Kerajaan digesa tangani jurang pembangunan luar bandar – Lee Kee Hiong
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kuala Kubu Baru, Lee Kee Hiong berharap sempena sambutan kemerdekaan ke-56 negara tahun ini, kerajaan akan mengambil inisiatif menangani jurang perbezaan antara pembangunan luar bandar dan bandar agar rakyat dapat menikmati kebahagiaan dan kemakmuran sebagai warga Malaysia.