Mahdzir Ibrahim calon DAP bagi Parlimen Tanjong Piai

Mahdzir yang merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda DAP dalam ucapannya menekankan kepentingan perpaduan semua kaum di Malaysia sambil menegaskan bahawa rakyat Malaysia sudah bijak dan tidak mahu lagi ditakut-takutkan dengan mainan sentimen perkauman sempit UMNO-Barisan Nasional.

Ahli parti komponen BN diajak pilih Pakatan Rakyat

Pemberdayaan ekonomi mapan, akauntabiliti dan telus menjadi sebab Pakatan Rakyat (PR) perlu diberi mandat untuk memerintah Malaysia selain mengambil kira rekod buruk Barisan Nasional (BN) yang dicemari pelbagai skandal dan penyelewengan melampau.

Ucapan Dasar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Kongres DAP ke-16

Pilihanraya umum yang akan datang bukanlah mengenai nasib parti politik. Ia adalah tentang nasib negara. Ia bukan tentang pemimpin yang menang atau kalah, ia adalah tentang anda, sama ada anda mempunyai keberanian untuk berubah kepada pementukan semula Malaysia ke arah era baru dengan mengeratkan hubungan antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia

Ucapan Ketua Wanita DAP, Sdr Chong Eng

Untuk Wanita DAP, konvensyen pada hari ini adalah satu lembaran yang baru, kami harus berusaha lagi, kami harus mengukuhkan lagi organisasi dengan meningkatkan bilangan ahli wanita, matlamat kami adalah 30% ahli daripada jumlah keseluruhan adalah ahli wanita, dan berkongsi 30% daripada beban kerja untuk parti dalam pilihan raya umum

“Buka Lembaran Baru”

Saya berasa bangga menyatakan bahawa budaya politik dalam DAPSY semakin matang. Walaupun Kongres pada hari ini menyaksikan persaingan dalam hampir semua jawatan tertinggi, namun proses kempen telah dijalankan dengan penuh berhemah dalam semangat persaudaraan yang cukup tinggi.