UMNO berpolitik di sekolah tak apa pula?

Oktober tahun lalu kita digemparkan dengan perbuatan selamba penganjuran sebuah acara di sebuah sekolah rendah di Putrajaya dengan diiringi lagu UMNO dan aktiviti mengibarkan bendera parti itu. Majlis penyampaian hadiah yang bertemakan ‘Umno dan Kemerdekaan’ (meski dibuat pada bulan Oktober) dihadiri oleh Menteri Wilayah, Tengku Adnan Mansor. Beliau disambut oleh murid-murid SK Putrajaya Presint 14 […]