAN – Apa itu cauvinis?

Ya, itu perkataan yang pakcik salah eja tu. Ya, pada sepanduk yang pakcik pegang tadi. Yang ada muka beberapa orang Cina yang pakcik benci sangat-sangat dan gelar ‘chauvanis’ tu. Ejaan yang betulnya ‘cauvinis’. Pakcik tahu apa makna perkataan ni?

Sembang-sembang Azmin Ali: Kejayaan UMNO dan masa depan tanpa mereka

Ini kali pertama kerajaan BN adalah kerajaan minoriti dan bagi saya ini adalah satu perkembangan yang cukup positif. Tetapi perjuangan ini adalah satu maraton, bukan satu perkara yang mudah, apatah lagi dalam sistem di Malaysia ini apabila politik didominasi dengan perkauman dan agama.

Zairil kecewa Tanda Putera remehkan jasa Tun Razak

Yang paling mengejut dan mengecewakan beliau adalah hakikat di sebalik jumlah wang yang dilaburkan sedangkan filem itu gagal dalam objektif utamanya menghormati dan memuliakan pencapaian sebenar Allahyarham Tun Abdul Razak.

Tanda Putera – Filem sejarah atau fiksyen? Oleh : Mahdzir Ibrahim

Bagi saya, peristiwa 13 Mei yang digempakkan diawal babak dalam filem ini kelihatan hanya digunakan untuk memancing sentimen kemarahan dengan menggambarkan seolah-olah pembangkang dan komunis itu sama atau bekerjasama. Pembangkang dan komunis itu cuba digambarkan dengan imej satu kaum sahaja iaitu Cina disamping logo DAP terpampang disana-sini dalam babak tersebut.

Merdeka Bukan Slogan Oleh Aishah

Sungguhpun, Malaysia dikenal sebagai antara negara dengan menara tertinggi, litar lumba terbaik, bunga terbesar, kawasan arkeologi tertua, tetapi tidak lama untuk kita mengenal Malaysia juga punya masyarakat dengan pekerti terburuk.