Dedikasi perkhidmatan awam, masyarakat sivil urus bencana banjir dipuji

GEORGE TOWN, 9 NOV: Perkhidmatan cemerlang seluruh agensi dan kakitangan awam yang bertungkus-lumus menguruskan bencana dan mangsa banjir negeri ini harus mendapat pujian. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pegawai dan kakitangan kerajaan negeri mengutamakan tugas mereka dan menunaikan kewajipan meskipun ramai di kalangan mereka dan ahli keluarga turut mennjadi mangsa mangsa banjir. Beliau mengucapkan […]

Persatuan bekas perajurit kesal khidmat UTK untuk Tun Mahathir ditarik balik

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Pertubuhan bekas perajurit, Persatuan Patriot Kebangsaan hari ini menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan menari balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Menyifatkan itu sebagai tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah, amatur dan merendah-rendahkan seorang tokoh negarawan yang berjasa besar, presidennya, Brig Jeneral (B) […]

Cubaan khianat bakar pusat khidmat DAP Penampang disiasat polis

PENAMPANG, 16 OKT: Polis sedang menyiasat satu cubaan membakar Pusat Khidmat DAP Penampang yang berlaku semalam. Perbuatan itu disedari seorang petugas di dalam pejabat berkenaan setelah terhidu benda yang terbakar. Dia mendapati sehelai sampul surat kosong dan sekotak mancis di bakar diletakkan di bawah pintu masuk pejabat. Pusat khidmat itu merupakan pejabat Ketua Wanita DAP […]

Lanjutan tempoh khidmat ketua hakim: Kit Siang beri Raus dan Zulkefli dua pilihan

KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Pelanjutan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli bin Ahmad Makinudin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dikhuatiri bakal mewujudkan krisis kehakiman. Kebimbangan itu telahpun disuarakan Ahli-Ahli Parlimen dan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (HARAPAN) sehingga mendorong mereka menyerahkan warkah kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan […]

Lanjutkan tempoh khidmat Ketua Hakim langgar Perjanjian Malaysia 1963

KUALA LUMPUR, 26 JUL: Tindakan kerajaan BN melanjutkan tempoh Tan Sri Md Raus bin Sharif dan Tan Sri Zulkefli bin Ahmad Makinudin bukan sahaja tidak berperlembagaan malah melanggar Perjanjian Malaysia 1963. Kenyataan ini dibuat anggota parlimen pembangkang hari ini selepas sidang meja bulat membincangkan pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu. […]

Shafee mesti jawab jika terlibat lanjutkan tempoh khidmat Ketua Hakim

KUALA LUMPUR, 11 JUL: Datuk Muhammad Shafee Abdullah, mesti menjawab pertuduhan baru terhadapnya dalam skandal pelanjutan tempoh khidmat Ketua Hakim Negara. Tuduhan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam adalah sangat serius kerana ia merupakan campurtangan terhadap badan kehakiman. Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata dakwaan Ketua Umum PKR tersebut yang dibuat berdasarkan […]

Disambut meriah di lapangan terbang, Adun Pujut ikrar teruskan khidmat

MIRI, 17 JUN: Laungan “hidup rakyat, bangkit rakyat” bergema setibanya Dr. Ting Tiong Choon di Lapangan Terbang Miri hari ini selepas mendengar keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang memutuskan bahawa beliau kekal sebagai wakil rakyat kawasan Pujut. Kira-kira 100 penyokong daripada pelbagai kaum dilihat berkumpul di lapangan terbang berkenaan sejak 4.00 petang dengan membawa pelbagai sepanduk […]

Puas hati dengan perkhidmatan, semakin ramai sertai DAP di Keningau

KENINGAU, 28 MAC: Siapapun tidak menyangka DAP yang selama ini terkenal di kawasan bandar kini semakin mendapat tempat di hati rakyat luar bandar dan pedalaman. Jika dahulu DAP ditohmah dengan pelbagai dakwaan dan andaian, kini nama DAP meniti dari mulut ke mulut masyarakat di sini hasil usaha keras khidmat masyarakat yang dijalankan. Bagi Parlimen Keningau, […]

Kementerian henti khidmat 2,000 pensyarah, tapi belanja RM62 juta di UK – Mahasiswa PH

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Pemberhentian perkhidmatan 2,000 pensyarah di institusi pengajian tinggi baru-baru ini merupakan satu penganiayaan kepada golongan akademik serta memberi kesan buruk kepada sistem pembelajaran universiti. Justeru, Mahasiswa Pakatan Harapan dalam satu kenyataan hari ini mendesak Kementerian Pengajian Tinggi mengemukakan sebab sebenar pemberhentian yang dianggap tidak wajar itu. Menurutnya, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk […]

Reformasi perkhidmatan awam perlu mula dari ‘atas’ – Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR, 20 FEB: Usaha penstrukturan semula perkhidmatan awam harus dimulakan dengan pemansuhan jabatan atau agensi kerajaan yang mempunyai tugas bertindih, kata Pakatan Harapan. Dalam satu kenyataan bersama, PKR, Amanah, dan DAP berkata, kerajaan Persekutuan harus memulakan usaha berkenaan dengan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ketika ini mempunyai sembilan menteri dan tiga timbalan […]

Khidmat Doktor Udara dihenti, penduduk pedalaman Sabah terus dianaktirikan

PENSIANGAN, 15 NOV: Nasib masyarakat di pedalaman Sabah terus dirundung malang apabila kerajaan baru-baru ini menghentikan Perkhidmatan Doktor Udara khusus bagi khidmat kesihatan di kawasan yang terpencil dan tidak memiliki akses perhubungan darat yang baik. Merujuk kepada kenyataan Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi, pemberhentian khidmat itu dibuat atas pertimbangan kos serta pembatalan penerbangan […]

Insiden Hospital Sultanah Aminah: Syarikat perkhidmatan sokongan diminta dedah rekod

JOHOR BAHRU, 27 OKT: Syarikat konsesi perkhidmatan sokongan hospital, Medivest Sdn Bhd digesa mendedahkan rekod penyelenggaraan dan penilaian risiko ke atas Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini berikutan dua kebakaran yang berlaku dalam tempoh hanya 48 jam. “Atas dasar ketelusan, Medivest perlu mendedahkan kepada umum rekod penyelenggaraan dan penilaian risiko HSA. “Siasatan juga haruslah cepat […]