Liew Chin Tong angkat sumpah sebagai Senator

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong merupakan antara lapan senator baru yang mengangkat sumpah di Dewan Negara sebentar tadi. Tujuh anggota Dewan Negara yang lain ialah Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Ketua PPBM Bahagian Ketereh, Mohd Radzi Md Jidin, Ketua PPBM Pulau Pinang, Marzuki Yahya dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah […]

Lebih banyak barangan akan dikecualikan SST

Rakyat diminta tidak keliru dengan propaganda yang dimainkan pihak tertentu apabila mendakwa kerajaan akan mengutip 16 peratus daripada pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming berkata dua kategori iaitu jualan dan perkhidmatan adalah berbeza dan tidak bercampur. “Ada banyak yang keliru mengenai SST, di […]

Pusat asuhan kanak-kanak di semua agensi kerajaan menjelang 1 Januari hadapan

Kerajaan mensasarkan untuk mewujudkan pusat penjagaan kanak-kanan di seluruh agensi perkhidmatan awam persekutuan dan negeri menjelang 1 Januari tahun hadapan kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Hannah Yeoh. Selain sektor awam, pihak swasta juga katanya digalakkan untuk menyediakan kemudahan tersebut  melalui insentif pengecualian cukai 10 peratus selama 10 tahun bagi ubah suai dan […]

Najib dapat hadiah RM19 juta setahun?

Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah ‘terkhilaf’ menerima hadiah selama selama bertahun-tahun sebagai ketua kerajaan kerana ia bukan sahaja salah di sisi undang-undang tetapi penganiayaan terhadap amanah rakyat. “Biarlah kita mengingatkan Najib Razak bahawa menurut Seksyen 3 Akta SPRM 2009, maksud ‘suapan’ merangkumi ‘wang, derma, […]

DAPSY cadang daftar terus pengundi secara automatik

Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan mengalu-alukan cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menurunkan had umur pengundi kepada 18 tahun berbanding 21 tahun seperti diamalkan kata ketuanya Wong Kah Woh. Langkah ini jelasnya merupakan satu kewajaran dan pada masa yang sama menunjukkan keyakinan kepada golongan muda diberi pilihan untuk membuat keputusan terbaik demi masa […]

Bekas menteri kesihatan perlu jawab isu monopoli ubat

Pendedahan mengenai monopoli enam ejen melalui tender perubatan sebanyak RM3.7 bilion melibatkan syarikat yang dikaitkan dengan ahli politik kerajaan terdahulu mengejutkan banyak pihak. Menurut laporan yang memetik sumber itu, monopoli oleh syarikat terbabit juga mungkin menjadi punca peningkatan kos ubat-ubatan yang dibekalkan ke hospital dan klinik kerajaan seluruh negara. Susulan itu, Kementerian Kesihatan telah bersetuju […]

Rakyat berhak ketahui kebenaran, tidak kiralah sepahit mana pun – Tony Pua

Kerajaan Pakatan Harapan tidak begitu bimbang dengan naik turun pasaran saham untuk jangka masa pendek. Apa yang lebih penting ialah pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang dengan asas yang kukuh, telus dan jujur. Demikian penegasan dibuat Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, dalam respon kepada dakwaan Tengku Razaleigh Hamzah kononnya tindakan pendedahan oleh Kementerian Kewangan adalah punca […]

DAP cadang DBKL agih tapak tanpa orang tengah

Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun hari ini mencadangkan supaya pengagihan tapak berniaga dilakukan secara langsung oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan tidak lagi melalui orang tengah. “Saya mencadangkan agar DBKL hentikan penggunaan orang tengah bagi semua tapak bazar Ramadan, Tahun Baru Cina atau Deepavali, mereka seharusnya beri secara langsung kepada individu yang […]

Skandal bazar Ramadan: DBKL yang minta surat sokongan

Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun hari ini menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul ekoran isu ‘surat sokongan’ berhubung skandal 80 lot bazar Ramadan Ramadan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Masjid India baru-baru ini. Tegasnya, surat DBKL bertarikh 5 Jun 2018 menyatakan bahawa agensi itu memerlukan pengesahan dan kelulusan bertulis daripada Ahli Parlimen […]

Ketupat, rendang dan politik Malaysia Baru

Sambil menjamah ketupat dan rendang pada hari raya yang mulia ini, ada antara kita yang bersemangat untuk bersembang kencang tentang politik semasa. Apatah lagi inilah kali pertama dalam sejarah, Aidilfitri dirayakan bersama sebuah kerajaan yang bukan lagi bernama Barisan Nasional. Sudah tentu selepas kerajaan baru Pakatan Harapan dibentuk lebih sebulan lalu, ramai yang menuntut agar […]

Utusan, sungguhkah Melayu menyesal mengundi HARAPAN?

Walaupun kini kelihatan seakan ‘mesra kerajaan’, tidak salah untuk kita berpegang kepada hakikat bahawa Utusan Malaysia masih lagi akhbar lidah rasmi UMNO, dengan pegangan saham sebanyak 49.77%. Ahad lalu, akhbar tersebut mendakwa bahawa orang Melayu sudah kelihatan menyesal kerana tidak mengundi UMNO. Kolum Awang Selamat mengajukan pendapat bahawa isu-isu semasa yang membawa kesan kepada orang […]

Kenapa masih ada kutipan GST di tiket parkir DBKL?

Setiausaha Sosialis Muda Kebangsaan DAP (DAPSY) Bryan Lew Chee Kwan hari ini membangkitkan persoalan mengenai kadar sifar GST yang masih belum dilaksanakan di kawasan parkir yang diuruskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menurutnya, masih terdapat sebahagian parkir yang mengenakan GST sebanyak 6 peratus sebagaimana resit yang dikeluarkan oleh operator parkir Vista Summerose Sdn Bhd. “Kerajaan […]