Mencari makna diri dalam berTuhan – Oleh Muhd Nazreen

Mungkin idea saya ini salah atau benar. Terpulanglah kepada para pembaca memberi nilai masing-masing. Manusia secara lumrahnya akan merasakan diri mereka berTuhan dalam mencari pemaknaan terhadap diri. Ini pilihan dan fahaman masing-masing.

Saya pemimpin besar ! – Oleh Daing Yahya

Ada pula parti pembangkang tidak ada modal lain selain mencari salah isteri dan keluarga saya. Mereka amat cemburu kerana keluarga saya lebih berjaya berbanding dengan keluarga Lelaki X. Soal sama ada benar atau tidak tohmahan mereka, itu tidak penting. Percayalah, apa yang isteri saya lakukan adalah demi kebaikan rakyat semata-mata.

Kedai Rakyat 1Malaysia nak kemana? – Oleh Muhammad Zir

Inilah yang paling menonjol pada apa yang dikatakan produk kedai rakyat 1Malaysia. Kesinambungan idea Tun Mahathir Mohamad (yang memgambil barangan orang lain dan dibungkus semula menjadi produk Malaysia seperti kenderaan keluaran negara) masih ‘dibeli’ oleh Datuk Seri Najib Razak. Cuma kali ini dengan ‘packaging’ dan label yang berlainan.

Janji-janji UMNO-Barisan Nasional

Rakyat jelata kini menjadi saksi kepada apa yang sedang berlaku di depan mata sendiri. Inilah wajah, sikap dan aksi UMNO-BN yang sebenar, yang sanggup meminggirkan rakyat demi kuasa yang hanya sementara itu.

Gotong-royong bersihkan pasar ditahan polis.

Ahli Parlimen DAP Bakri Er Teck Hwa bersama pemimpin Pemuda DAP Johor Tan Hong Ping serta empat yang lain ditahan oleh polis kerana didakwa mempromosi Bersih 2.0 di Taman Sri Tebrau, Johor Bahru.