Masa bersatu hati, tekadkan semangat

Oleh Ghafar NS Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam beberapa pilihan raya kecil dan negeri sebelum ini memerlukan semua pihak bersama memperbaiki dan memulihkan kembali kepincangan-kepincangan yang sedang dan telah berlaku supaya tidak menjadi lebih teruk pada masa akan datang. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin, rakyat telah bersuara dan mungkin inilah […]

DAP Melaka hargai para pengundi

oleh Ghafar NS Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung pada 20 November 2021 lalu menyaksikan parti DAP yang bertanding di bawah logo HARAPAN memenangi empat kerusi daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Adun Ayer Keroh, Kerk Chee Yee yang berjaya mengekalkan kedudukannya di kawasan itu mengucapkan terima kasih kepada semua yang masih memberi […]

‘Anak-anak Melaka diseru pulang mengundi, selamatkan Melaka’

Oleh Aziera NH Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong menyeru anak-anak Melaka yang bertugas di luar Melaka untuk pulang mengundi demi menyelamatkan Melaka. Bercakap kepada Roketkini,  Chee Leong berkata, beliau menaruh peluang yang besar supaya Pakatan Harapan (PH) dapat membentuk kerajaan baharu di negeri Melaka sekaligus mengembalikan mandat rakyat yang […]

Lim Kit Siang: Tahun-tahun saya di Melaka – Bahagian 1

Dalam era 70-an dan 80-an, Melaka adalah negeri peneraju dalam kempen “Malaysian First” — kini obor itu kembali ke Melaka Ramai yang fikir saya orang Melaka. Mereka silap. Saya dilahirkan, dibesarkan dan mendapat pendidikan di Batu Pahat, Johor sehingga tamat sekolah menengah. Saya pertama kali melawat Melaka pada bulan April 1955 semasa saya di Tingkatan […]

Kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat Duyong keutamaan “Baba” Yeo

Oleh Aziera NH Kebahagian dan kesejahteraan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong terus menjadi fokus utama penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian Yeo Shen Li . Damian yang juga dikenali sebagai ‘Baba Yeo’ dalam kalangan masyarakat setempat berkata, jika diberi peluang meneruskan kesinambungan perkhidmatannya sebagai ADUN di Duyong, beliau berhasrat untuk […]

Danish fokus isu ‘perut’ rakyat, dengar keluhan penduduk dan mahu gilap potensi orang muda

Oleh B. Suffian Memastikan bekalan makanan rakyat terjamin, membuka ruang seluasnya untuk mendengar aduan masyarakat dan menggilap bakat anak-anak muda yang berpotensi. Itu tiga langkah yang akan dilaksanakan Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Muhamad Danish Zainudin sekiranya beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu. Dalam sidang media […]

Allex tidak pernah sekali-kali berhenti bekerja untuk Kesidang

oleh Ghafar NS “Undilah Pakatan Harapan, untuk Ketua Menteri dan sebuah kerajaan negeri yang benar-benar prihatin menjaga rakyat,” kata penyandang N19 DUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin. Allex (38 tahun) merupakan salah seorang penyandang Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan berlangsung pada 20 November 2021. Melalui satu sesi Ceramah Digital Kesidang pada […]

PH bentang Strategi Belanjawan 2022

Pakatan Harapan (PH) membentangkan Strategi Belanjawan 2022 setelah sesi libat urus sebanyak 13 kali diadakan dengan kerajaan. Perkembangan ini selaras dengan perjanjian persefahaman (MoU) PH dan Kerajaan Persekutuan yang menjadi batu asas kepada pembentukan pendekatan ‘whole-of-nation’ dalam membentuk polisi untuk membaik pulih dan membina semula negara pasca Covid-19. Atas semangat kerjasama dwipartisan tersebut juga, PH […]

Belanjawan 2022 dan transformasi Parlimen

Oleh Fakhrurrazi Rashid (Koordinator Penyelidik REFSA) PADA 13 September 2021, kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.  Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk melaksanakan pembaharuan parlimen dan usaha ini perlu dilaksanakan dalam kadar segera.  Antara pembaharuan tersebut adalah mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen, peruntukan saksama kepada semua ahli parlimen, memberi kemudahan […]

Covid-19: Mengapa prestasi Malaysia lebih buruk berbanding Indonesia?

Oleh Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Iskandar Puteri) Jawatankuasa Pilihan Khas Sains dan Teknologi dan juga Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan dan Kebajikan Sosial di Parlimen United Kingdom telah mengeluarkan kenyataan bersama menyatakan yang pengendalian peringkat awal wabak koronavirus di negara tersebut adalah antara salah satu kegagalan kesihatan terbesar dalam sejarah mereka.  Sudah tiba masanya untuk […]

Utamakan kesihatan mental dalam menuju ke arah peringkat endemik

Kenyataan Media oleh ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei: Peningkatan drastik kes bunuh diri sepanjang pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai lebih terbuka untuk membincangkan isu kesihatan mental. Setakat Julai 2021, 638 kes bunuh diri dilaporkan, berbanding dengan 262 kes pada tempoh yang sama tahun lepas. Minggu ini, timbalan menteri kesihatan YB Dr Noor Azmi Ghazali […]

DAP tetap peduli walaupun DUN Melaka bubar

oleh Ghafar NS Konflik dalaman Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Melaka telah mengakibatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 5 Oktober 2021, apabila empat orang ADUN menarik sokongan mereka terhadap kerajaan negeri. DAP berpendapat, konflik politik dan pembubaran DUN Melaka ini tidak patut menjejaskan kehidupan masyarakat, apatah lagi kini kita dalam fasa pemulihan dan […]