PAS menang lebih banyak kerusi semasa bersama DAP – Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggelar PAS sebagai pengkhianat kerana didakwa berniat untuk membantu UMNO untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata demikian mengulas hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk partinya bertanding lebih 130 kerusi Parlimen. “Hadi sendiri tahu sangat, […]

Merentas dunia baharu

Teknologi adalah faktor yang paling berpengaruh dalam menentukan bagaimana kita hidup, bekerja dan berkomunikasi. Hal ini lebih ketara dalam tempoh 300 tahun yang lalu, sejak kejayaan teknologi seperti kereta api dan telegraf elektrik menghasilkan perubahan yang dramatik dan berlanjutan tentang bagaimana kita berinteraksi dengan dunia. Hari ini, dengan adanya komputer dan internet, serta pertemuan kedua-duanya […]

Dosa halang projek di kawasan BN tewas, Noh Omar diminta bertaubat

DAP Perak hari ini menarik balik saman yang difailkannya terhadap Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selepas arahan sekatan ke atas peruntukan untuk pembangunan di 89 kawasan Parlimen pembangkang ditarik balik. Ekoran itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, projek infrastruktur di kawasan Parlimennya, Taiping, boleh diteruskan. “Ini termasuk projek baru yang […]

Utamakan kesihatan mental pada tahun baru 2018

Musim perayaan akhir tahun tengah berlangsung dengan meriahnya. Bagi pesakit mental, musim perayaan kadang kala kurang dialu-alukan. Kesibukan bersiap-sedia untuk beraya, perbelanjaan yang ditanggung, dan tugas melayan kerenah para tetamu boleh memberi tekanan kepada pesakit mental. Bayangkan tekanan yang menyerang, apabila si pesakit mahu tidak mahu kena sentiasa berwajah riang. Tahun 2017 merupakan tahun yang […]

Mahathir si tua yang kembali melawan

Otak saya bagai ditonyoh-tonyoh semalam apabila berbual dengan seorang lelaki – yang saya panggil Wak – di kolam renang Bangsar. Semalam saya sempat ke kolam renang pada sebelah pagi sebelum masuk pejabat. Rutin berenang sudah jadi ritual saya selang sehari dua sebagai riadah mengisi keperluan jasmani – rohani, dan supaya lambat ‘pancit’. Menghabiskan masa antara […]

Peruntukan projek baiki rumah di Pensiangan diseleweng?

Pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah mula tidak senang duduk dengan usaha berterusan DAP yang giat menjalankan khidmat membantu mereka yang memerlukan. Kegusaran BN itu jelas dapat dilihat apabila Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup mula ‘menyerang’ DAP dengan melabelkan parti itu sebagai ‘raja putar belit’. Kenyataan itu dibuat setelah DAP Pensiangan membangkitkan persoalan mengenai […]

‘Hidup susah, mati pun susah, mau sembahyang pun susah….’

Kontroversi yang meletus ekoran pelaksanaan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) akhirnya berjaya mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaannya tidak sampai 24 jam dikuatkuasakan. Tindakan itu dibuat ekoran bantahan meluas orang ramai dan pengendali pakej Umrah negara ini yang berpandangan pengenaan beberapa jenis bayaran termasuk cukai GST melalui sistem tersebut amat tidak wajar. Menurut Naib Pengerusi […]

MAVCOM sepatutnya lindungi kepentingan penumpang, bukan tambah beban mereka

Bercuti di luar negara seperti ke London, Bali, Bangkok dan seumpamanya mungkin lebih murah berbanding bercuti ke wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah dan Sarawak khususnya semasa musim perayaan dan cuti sekolah. Persoalannya, jika lokasi percutian boleh dipilih, bagaimana pula dengan mereka yang perlu berulang alik atau yang harus pulang ke kampung halaman bertemu keluarga ketika sambutan […]

Khaled Nordin berperangai seperti “JO1”

DAP Johor menyatakan solidariti kepada Yusuf Al-Siddique Suratman, atau lebih dikenali sebagai penulis blog Milosuam, yang ditahan pada 8 Disember 2017 dan direman tiga hari oleh polis berhubung kes yang didakwa rasuah melibatkan Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin. Yusuf disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 203A Kanun […]

Pemberian subsidi tambang bas sekolah dapat ringankan beban golongan kurang berkemampuan

DAP hari ini mencadangkan agar kerajaan memberikan subsidi kepada golongan kurang berkemampuan bagi membantu mereka menampung kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku awal tahun hadapan. Timbalan Setiausaha Agung DAP, V. Sivakumar berkata, pemberian subsidi secara bersasar ini dapat membantu meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung golongan berpendapatan rendah dan sederhana. “Saya mencadangkan […]

Kisah sedih pemandu teksi yang ramai tidak tahu

Jika tiada penumpang, dia akan duduk-duduk di stesen hentian depan Mydin Mart Kota Kemuning itu dengan teman-temannya yang lain – ada ketika, sambil minum-minum kopi, telefon bimbitnya berbunyi – keretanya dihidupkan dan dia pun meluncur ke destinasi. Begitulah rutin kehidupan M. Manugharan, 52, sejak lebih dua dekad lalu yang hampir separuh nyawanya berada di atas […]

Pemuda DAP diseru beri tumpuan kepada isu ekonomi menjelang PRU14

Sosialis Muda DAP (DAPSY) yang baru semalam bersidang di ibu negara, diingatkan supaya memberikan tumpuan kepada isu-isu ekonomi, terutamanya kezaliman cukai barang dan perkhidmatan (GST) menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi. Isu ekonomi adalah isu utama yang bakal menyatukan rakyat Malaysia dalam rangka menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam PRU ke-14 akan datang. Berucap di […]