Berita dan inisiatif menarik kerajaan PH yang penyokong UMNO-PAS tak hebahkan

Banyak berita dan inisiatif menarik yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan sepanjang Julai lalu, yang mungkin anda terlepas pandang. Justeru, kami rangkumkan berita tersebut di sini.  1. Tabung Haji semakin kukuh di bawah kerajaan PH Pelan rasionalisasi dan langkah penyusunan semula kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah kerajaan Pakatan Harapan berjaya mengukuhkan asetnya melebihi liabiliti. […]

‘Pentadbiran Najib yang langgar undang-undang, kenapa pula salahkan PH?’

Adun Pasir Pinji, Howard Lee, mendakwa bekas perdana menteri, Najib Razak memberi respons mengelirukan, tidak jujur dan bohong mengenai isu wang bayaran balik GST – yang didakwa beberapa pihak telah ‘dirompak’ oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.  Menurut beliau, Najib dan pengikutnya menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedangkan kerajaan yang ditadbirnya – sebelum kalah […]

Isu GST: ‘Ambil sesuatu tanpa kebenaran adalah merompak’

Pembangkang dilihat cuba untuk mengalihkan isu ‘rompakan’ wang GST yang dilakukan pentadbiran Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib Razak sebelum ini dengan tindakan dangkal.  Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, tindakan pentadbiran Najib memasukkan kutipan GST ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan dan bukannya Akaun Pembayaran Balik GST tanpa menjelaskan kepada rakyat menimbulkan persoalan. “Mengambil sesuatu […]

Cara pentadbiran Najib kendalikan kutipan GST menyalahi undang-undang

Tindakan menyalurkan terus kutipan GST ke Akaun Hasil Disatukan kerajaan persekutuan adalah suatu tindakan yang menyalahi undang-undang.  Perkara itu dinyatakan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam surat kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) pada Oktober lalu.  Menurut beliau, tindakan itu melanggar Seksyen 7 Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Seksyen 54 Akta Barangan dan Perkhidmatan 2014. “Rejim GST […]

Mengubah permainan politik dengan #Undi18

Cadangan menurunkan had umur mengundi ke usia 18 tahun oleh kerajaan Pakatan Harapan, bersekali dengan pendaftaran pengundi secara automatik yang diajukan oleh pembangkang, akan menjadi sebuah ‘game changer’, merubah bagaimana politik dan polisi diungkap dan dilaksanakan di Malaysia, buat selama-lamanya. Usia muda ada kelebihannya: kurang bagasi sejarah dan justeru itu lebih berani. Mereka yang memiliki […]

Sheikh Umar Bagharib Ali Ketua DAPSY Johor yang baharu

Sheikh Umar Bagharib Ali dilantik menjadi Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Johor yang baharu setelah mendapat 31 undi dalam pemilihan sayap pemuda DAP itu, hari ini. Beliau menewaskan pencabarnya, Marina Ibrahim yang memperoleh dua undi. Menurut pegawai pilihan raya DAPSY Johor, Eric Teh, seramai 56 daripada 62 wakil yang layak memilih ketua baharu mereka hadir. […]

MOF umum Skim TPUB-i untuk usahawan bumiputera dilanjutkan 3 tahun

Kementerian Kewangan telah meluluskan lanjutan tempoh pengurusan skim pembiayaan Tabung Projek Usahawan Bumiputera-i (TPUB-i) kepada Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) selama tiga (3) tahun sehingga 30 Jun 2022. Langkah ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara turut dapat mewujudkan peluang yang membolehkan usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkembang […]

DAP anjur rumah terbuka Aidilfitri raikan penggiat seni dan sastera tanah air

DAP sentiasa menghargai sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan penggiat seni dan sastera tanah air dalam memangkin pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia.  Ini dibuktikan dengan penganjuran majlis “Rumah Terbuka Aidilfitri Meraikan Penggiat Seni dan Sastera” bertempat di Rumah Tamu Datin Halijah, Kuala Lumpur, semalam.  Majlis yang julung kalinya diadakan DAP itu berlangsung sederhana tetapi meriah […]

Mengubah tabiat berfikir bagi membangun bandar berdaya tahan

Anda mungkin tertanya, kenapa seorang dari sektor pertahanan dijemput berucap di hadapan ahli-ahli Pertubuhan Arkitek Malaysia. Mungkinkah sebab Ahli-ahli Parlimen yang lain semuanya pulang ke kawasan masing-masing, dan kebetulan saya ada kerana saya tiada kawasan untuk pulang berkhidmat? Boleh jadi. Namun saya rasa pihak penganjur mengetahui bahawa saya secara peribadi sangat berminat dengan isu-isu berkaitan […]

Golongan OKU bakal nikmati diskaun mudah alih prabayar, pasca bayar dan talian tetap

Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) akan menerima diskaun pakej perkhidmatan mudah alih prabayar, pasca bayar dan talian tetap sebagai inisiatif untuk meningkatkan produktiviti perniagaan mereka menerusi platform internet. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, penyedia perkhidmatan mudah alih prabayar dan pasca bayar telah bersetuju untuk memberikan diskaun antara RM10 dan RM15 untuk pakej […]

Malaysia berdaya tahan hadapi cabaran ekonomi mendatang

Kenyataan  Dr. KS Jomo kepada pemberita semasa Konvensyen Ekonomi Malaysia 2019 pada Isnin, 17hb Jun, 2019 telah mendapat laporan yang meluas di dada akhbar. Terutamanya apabila dia menyebut bahawa “Ini akan menjadi masa yang sangat sukar kerana keadaan luaran sangat buruk dan semakin merosot pada hampir setiap hari “. Dia juga menambah bahawa “banyak masalah […]

Pelaburan langsung asing naik mendadak suku pertama 2019

Dengan adanya sebuah kerajaan yang berwibawa sebagai pentadbir, Malaysia berjaya memanfaatkan kedudukan dan daya saingnya dalam rantaian bekalan global untuk menjadi sebuah lokasi tempat perlindungan yang terkemuka di rantau ini. Malaysia sedang menerima manfaat besar daripada pemindahan perniagaan, serta lencongan perdagangan dan pelaburan, yang timbul daripada perang dagang antara AS dan China. Ini dapat dilihat […]