PAS makan umpan Umno, Pakatan Rakyat hancur

Isunya sekarang bukan sekadar berkenaan undang-undang hudud, yang dari sudut prinsip dan dasar sememangnya dibantah oleh DAP, tetapi juga persoalan kepercayaan dan kejujuran beberapa pimpinan PAS di peringkat nasional dan bagaimana mereka berpegang kepada janji.

Hudud sebagai tukul

Saya melihat diri sendiri sebagai kawan lama PAS yang berusaha menumpaskan UMNO di kotak undi bersama-sama sekalian warga Malaysia yang lain. Bagi saya, faksi PAS yang bekerjasama secara sulit dengan UMNO atas dasar asabiah patut dianggap sebagai musuh bersama oleh semua kalangan yang mahu melihat Malaysia yang mempunyai kerajaan baru yang bersih, amanah, demokratik dan saksama.

Tubuh RCI wajib jadi keutamaan mesyuarat Kabinet

Bolehkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperjelaskan sama ada Kabinet akan bermesyuarat esok, atau adakah ini tidak akan berlaku kerana ramai Menteri masih lagi bercuti di luar negara?