UMNO menggelabah batal ceramah DAP di Parlimen Silam

LAHAD DATU, 27 MAC: Ceramah pelancaran DAP Silam yang dijadual semalam terpaksa dibatalkan di saat akhir dipercayai akibat tekanan politik ke atas pemilik tanah. Pemberitahuan mengenai pembatalan acara tersebut dibuat melalui sepucuk surat daripada Hwang Team Sdn Berhad setelah mendapat ‘pandangan dan nasihat pihak berkuasa tempatan serta pihak yang berkenaan’. Apa yang menimbulkan persoalan, polis […]

Datuk Onn, seperti DAP, jauh mendahului zaman

Ucapan perbahasan Titah Diraja oleh Ketua Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Rabu 15 Mac 2017. Datuk Onn Jaafar 66 tahun mendahului zaman, DAP pula 51 tahun mendahului zaman, saya ditahan ISA sewaktu Operasi Lalang 30 tahun lalu kerana terlalu melampaui zaman – bukankah kini masanya rakyat […]

Kerajaan digesa serius haramkan perkahwinan bawah umur

KUALA LUMPUR, 14 MAC: DAP menyokong penuh usaha kerajaan Persekutuan menggubal rang undang-undang (RUU) baharu dan khusus bagi menangani kesalahan jenayah seksual kanak-kanak yang akan dibentangkan dalam sesi Parlimen kali ini. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 tersebut wajar menyentuh mengenai isu perkahwinan bawah umur. Ini, katanya, selaras […]

Reformasi perkhidmatan awam perlu mula dari ‘atas’ – Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR, 20 FEB: Usaha penstrukturan semula perkhidmatan awam harus dimulakan dengan pemansuhan jabatan atau agensi kerajaan yang mempunyai tugas bertindih, kata Pakatan Harapan. Dalam satu kenyataan bersama, PKR, Amanah, dan DAP berkata, kerajaan Persekutuan harus memulakan usaha berkenaan dengan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ketika ini mempunyai sembilan menteri dan tiga timbalan […]

Selesai isu dokumen pengenalan diri secara menyeluruh, bukan pilih kasih

IPOH, 6 FEB: Usaha bagi menyelesaikan masalah mendapatkan dokumen pengenalan diri dan taraf warganegara seharusnya tidak tertumpu kepada sesuatu kaum di negeri tertentu sahaja. Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran berkata, ini kerana masalah yang timbul sejak puluhan tahun itu harus dipandang sebagai isu negara yang melibatkan pelbagai kaum. Beliau berkata demikian sebagai mengulas […]

MCA jangan jadi ‘promoter’ negara China – Liew Chin Tong

KLUANG, 23 JAN: Entah apa yang difikirkan MCA apabila parti itu membentuk satu jawatankuasa hal ehwal yang berkhidmat sebagai ‘promoter’ untuk kepentingan negara China di Malaysia. Parti komponen BN itu seolah-olah keliru dengan peranannya sebagai parti pemerintah, yang sepatutnya lebih menjaga hal ehwal rakyat negara ini berbanding China. Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata […]

Jawatan TPM: MCA yang minta, DAP tak pernah bincang

KUALA LUMPUR, 21 JAN: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) diminta oleh MCA dan bukannya DAP. “Saya dilaporkan berkata DAP telah meminta untuk dilantik jawatan timbalan perdana menteri kedua. “Saya ingin betulkan kesalahan itu. Bukan DAP tetapi adalah MCA,” jelas beliau dalam blognya. Beliau merujuk perkara itu kepada […]

Zahid Hamidi menggelabah diaju soalan derma RM2.6 bilion di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini mengelak dan dilihat terpinga-pinga apabila diajukan soalan mengenai dana RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Zahid sebelum ini mendakwa dana besar itu telah disumbangkan kepada Najib yang juga Menteri Kewangan oleh seorang penderma Arab berdarah […]

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2017 oleh Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang

Adakah kita mempunyai Ahli-ahli Parlimen BN yang cukup patriotik untuk maju ke depan dan berganding tangan bersama Ahli-ahli Parlimen Pembangkang yang patriotik untuk menyelamatkan Malaysia daripada penghinaan sebagai sebuah kleptokrasi global? Sebagai Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang paling lama, setelah berkhidmat selama lebih empat puluh tiga tahun dalam sepuluh daripada tiga belas penggal sejak 1969 […]

Bagaimana kerajaan boleh jimatkan belanja

Malaysia ada 25 Kementerian dengan 69 orang Menteri dan Timbalan Menteri. 1. Kementerian Kewangan 2. Kementerian Dalam Negeri 3. Kementerian Pengangkutan 4. Kementerian Kesihatan 5. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi 6. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan 7. Kementerian Pertahanan 8. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 9. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 10. Kementerian Pertanian dan […]

Di sebalik politik perkauman BN, sudah matikah Gagasan 1Malaysia?

Saya ingin ajukan satu persoalan kepada rakyat Malaysia untuk difikirkan sempena memperingati Hari Malaysia ke-53 : adakah Gagasan 1Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mati atau masih hidup? Jika Gagasan 1Malaysia Najib itu masih hidup, mengapa pemimpin-pemimpin UMNO menerajui kempen nasional dalam mencambah kebencian serta memainkan politik perkauman dan agama, contoh terbaru adalah […]