Menangani krisis lima berganda Malaysia

Oleh Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) 2020 adalah tahun pandemik global Covid-19, yang mencetuskan krisis lima berganda iaitu kesihatan, politik, ekonomi, pendidikan dan keyakinan di negara ini.  Sayangnya krisis lima berganda ini belum ditangani oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak dipilih dan seharusnya menjadi resolusi Tahun Baru bagi mana-mana Kerajaan. Penutupan seluruh negara […]

2021: Tahun realisasikan Harapan

Tahun 2020 yang bakal melabuhkan tirainya hari ini membawa 1,001 iktibar dan pengalaman kepada semua rakyat Malaysia. Dari gelombang demi gelombang jangkitan pandemik Covid-19, kepada peristiwa yang disebut-sebut sebagai ‘Langkah Sheraton’, 2020 membawa kesan yang besar kepada negara kita terutama dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Memasuki 2021, harapan rakyat pastinya tinggi menggunung. Sehubungan itu, […]

Masa untuk lebih ramai pemimpin muda

Oleh B. Suffian Golongan muda adalah pewaris negara. Mereka merupakan golongan yang bakal berdepan dengan cabaran politik, ekonomi dan sosial pada masa depan.  Sebab itu, golongan muda perlu diberi peluang yang luas untuk menyerlahkan potensi masing-masing. Mereka perlu diberikan laluan untuk mencorak masa depan Malaysia. Mereka juga perlu diperlengkapkan dengan nilai-nilai kepimpinan untuk menempuh cabaran-cabaran […]

Segera siasat kehilangan dana RM1 bilion dalam kes LCS

Oleh Liew Chin Tong (Ahli Dewan Negara dan mantan Timbalan Menteri Pertahanan) Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany telah menyatakan harapannya agar pihak kerajaan dapat membuat keputusan terbaik dalam isu kapal tempur pesisir (Littoral Combat Ship, LCS). September lalu, saya telah menjelaskan tentang keputusan kerajaan Pakatan Harapan berkenaan hala tuju projek […]

P. Pinang serius martabat sistem pendidikan Islam, mahu kebajikan guru KAFA ditambah baik

Kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin Pakatan Harapan serius memartabatkan sistem pendidikan Islam di negeri ini. Justeru itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan mewujudkan skim perkhidmatan serta gred gaji standard untuk guru Kelas Agama & Fardhu Ain (KAFA). Ia selaras dengan apa yang dinikmati oleh tenaga pengajar yang melaksanakan program Jawi, Al-Quran, […]

Semoga ‘roh’ GST bersemadi dengan tenang

Oleh Liew Chin Tong (Ahli Dewan Negara, Pengarah Pendidikan Politik DAP dan Pengerusi DAP Johor) Cakap-cakap tentang kembalinya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menjana pendapatan Kerajaan kembali kedengaran di celah-celah koridor kuasa. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya menyemadikan ‘arwah’ GST ini dengan menafikan bahawa pentadbirannya pernah mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula cukai terbabit. […]

Bersama Warisan Plus, teruskan politik baharu demi rakyat Sabah

Oleh calon Warisan Plus (DAP) PRN Sabah Kepada Tuhan Kita Yakin, Berpadu Kita Mesti, Undi Warisan! Hari ini adalah hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri Sabah. Sepanjang dua minggu lalu, kami telah menyantuni penduduk setempat di kedai-kedai kopi, pasar tamu, kedai, kampung dan perumahan kos rendah. Ekoran pandemik Covid-19, kami juga telah memanfaatkan sosial media […]

Perubahan politik, ubah nasib penduduk Pulau Berhala

Oleh Sheera Ghafar Pulau Berhala mengajar kita bahawa apabila rakyat bersatu hati mengubah suasana politik di Malaysia, nasib mereka pasti akan berubah lebih baik, sedikit demi sedikit. 19 September 2020, penulis mengikuti aktiviti ziarah Calon N56 Tanjong Papat, Frankie Poon Ming Fung merangkap Pemangku Pengerusi DAP Sandakan ke perkampungan Pulau Berhala. Buat pertama kalinya penulis […]

Kepada Ku Li: Ini Malaysia

Oleh Zairil Khir Johari (Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang dan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP) Saya tertarik untuk membalas laporan bertarikh 18 September 2020 di The Malaysian Insight yang bertajuk “Jangan jadi alat DAP, kata Ku Li pada anak muda Melayu”.[2] Dalam laporan tersebut, veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah (lebih dikenali dengan panggilan mesra Ku Li) dipetik sebagai […]

Bersatu demi masa depan generasi akan datang

Oleh Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) Hari Malaysia meraikan perpaduan nasional dalam masyarakat kita yang berbilang kaum, dan integrasi nasional antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai apabila ianya bersifat inklusif, berdasarkan saling menghormati, memberi peluang saksama dan memakmurkan seluruh rakyat Malaysia. Janji untuk Hari Malaysia adalah supaya kita […]

Henti buli Veveonah, hormat rakyat sabah

Oleh Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) Dua orang Timbalan Menteri harus berhenti membuli Veveonah Mosibin dan berikan tumpuan untuk menaik taraf perkhidmatan kesalinghubungan internet di Sabah, khususnya di 50 tapak dalam 13 buah desa di Sabah yang telahpun diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Kedua-dua mereka, iaitu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul […]

Selepas 63 tahun merdeka: Mengapa masih ada rasa benci?

Oleh Terence Naidu (Adun Pasir Bedamar) Semenjak kemerdekaan tanah air yang kita semua cintai 63 tahun yang lalu, saya merasa ketegangan dalam hubungan kaum serta permainan politik keagamaan yang semakin menjadi-jadi. Malah, lebih buruk lagi, isu-isu ini dibangkitkan oleh ahli-ahli politik yang sepatutnya bertanggungjawanb menjaga hubungan baik antara kaum dan agama. Memang isu perkauman dan […]