DAP terus kerja, rakyat diutama

Oleh Ghafar NS Ketika negara masih bergelut dalam kemelut politik, pandemik dan ekonomi kini, kehidupan rakyat terkesan dengan amat teruk. Sehubungan itu selaras slogan Demokratik, Adil dan Peduli, wakil-wakil rakyat DAP terus proaktif laksanakan tanggungjawab bantu rakyat di kawasan masing-masing. Salah satu bantuan itu adalah melibatkan Sophia, seorang penduduk di Kota Kinabalu yang sebelum ini […]

Perancangan lebih komprehensif diperlukan pulihkan pergerakan rentas sempadan Malaysia-Singapura

Oleh Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor) Menteri Besar Johor menyatakan seramai 400,000 orang rakyat Malaysia bekerja di Singapura setiap hari bagi menyara hidup keluarga mereka. Semasa pandemik, mereka terpaksa membuat pilihan yang sukar sama ada duduk di rumah dan menempah risiko terjejasnya kelangsungan hidup, atau menetap di Singapura dan hidup berjauhan dengan keluarga. Sudah […]

Kartel: Selamatkan Malaysia dan kembalikan agenda reformasi PH

Oleh Steven Sim(Ahli Parlimen Bukit Mertajam) Sangat menakutkan apabila membaca sumber pihak berkuasa yang boleh dipercayai mengenai kewujudan tiga kumpulan kartel jenayah yang mengawal sektor utama di negara ini, iaitu: Kartel Imigresen, Kartel Daging dan Kartel Polis. Kartel jenayah ini kini mengawal keselamatan sempadan, bekalan makanan dan pasukan polis kita. Kartel Imigresen Sebelum ini, saya […]

‘Apa makna kenaikan pangkat tanpa kenaikan gaji?’ – Kula

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa mengkaji semula keputusan untuk tidak memberikan kenaikan gaji kepada doktor kontrak yang dinaikkan pangkat.  Menyifatkan ia sebagai memalukan, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran berkata, kerajaan sepatutnya menaikkan gaji seiring kenaikan pangkat sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan mereka ketika pandemik.  “Oleh itu, kenaikan pangkat ini hanyalah tawaran di […]

Muhibah DAP ikhlas demi Malaysia

Oleh Roketkini Ulang Tahun DAP Ke-55 pada 18 Mac lalu, dengan tema Demokratik. Adil. Peduli: MUHIBAH telah disambut serba meriah dalam suasana negara dilanda pandemik. Pelbagai program menarik dan berinformatif dijalankan secara online sempena sambutan tersebut, yang telah memperoleh sambutan menggalakkan dari kalangan penyokong dan pengguna media sosial. Antara yang menarik adalah pertandingan ‘Kisah DAP […]

DAP sedia bantu kempen pendaftaran vaksin Covid-19

Oleh Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Iskandar Puteri dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP Kebangsaan) Tiga minggu telah pun berlalu sejak daripada proses pendaftaran vaksin Covid-19 dibuka kepada orang awam pada 24 Februari 2021. Pada hari pertama pendaftaran, lebih daripada 500,000 orang telah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin melalui aplikasi mudah alih MySejahtera. Baru-baru ini, jumlah […]

Inilah kisah DAP saya – Nor Miswary Ramli

Saya tak pasti kat mana saya patut bermula, namun saya cuba menulis dengan sejujurnya dari hati bagaimana saya berada di sini hari ini sebagai ahli seumur hidup sebuah parti pelbagai kaum yang telah bertapak di Malaysia selama lima puluh lima tahun. Inilah kisah DAP saya. Saya mula terdedah dengan politik sejak saya kecil lagi. Bukan […]

‘Tangan kanan susahkan rakyat, tangan kiri nak bantu rakyat?’

Oleh B. Suffian Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mempertikaikan tindakan MCA dan Umno menawarkan bantuan guaman kepada individu dikenakan kompaun RM10,000 ekoran pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. Hannah berkata, MCA dan Umno berada dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang melaksanakan darurat dan ordinan kompaun RM10,000. “Apakah kegilaan ini? MCA dan Umno dalam Kerajaan Perikatan […]

‘Gantung pelaksanaan Ordinan Darurat, ambil kira pandangan masyarakat’

Oleh Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Iskandar Puteri dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP) Kerajaan Muhyiddin melakukan sesuatu perkara yang janggal dengan meminta maklum balas daripada masyarakat berhubungan dengan ordinan darurat berita palsu, sedangkan perkara ini sepatutnya dibuat sebelum ordinan tersebut diwartakan. Bagaimana tinjauan yang dibuat kerajaan ini boleh untuk berjaya dan mencapai matlamatnya untuk […]

‘Kapal DAP tetap teguh menyusur lautan kebenaran’ – Mordi

Oleh B. Suffian Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol menegaskan, beliau masih teguh sebagai wakil rakyat DAP serta Pakatan Harapan (PH) dan akan terus bersuara dan berkhidmat untuk rakyat yang diwakilinya terutama di Mas Gading. Kenyataan itu sekali gus menepis khabar angin kononnya beliau bakal melompat untuk memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN). “Ketika […]

Politik yang baik pencetus perubahan positif

Oleh Liew Chin Tong(Pengarah Pendidikan Politik DAP) Baru-baru ini, saya membuat perkongsian dengan sekumpulan Ahli Majlis DAP, bersama-sama Setiausaha Agung DAP Sdr Lim Guan Eng dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan Sdr Anthony Loke. Saya memberitahu mereka, sebagai wakil kerajaan tempatan, Ahli Majlis bukan sahaja perlu mengambil berat tentang keperluan penduduk setempat, tetapi mereka juga mempunyai tanggungjawab […]

KPKT perlu segera serahkan PPR Kibabaig pada kerajaan Sabah – Jannie

Oleh Ghafar NS Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan (KPKT) digesa untuk percepat kerja tambahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kibabaig. Adun Kapayan, Jannie Lasimbang dalam satu kenyataannya 9 Mac 2021 berkata, PPR Kibabaig ini perlu segera diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah bagi memungkinkan pemohon yang permohonan mereka telah lulus, dapat menghuni PPR ini segera. “Saya […]