Pertemuan Anwar-Mahathir wajar jadi contoh, ketepi perbalahan demi selamatkan negara

GELANG PATAH, 6 SEP: Pertemuan bersejarah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir semalam selepas lebih 18 tahun berseteru wajar dijadikan contoh ikutan rakyat Malaysia untuk mengetepikan perbalahan demi menyelamatkan Malaysia. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, dalam kenyatannya berkata pertemuan bersejarah itu memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk bertindak atas dasar cinta kepada […]

Guan Eng sanggah tiga fitnah BN dalam perutusan Merdeka

GEORGE TOWN, 1 SEP: Rakyat Malaysia harus kembali memperbaharui pengertian Merdeka sebagai perjuangan untuk memartabatkan kebenaran, keadilan dan kebebasan. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata semua pihak wajib menolak sebarang bentuk dominasi politik yang mengeksploitasi kebencian kaum dan agama agar Malaysia kekal sebagai satu masyarakat yang sejahtera dan bersatu-padu. “Kita mesti terus berjuang […]

Pemerdagangan orang: Kecewa pun tak guna, kerajaan memang tidak serius

KUALA LUMPUR, 16 OGOS: Isu pemerdagangan orang yang berlaku di negara ini mampu diatasi sepenuhnya jika kerajaan Persekutuan mempunyai kemahuan politik dan bersedia untuk menunjukkan komitmen yang serius dalam penguatkuasaan undang-undang. Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, pihak berwajib perlu menjalankan siasatan tidak berat sebelah dan menangkap sindiket yang menjalankan aktiviti pemerdagangan orang, termasuk melindungi […]

DAP gesa batal cadangan pindaan Akta Profesion Undang-Undang (LPA)

GEORGE TOWN, 3 OGOS: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said digesa menarik balik cadangan kerajaan untuk meminda Akta Profesion Undang-Undang (LPA) yang didakwa akan membenarkan campur tangan kerajaan dalam urusan Majlis Peguam. Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata, pindaan itu antara lain akan memberikan kuasa kepada menteri persekutuan yang bertanggungjawab […]

United Macai National Organisation?

Khairy Jamaluddin telah mengambil masa yang terlalu lama untuk menyatakan pendiriannya berhubung tuduhan bertalu-talu terhadap Presiden partinya, yang dikhabarkan sedang gigih menepis asakan dari segenap sisi, ekoran dakwaan bahawa beliau lah ‘Malaysian Official 1’ yang disebutkan dalam dokumen saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika. Dokumen tersebut menamakan beberapa individu yang didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram, […]

Wahai Ketua SPRM baru, dengarlah suara rakyat

Semakin lama, rakyat semakin nampak permainan yang berlaku dalam kancah politik negara. Dua hari lalu, seorang pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Dzulkifli Ahmad pula dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru. Rakyat kini risau kerana hubungan Dzulkifli dan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali adalah seperti ‘aur dan tebing’ […]

Di sebalik 1MDB, skandal lain sedang berlangsung

Sudah lebih semingu butiran skandal 1MDB didedahkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. Dalam ayat Andrew McCabe yang merupakan Timbalan Pengarah FBI, menurutnya “rakyat Malaysia ditipu hidup-hidup”. Penipuan berskala antarabangsa yang melibatkan pelbagai syarikat itu dikaitkan dengan “Malaysian Official 1 (MO1)” dan rakan perniagaan malah ahli keluarganya. Namun, sehingga kini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahidi Hamidi […]

Di mana Pak Arab ‘dermawan’ bersembunyi?

Setiap hari, pasti Ahli Parlimen DAP, Tony Pua akan kecoh tentang 1MDB. Kadang-kadang terfikir juga, tak bosankah Tony asyik sebut tentang skandal 1MDB berulang kali? Padahal rakyat Malaysia yang rata-ratanya lebih gemar isu Yuna peluk Usher di atas pentas atau status haram halal PokemonGo, bukan peduli sangat jika duit mereka kena rembat juta-juta. Bagi orang […]

Tindakan undang-undang sita aset 1MDB buktikan para pengkritiknya benar – Kit Siang

KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat memfailkan tuntutan mahkamah terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam membuktikan kebenaran dakwaan para pengkritik syarikat terbabit. Katanya, ia membuktikan kebenaran dakwaan pihak pembangkang dan kumpulan yang mahu Datuk Seri Najib Razak berundur daripada tampuk pemerintahan negara mengenai skandal mega berkembar RM55 bilion dan ‘derma’ RM2.6 bilion […]

Reformasi Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang

Membaca tulisan Dato’ Saifuddin Abdullah (Mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) – di Sinar Harian bertajuk ‘Reformasi Pihak Berkuasa Tempatan’ (9 Mei 2016) membuatkan saya terpanggil untuk memberi respon mengenai perkembangan yang sedang berlaku di Pulau Pinang yang mungkin ramai tidak tahu. Sejak Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) mengambil alih kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2008, […]

Usul hudud: Pecat Azalina dan Rosnah, bukan acah ugut letak jawatan

KUALA LUMPUR, 30 MEI: Tindakan pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mengacah mahu meletakkan jawatan Kabinet ekoran pembentangan usul hudud oleh PAS tidak membawa sebarang makna. Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sebaliknya menekankan supaya pemimpin MCA, Gerakan dan MIC untuk mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Azalina Othman Said dan Timbalan […]

Siasatan PAC terhadap 1MDB: Surat Bank Negara dijadikan alasan tak dedah laporan tapi tak boleh ditunjuk kepada anggota PAC

KUALA LUMPUR, 19 MEI: Sudahlah surat Timbalan Gabenor Bank Negara bertarikh 6 April lalu tidak dimaklumkan kepada anggota-anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), hari ini ditambah pula Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin, enggan menunjukkan kandungan surat tersebut kepada Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang yang menganggotai jawatankuasa itu. Perkara itu didedahkan dalam satu kenyataan bersama oleh Timbalan Pengerusi […]