Kerajaan teruskan projek RTS, bas percuma GOKL

Meskipun melibatkan kos sebanyak RM4 bilion, kerajaan akan meneruskan projek Sistem Transit Rapid (RTS) melibatkan jajaran Bukit Cagar, Johor ke Woodland, Singapura.  Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, projek itu diteruskan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor. “Kita akan teruskan, namun mekanisme pembinaan dikaji semula bagi mempercepatkan prosesnya, malah Malaysia mempunyai kerjasama […]

Kerajaan akan pastikan tidak wujud monopoli sektor pengangkutan – Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan tidak wujud monopoli dalam sektor pengangkutan termasuk perkhidmatan e-hailing. Jelasnya, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menjalankan kajian menyeluruh mengenai perkhidmatan tersebut dan mengemukakan cadangan dalam tempoh sebulan menjelang Julai ini. “Bagi perkhidmatan teksi dan e-hailing, saya telah minta SPAD beri […]

“Mereka generasi yang sungguh-sungguh sayangi Malaysia”

Kelmarin, selepas musyawarah kabinet, Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan sebuah Tabung Harapan Malaysia untuk membolehkan rakyat Malaysia memberikan sumbangan ke arah menanangi hutang negara. Ramai yang menyokong usaha ini – di internet saya nampak ada yang telahpun muatnaik keratan slip bank bukti sumbangan mereka sejurus selepas pengumuman, ada yang menyatakan hasrat untuk menderma […]

HARAPAN Bukit Bintang diseru eratkan persaudaraan – Fong Kui Lun

Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun menyeru seluruh komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) mengukuhkan perpaduan dan kerjasama untuk memastikan rakyat mendapat manfaat daripada kemenangan HARAPAN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Menurutnya, kemenangan besar HARAPAN merupakan petunjuk jelas peralihan keyakinan rakyat kepada sebuah pasukan baru. “Di kesempatan ini saya ingin menyeru kepada seluruh komponen Pakatan […]

Kerajaan HARAPAN tidak naikkan harga minyak

Kerajaan Pakatan Harapan akan mengekekalkan harga minyak walaupun harga pasaran minyak dunia meningkat lebih US$70 setong. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan mengekalkan harga minyak di sebalik kenaikan dunia tersebut. “Harga pam tetap sama, kita tidak akan menaikkan harga,” katanya pada sidang akhbar Perdana Putra di Putrajaya hari ini. Sejak pemansuhan subsidi, […]

Segalanya berlaku dengan pantas, UMNO dimakan sumpah

Segalanya berlaku dengan sangat pantas. Tidak pernah kita terbayang bagaimana sebuah ‘rejim tua’ yang digeruni, mewah dan sombong hilang kuasa sekelip mata – secara aman – tanpa huru-hara– hanya dalam tempoh kurang 24 jam selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Keadaan ini mungkin tidak pernah kita jangka. Ya. Rakyat Malaysia sudah pasti menanam harapan agar […]

PM arah henti kutip GST, kadar sifar bermula 1 Jun

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan kerajaan supaya menghentikan kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan menetapkan harga petrol. “Arahan telah diberi supaya kita tidak kutip GST lagi, dan kita akan cuba bayar balik kepada mereka yang membuat tuntutan.” Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. Mahathir pada […]

‘Saya orang Malaysia’: Lim Guan Eng berjiwa patriotik

Pengakuan bakal Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang lebih selesa dikenali sebagai orang Malaysia merupakan tauladan baik pemimpin berjiwa patriotik. “Saya minta maaf, saya tidak anggap diri saya sebagai seorang Cina. Saya orang Malaysia,” kata Guan Eng mengulas soalan wartawan yang membangkitkan selang tempoh 44 tahun pelantikan Menteri Kewangan berketurunan Cina di negara ini. Beliau […]

Kenapa rakyat kena GST tapi projek China dikecualikan?

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sungai Besar Dr Dzulkefly Ahmad menyelar sikap ‘berat sebelah’ kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat tapi mengecualikan cukai itu bagi projek mega milik syarikat China. “Rakyat terbeban kos sara hidup bermula dengan kutipan GST – tiga tahun sudah dikuatkuasa. Yang terakhir […]

Pesona peribadi Tengku Zulpuri Shah meniti di bibir orang Raub

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) P080 Raub, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) memiliki pesona tersendiri berbanding calon yang Barisan Nasional (BN) Chew Mei Fun  dan calon PAS, Dr Mohamed Nilam. Selain latar belakang keluarga besarnya di Raub, nama Tengku Zulpuri amat dikenali sampai ke hulu kampung kerana imej mesra dan […]

Chiong Yoke Kong, waris anak petani sedia tabur bakti di N01 Tanah Rata

Balik ke asal; pepatah ini mungkin paling sesuai buat Chiong Yoke Kong, 35, calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi mempertahankan kerusi DUN N01 Tanah Rata Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains – Biologi Molekular dari Fakulti Sains, Universiti Malaya, anak muda yang mahir menulis dan fasih berbahasa Melayu […]

Politik air mata Mahathir

Mahathir tidak peduli kalau awak ketawa menonton klip filem pendek dialognya dengan seorang anak kecil yang sedang kian tular di media sosial. Mahathir tidak menangis untuk tontonan awak. Mahathir menangis untuk mereka yang terkesan dengan politik air mata Mahathir. Dan mereka yang terkesan dengan titis air mata Mahathir akan bertindak di luar jangkaan awak yang […]