Guan Eng bidas Najib pura-pura tak tahu tentang SST

Menteri Kewangan Lim Guan Eng membidas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa ‘buat-buat tidak tahu’ bahawa cukai perkhidmatan sebanyak 6% sememangnya dikenakan di bawah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sama seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Malah, tambah Guan Eng, hanya restoran yang memperolehi pendapatan melebihi nilai ambang RM1.5 juta setahun sahaja […]

RocketCar jelajah seluruh Perak bawa mesej perubahan

IPOH, 17 SEPT: Sempena Hari Malaysia, DAP Perak telah melancarkan RocketCar yang terdiri dari tujuh kenderaan dilengkapi sistem pembesar suara bagi membantu kempen  Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihan raya umum akan datang. Pelancaran menyaksikan gimik memotong riben diiringi kibaran Jalur Gemilang dan alunan lagu patriotik  oleh pemimpin HARAPAN Perak. Menurut Pengerusi DAP Perak, Nga Kor […]

Menjejak Hang Tuah sebagai model Malaysia baru

Pada November tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan suatu pelan masa depan yang baru, sekaligus membelakangi Visi 2020 yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad sebelum ini. Pelan baru tersebut melihat kepada tahun 2050; ada lebih kurang 33 tahun lagi untuk kita ke sana. Perdana Menteri menggelarnya TN50. […]

Cukai kenderaan naik 5 peratus, BN khianati janji pilihanraya

IPOH, 8 APRIL: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) sekali lagi memungkiri manifesto pilihan rayanya apabila duti eksais bagi kenderaan pelbagai guna (MPV) telah dinaikkan sebanyak lima peratus menjadikannya 65 peratus bermula 1 April 2017. Sedangkan, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, UMNO-Barisan Nasional (BN) berjanji mahu mengurangkan harga kenderaan kepada 30 peratus. Akibat kenaikan itu, […]

Sudah 21 hari diculik, di mana Paderi Raymond Koh?

KUALA LUMPUR, 6 MAC: Kira-kira 300 individu berkumpul dekat ibu pejabat polis di Shah Alam malam tadi bagi bersolidariti dengan keluarga Paderi Raymond Koh Keng Joo yang diculik pada 13 Februari lalu. Antara yang hadir termasuklah Naib Ketua Wanita DAP, Hannah Yeoh. Selain itu, pemimpin-pemimpin Parti Amanah, iaitu Mohamad Sabu, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa […]

17 bulan pelaksanaan GST, kenapa harga kereta masih tidak turun?

KUALA LUMPUR, 14 OKT: Sudah 17 bulan berlalu, namun harga kereta yang didakwa oleh kerajaan akan menurun selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak turun, malah semakin melonjak naik. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kg Tunku, Lau Weng San berkata hal itu berdasarkan semakan harga kasar yang dibuat terhadap beberapa model dan jenama kereta […]

Godzilla dan politik global

Amaran: Filem ini yang sedang ditayangkan di pawagan di Malaysia tidak sesuai untuk kanak-kanak yang belum cukup umur, remaja yang mudah terpesona dengan CGI atau dewasa yang cepat bosan. Ia memerlukan tumpuan dan daya fikir. Ya, memang ada raksasa mengamuk tetapi banyak adegan bercakap, berdialog dan berdebat. Godzilla muncul semula. Kali ini ia kembali dari […]

Anak Muda Generasi Bankrap C – Haris Zuan

Ramai sungguh manusia bankrap di negara ini. Malah Husin dalam Hantu Kak Limah 2 pun bankrap juga sebab masuk skim cepat kaya di Singapura. Yes Sekupang pun bankrap. Tapi ini bukan hanya dalam filem, tahun lepas sahaja (2012) sahaja, menurut Jabatan Insolvensi (jabatan yang menguruskan orang bankrap dan ada masalah hutang) terdapat 19,575 orang diisytiharkan muflis aka bankrap kerana kegagalan menguruskan hutang.

DAP desak kerajaan umum kos tukar kereta rasmi

DAP mendesak kerajaan memaklumkan kepada rakyat berhubung kos sebenar pembiayaian keseluruhan bagi menggantikan kereta rasmi kerajaan daripada Proton Perdana kepada Honda Accord 2.4 L dan 2.0 L.

Kelmarin- Bahagian II Oleh: Hafiz Zainuddin

“Pasal elaun jangan risau, saya akan uruskan dengan YB. Katanya peruntukan DUN ada lagi, saya akan bagi tahu dulu anak saya supaya boleh dia bincangkan dulu dengan YB.” kata Uteh.