Hujah-hujah kenapa DAP membantah persempadanan semula

Terima kasih, Tan Sri Speaker atas peluang ini untuk mengambil bahagian dalam perbahasan yang begitu penting. Pertama, saya mohon Perdana Menteri untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan laporan persempadanan semula selepas pembentangan laporan ini untuk bacaan ke-2 berdasarkan tanggungjawab beliau yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan. Perkara 8 Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan bahawa SPR, […]

P. Pinang, Selangor sudah ada bas percuma, Sabah masih guna keretapi zaman British

Jika rakyat di Pulau Pinang dan Selangor telah menikmati kemudahan pengangkutan awam bas percuma, Sabah masih lagi ketinggalan dan masih menggunakan perkhidmatan keretapi era British kata Timbalan Setiausaha DAP Sabah, Tan Lee Fatt. Selain itu katanya, Sabah juga masih tidak memiliki sistem pengankutan awam tersusun sehingga menyebabkan rakyat terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran khususnya yang […]

HARAPAN lancar kempen “Rakyat Tolak GST”

Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengumumkan kempen anti-Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini besempena ulang tahun pelaksanaan cukai itu dengan tema “Rakyat Tolak GST”. Majlis Presiden HARAPAN berkata, rakyat digalakkan memuat naik resit pembelian mereka di Facebook, Twitter dan Instagram dengan hastag #RakyatTolakGST #PeoplevsGST Selain itu, pimpinan komponen HARAPAN juga digalakkan untuk […]

BN gagal tepati janji cuti bersalin 90 hari sektor swasta

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal memenuhi janji melaksanakan arahan cuti bersalin 90 hari sejak diumumkan pada 27 Oktober lalu kepada sektor swasta. Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, “Dalam pembentangan belanjawan sebelum ini, Perdana Menteri telah umumkan  bahawa tahun 2018 merupakan tahun Pemerkasaan Wanita. Tetapi sampai sekarang kita tidak nampak apa sebenarnya […]

CUEPACS sekarang tidak sama dengan zaman Ahmad Nor

Biro Buruh DAP hari ini menzahirkan rasa kesal di atas kenyataan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda yang mendakwa kononnya pembangkang cuba menabur fitnah kepada penjawat awam ekoran wujudnya tekanan untuk tidak mengundi selain daripada BN. “Saya cukup terkilan dengan kenyataan Azih yang menuduh pembangkang cuba untuk menabur fitnah ke atas penjawat awam dan seolah-olah mencampuri […]

DAP umum Liew Chin Tong calon Ayer Hitam, Anthony Loke kekal pertahan Seremban

Bertepatan dengan ulangtahun ke-52 Parti Tindakan Demokratik (DAP), ia semalam mengumumkan calon-calon bagi kerusi Parlimen Ayer Hitam dan Seremban sebagai buah mula kempen Pilihanraya Umum ke-14 tidak lama lagi. Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, diumumkan semalam bakal bertarung di kerusi Parlimen Ayer Hitam, manakala Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, kekal mempertahankan kerusi Parlimen Seremban. […]

60 tahun Orang Asli terabai, BN patut ‘pencen’ – M. Manogaran

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Namun, itulah realiti kehidupan masyarakat Orang Asli Pos Titom dan Pos Lenjang di Parlimen Cameron Highlands yang dibelenggu kepayahan dan pengabaian meski lebih 60 tahun bebas dari penjajahan. Terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai yang diwakili UMNO – Barisan Nasional (BN), masyarakat Orang Asli dari suku Semai […]

Penyakit kulit, kurang zat makanan ancam Orang Asli di Pos Titom, Pos Lenjang

Salah seorang doktor sukarelawan Kem Kesihatan di Pos Titom dan Pos Lenjang, Cameron Highlands yang dianjurkan baru-baru ini berkongsi pengamatan beliau selama tiga hari memberikan rawatan dan bimbingan kesihatan kepada komuniti Orang Asli Semai di sini. Menurut Dr Shanmuganathan, khidmat kesihatan di kawasan itu perlu penambahbaikan dan diberi perhatian serius memandangkan perkhidmatan tersebut hanya dijalankan […]

Kem Kesihatan DAP Cameron Highlands dapat sambutan hangat komuniti Orang Asli

Sekitar 250 masyarakat Orang Asli dari Pos Titom dan Pos Lenjang, Cameron Highlands mendapatkan rawatan percuma di Kem Kesihatan anjuran DAP Cameron Highlands dengan kerjasama Impian Malaysia dan persatuan Federation of Private Medical Practitioners’ Associations of Malaysia (FPMPAM). Kem Kesihatan yang dijalankan pada 9 hingga 11 Mac 2018 itu bertujuan bagi membolehkan komuniti di sini […]

Membawa penawar ke pedalaman Cameron Highlands, sebuah catatan

Pada 9 Mac sehingga 11 Mac, DAP Cameron Highlands di bawah pimpinan M. Manogaran dengan bantuan Impian Malaysia yang diwakili oleh Mia Yusri dan kerjasama doktor dari persatuan Federation of Private Medical Practitioners’ Associations of Malaysia (FPMPAM) telah menganjurkan Kem Kesihatan di Kampung Asli Pos Titom dan Pos Lenjang, Kuala Lipis, Pahang. Tujuh doktor yang […]

Parlimen yang berfungsi, bukan yang berdiam diri

Malam tadi adalah pelancaran buku oleh Adun DAP paling muda di Dewan Negeri Selangor, Yeo Bee Yin, bertajuk “Reimagining Malaysia”. Seorang anak gadis dari pekan kecil Batu Anam, Segamat yang telah berjaya menjadi seorang jurutera setelah menerima Biasiswa Universiti Cambridge Gates, Bee Yin menceritakan kisah perjalanan hidup peribadinya, harapan dan impiannya untuk negara dalam buku […]

Perniagaan merosot akibat GST tapi perbaharui lesen kena bayar RM1,200 di Beaufort

Peniaga di Beaufort, Sabah melahirkan rasa terkejut dan marah apabila terpaksa membayar RM1,200 bagi memperbaharui lesen perniagaan mereka di Majlis Daerah Beaufort baru-baru ini. Mereka menzahirkan rasa tidak puas hati memandangkan kenaikan tersebut tidak masuk akal berbanding bayaran asal sebanyak RM30 sahaja kata Timbalan Setiausaha DAP Sabah, Tan Lee Fatt yang menerima aduan dari peniaga […]