Pulangkan autonomi Sarawak hanya janji kosong Najib

Kerajaan Persekutuan yang diketuai UMNO berdolak dalik untuk mengembalikan hak autonomi kerajaan negeri Sarawak apabila meluluskan sekurang-kurangnya enam rang undang-undang (RUU) yang mencabar kuasa negeri itu. Menurut Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, RUU Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diluluskan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak pada 2014 telah menceroboh hak kerajaan negeri untuk […]

Pengorbanan Anwar Ibrahim dan langkah licik Najib

Begitu banyak perubahan sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dihantar ke penjara pada 10 Februari 2015. Percubaan tanpa henti untuk menyingkirkan Anwar daripada landskap politik Malaysia sejak 2008 kini memakan diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri. Pemenjaraan Anwar membawa kepada perdamaian semula yang sebelumnya tidak dapat dibayangkan dalam sejarah dunia antara dua seteru politik: […]

Kerajaan perlu kaji kenapa rakyat susah, bukan suka hati hentam Mydin

Kenyataan balas menteri UMNO terhadap kritikan seorang ahli perniagaan berhubung realiti sebenar rakyat terbawah menyerlahkan lagi wajah sebenar kerajaan UMNO yang tidak mempedulikan nasib golongan miskin di negara ini. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin sebelum ini dilaporkan berkata rakyat tidak mempunyai wang yang cukup untuk dibelanjakan walaupun pertumbuhan ekonomi Malaysia kukuh. Bagaimanapun Menteri […]

Jatuh dan bangun semula: kisah Pakatan Harapan

Saya berbesar hati dapat berjumpa dan bercakap dengan Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada kemunculan pertamanya selepas kembali dari lima minggu cuti sakit. Saya selama-lamanya terhutang budi dengan rakyat Pulau Pinang kerana memilih saya pada 8 Mac 2008. Atas jasa rakyat Pulau Pinang, saya menjadi Ahli Parlimen Bukit Bendera sementara DAP berjaya membentuk kerajaan […]

Pemandu teksi, operator bas sekolah P. Pinang terus nikmati insentif tahunan

Sekitar 1,702 pemandu teksi dan operator bas sekolah di Pulau Pinang terus menikmati insentif tahunan sebanyak RM600 daripada kerajaan Pakatan Harapan sebagai penghargaan kepada golongan tersebut. Pada tahun ini, sebanyak RM899,700 diperuntukkan bagi pemberian tersebut dengan pemberian insentif bahagian pertama sebanyak RM300. Berucap dalam majlis pemberian insentif berkenaan, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, insentif […]

DAP jelajah seluruh negara cari pekerja ‘malang’

DAP akan menjalankan siri jelajah seluruh negara mulai bulan hadapan bagi ‘mencari’ golongan pekerja yang tertindas, dibuang kerja dan berdepan risiko ditamatkan pekerjaan. Pertemuan tersebut akan digunakan untuk menerang serta memberi panduan mengenai hak-hak pekerja, kaedah untuk mempertahankannya serta segala bentuk tindakan undang-undang yang boleh digunakan. Naib Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran Ahmad berkata, siri […]

DAP perkasa biro buruh demi kaum pekerja

Pengerusi Biro Buruh DAP, Sivanesan Achalingam berkata, parti itu akan memperkasa biro tersebut di peringkat persekutuan dan negeri bagi membela nasib pekerja di negara ini. Jika BN kekal berkuasa pasca pilihan raya umum ke-14, kata Sivanesan, lebih ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan dan nasib golongan ini perlu dipertahankan. “Kita akan melantik beberapa individu yang berpengalaman […]

Terima kasih kerana tidak mengundi

Donald Trump memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada akhir 2016 kerana pengundi yang menganggap diri mereka progresif dan moderat tidak keluar mengundi. Mereka benci Trump tetapi mereka tidak puas hati dengan calon Demokrat Hillary Clinton yang dianggap tidak cukup progresif. Malah, mereka mengatakan pilihan di antara Trump dan Clinton adalah sama seperti dipaksa […]

Hapus monopoli, HARAPAN janji turunkan 50 peratus harga internet jalur lebar

Pakatan Harapan (HARAPAN) berjanji untuk mengurangkan harga perkhidmatan jalur lebar sebanyak 50 peratus jika berjaya membentuk kerajaan kelak. Adun Bukit Gasing Rajiv Rishakaran berkata ia boleh dilaksanakan dengan menghapuskan monopoli Telekom Malaysia (TM) yang menjadi punca mengapa rakyat Malaysia terpaksa membayar lebih bagi perkhidmatan tersebut berbanding negara Asia Tenggara (ASEAN) lain. “Di kebanyakan negara ASEAN, […]

Tiba masanya perkenalkan pas pengangkutan awam RM100 di Lembah Klang

Pada Oktober 2017, saya telah menulis tentang kurangnya peningkatan penumpang menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, KTM Komuter meskipun berbilion ringgit telah dilaburkan untuk projek-projek baru. Statistik rel suku ketiga 2017 yang dikeluarkan Menteri Pengangkutan mengesahkan lagi kebimbangan saya bahawa peningkatan jumlah penumpang LRT dan MRT pada Julai dan Ogos 2017 adalah disebabkan oleh pelaksanaan sementara potongan […]

Mahathir calon PM HARAPAN

Rakyat Malaysia berhasrat menjadikan tanah air ini sebuah negara yang maju, stabil dan sejahtera. Mereka mengimpikan negara yang  gemilang, utuh dan dihormati seantero dunia. Sejak Merdeka dan penubuhan Malaysia, pendiri bangsa telah mewariskan pedoman dan gagasan besarnya agar kita tidak tergelincir dari landasan tersebut. Namun, mutakhir ini Malaysia berada dalam bahaya dan dilingkungi kebejatan tidak […]

Bagaimana kita boleh bayar rakyat Malaysia gaji yang lebih banyak?

Pada 20 tahun yang lalu, seorang peguam yang baru tamat pengajiannya dibayar dengan RM2,000 sebulan di Kuala Lumpur. Ia dianggap bayaran yang amat memuaskan. Hari ini, peguam yang baru tamat pengajian dibayar dengan gaji sedikit lebih daripada RM2,000 sebulan. Satu penurunan paras pendapatan yang ketara untuk peguam muda seandainya mengambil kira faktor inflasi. Bagaimana untuk […]