Langkah segera akan diambil untuk bantu rakyat Sabah dengan peruntukan RM300 ribu

Kenyataan media ahli-ahli Parlimen DAP Sabah pada 6 Julai 2021 Ahli-Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Sabah yang masing-masing mewakili Kota Kinabalu, Tenom dan Sandakan, ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima sejumlah RM300,000.00 sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam akaun bank pusat khidmat masing-masing. Kami telah segera memulakan […]

Bendera putih: Wakil rakyat DAP turun padang agih bantuan

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berulang-ulang tanpa membuahkan hasil telah menyebabkan ramai hilang kerja dan pendapatan sehingga mengalami masalah kewangan. Selain keperluan makanan untuk mengisi perut, ada banyak keperluan lain yang juga begitu mendesak. Ada yang perlukan peranti elektronik untuk pembelajaran atas talian anak-anak apabila telefon yang digunakan sudah rosak dan tidak mampu untuk […]

Bayaran BPR dan peruntukan RM300 ribu perlu disegerakan – Teresa Kok

Oleh Ghafar NS Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempercepatkan bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kepada golongan miskin serta peruntukan Program Bakul Makanan bernilai RM300 ribu kepada ahli Parlimen disegerakan. Menurutnya, sejak pengumuman Pakej Pelindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dibuat, pusat khidmat Parlimen […]

DAP peduli: ‘Kibarkan bendera putih, kami sedia membantu’

Bendera putih bukan bermaksud mengalah, tetapi pertolongan. Demikian kata Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi sebagai menyatakan sokongan terhadap inisiatif murni yang digerakkan rakyat bagi membantu golongan yang memerlukan. “Sekiranya anda perlukan pertolongan, sudah habis makanan untuk disantap, kibarkan bendera putih ini dihadapan rumah. Ada yang akan datang membantu. “Jangan simpan masalah anda bersendirian. Kita […]

Anandaveli, anak anjing penyelamat turut temukan rakan lama

Oleh B. Suffian Kisah Anandaveli, seekor anak anjing yang menyelamatkan lima sekeluarga daripada maut dalam kebakaran di Teluk Intan, Perak baru-baru ini, telah menarik perhatian masyarakat baik di dalam mahupun luar negara. Kisah anak anjing berusia lapan bulan itu telah menjadi tular dan diterjemahkan dalam bahasa lain seperti Sepanyol, Rusia dan Vietnam. Namun begitu, mungkin […]

Tangguh Parlimen umpama bom jangka

Oleh Fakhrurrazi Rashid (Koordinator penyelidik REFSA) Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu menyarankan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin supaya “persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin” menerusi kenyataan media pada 16 Jun, 2021. Keputusan ini amat mengejutkan dan mendapat reaksi positif daripada rakyat dan ahli Parlimen.  Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan […]

Jangan jadikan ‘non-essential services’ mangsa keadaan

Oleh B. Suffian Sampai bila kerajaan akan melaksanakan ‘full lockdown’ separuh jalan ini, soal Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi.  Beliau mengingatkan kerajaan PN bahawa yang menjadi mangsa akibat pelaksanaan ‘total lockdown’ separuh jalan adalah sektor perkhidmatan dan industri bukan perlu (non-essential industries).  Lebih malang, kata beliau, jumlah kes juga tidak menurun seperti yang dijangka […]

Wakil rakyat DAP terus bantu rakyat terjejas kala pandemik

Oleh Ghafar NS 600,000 golongan M40 tergelincir dalam kelompok B40, peniaga-peniaga kecil semakin ramai tutup kedai, kes positif harian masih ditahap membimbangkan, ramai yang hilang kerja, dihalau dari rumah sewa dan tidak kurang yang hilang pertimbangan diri. Hal-hal ini amat membimbangkan, namun sepertinya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak terkesan langsung akan kesempitan hidup rakyat kala […]

Kerajaan Negeri P.Pinang biayai tambang feri rakyat

Oleh Aziera NH Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memutuskan untuk membiayai tambang perkhidmatan feri bagi semua penumpang pejalan kaki berstatus warganegara Malaysia bermula pada 1 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021. Pengerusi Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri, Zairil Khir Johari berkata, inisiatif berkenaan merupakan usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam serta meringankan beban rakyat […]

Utamakan 2 strategi demi kelangsungan ekonomi, keyakinan pelabur

Oleh B. Suffian Selain usaha vaksinasi, Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan memberi keutamaan dan melabur dalam dua strategi utama demi kelangsungan kegiatan ekonomi dan mengembalikan keyakinan pelabur dalam keadaan norma baharu. Jawatankuasa Ekonomi PH dalam satu kenyataan memberitahu, dua strategi utama itu adalah: Meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam Mewujudkan ruang kerja kalis pandemik untuk memastikan […]

Benarkan doktor TCM beroperasi – Teresa

Oleh B. Suffian Kerajaan diseru membenarkan doktor perubatan tradisi Cina (TCM) beroperasi demi memenuhi keperluan sesetengah  pesakit yang memerlukan perkhidmatan mereka.   Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, keputusan kerajaan yang menghalang doktor TCM beroperasi dalam tempoh PKP 3.0 sehingga 28 Jun 2021 adalah amat tidak munasabah dan akan menjejaskan pemulihan sesetengah pesakit. Beliau berkata, kerajaan […]

500 dos sehari dalam tempoh 6 jam: Vaksin perlu ‘pergi’ kepada rakyat – ADUN Paloh

Oleh Sheikh Umar Bagharib Ali (Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh) 1. Semalam, 500 suntikan dos pertama berjaya diberikan kepada warga emas dalam satu program outreach di kawasan DUN Paloh. 2. Program seharian yang bermula pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang ini membuktikan bahawa proses vaksinasi perlu mengambil konsep ‘pergi’ kepada rakyat. Ini khususnya melibatkan kelompok […]