Utusan Malaysia buat untung berganda jual komputer tablet kepada guru sekolah

Utusan Malaysia, akhbar milik United Malays National Organisation kini barangkali sudah jemu menulis berita propaganda. Khabarnya sekarang, Utusan sudah mula berniaga tablet pula. Ini seperti zaman pejabat pos cuba-cuba berniaga komputer satu masa dahulu. Apa yang lebih menarik ialah syarikat Utusan bukan sahaja mendapat kontrak untuk membekalkan komputer tablet kepada lebih 400 ribu orang guru […]

Speaker DUN Perak didakwa pertahan Adun BN guna kata kesat

IPOH, 27 NOV: Hanya kerana menuntut keadilan ke atas dirinya yang dihina dengan perkataan kesat oleh seorang Adun Barisan Nasional (BN), Adun Pasir Pinji, Howard Lee hari ini diarahkan keluar dewan oleh Speaker DUN Perak, Datuk S Thangasvari. Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib seperti dilaporkan beberapa akhbar berbahasa Cina pada 24 November lepas […]

DAP umum letak calon rebut kerusi DUN Bingkor

KENINGAU, 27 NOV: DAP secara rasmi mengumumkan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N33 Bingkor yang bakal bertarung merebut kerusi tersebut daripada penyandangnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt mengishtiharkan Peter Dhomas bin Saili atau lebih dikenali sebagai Peter Saili, 66, sebagai calon DAP yang bakal berentap di […]

Kerana kurang doktor, ubat, penduduk serbu Kem Kesihatan DAP

PENSIANGAN, 24 NOV: Kedudukan Hospital Besar Keningau yang terletak sejauh 105 kilometer menyebabkan lebih 175 penduduk Kg Sinua, Daerah Kecil Sook dekat sini berpusu-pusu mendapatkan khidmat kesihatan di Kem Kesihatan anjuran DAP Pensiangan dan Impian Malaysia baru-baru ini. Khidmat Kem Kesihatan itu telah disertai oleh pelbagai peringkat umur masyarakat seawal usia Sembilan bulan sehinggalah 90 […]

Apa khabar dengan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia?

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Dr Ong Kian Ming hari ini mengingatkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tentang Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) bagi menyiasat kejadian kemalangan kereta api yang sehingga kini masih belum ditubuhkan. Perkara ini disuarakan Ahli Parlimen Serdang itu susulan kejadian kereta api kargo tergelincir di Stesen Bank Negara semalam yang […]

Tun M, Lim Kit Siang jawab soalan panas anak muda

KUALA LUMPUR, 22 NOV: Dialog anak muda bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang semalam berjaya menarik kehadiran lebih 90 peratus golongan itu memenuhi dewan. Acara yang dipengerusikan oleh Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Yusof itu dianjurkan di Dewan Komuniti Petaling Jaya dan menyaksikan dua tokoh […]

Pelancaran pendaftaran bantuan Penang Bangkit

[KENYATAAN MEDIA] PELANCARAN PENDAFTARAN BANTUAN KECEMASAN (RM700 ONE-OFF) BAGI BENCANA BANJIR DAN RIBUT PADA 4 DAN 5 NOVEMBER 2017 OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG Kerajaan Negeri telah mengumumkan program “Pulau Pinang Bangkit” yang melibatkan peruntukan RM105 juta dalam membantu pemulihan dan pembinaan semula kehidupan rakyat pasca bencana angin ribut kencang dan banjir terburuk dalam sejarah […]

‘Semangat Roket’ Lau Dak Kee perlu jadi tauladan – Tan Kok Wai

KUALA LUMPUR, 21 NOV: Pengerusi Kebangsaan, Tan Kok Wai menyeru seluruh ahli DAP supaya mencontohi jejak perjuangan mendiang Lau Dak Kee, mantan pengasas parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan masyarakat. Saranan itu dibuat ketika berucap di Malam Kenangan Lau Dak Kee di Ibu Pejabat Kebangsaan malam tadi. Menurut Ahli Parlimen Cheras itu, tanpa […]

Mahu tumpu komitmen sedia ada, Hannah tolak lantikan anggotai CEC

KUALA LUMPUR, 20 NOV: Ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap komitmen sedia ada adalah sebab utama mengapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh menolak pelantikan sebagai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP. “Setelah berfikir dan selepas mengkaji semula kewajiban masa saya, saya telah memutuskan untuk menolak tawaran dilantik dalam CEC. “Saya ingin menumpukan […]

Biar ERL naikkan tambang daripada rakyat tanggung rugi selama 30 tahun

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Kerajaan sepatutnya membenarkan Expressrail Link Sdn Bhd (ERL) menaikkan tambang perkhidmatannya daripada memilih untuk memanjangkan tempoh konsesi syarikat itu selama 30 tahun, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua. Tindakan melanjutkan tempoh konsesi itu, katanya, akan merugikan rakyat dan menguntungkan syarikat pengendali pengangkutan awam berkenaan yang diketahui mengalami penurunan jumlah […]

15,000 penduduk Pulau Gaya tiada bekalan air bersih, apa UMNO Sabah buat?

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Meski pun telah dihuni sejak sebelum zaman pendudukan Jepun, penduduk Pulau Gaya yang terletak hanya 10 minit menaiki bot dari Bandaraya Kota Kinabalu masih belum menikmati kemudahan bekalan air bersih. Lebih menyedihkan, sekitar 15,000 penduduk di pulau itu terpaksa bergantung kepada bekalan air yang dijual dengan harga jauh lebih mahal daripada […]

DAP mohon kerajaan pusat tangguh pelaksanaan GST untuk mangsa banjir P. Pinang

GEORGE TOWN, 15 NOV: DAP hari ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar menunaikan janjinya kepada kerajaan negeri Pulau Pinang selain memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa banjir di negeri itu. Justeru itu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dalam kenyataan hari ini menggesa kerajaan Persekutuan segera mengeluarkan dana RM1 bilion yang dijanjikan […]