DAP ulangi desakan segera laksana enam prinsip TI-M

Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong mempertikai tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low yang sengaja melengah-lengahkan pelaksanaan enam prinsip Transparency International-Malaysia (TI-M) walaupun berpeluang melaksananya.

DAP bantah pertukaran agama secara satu pihak

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP berpendapat kedua-dua ibu bapa mesti bersetuju dengan pertukaran agama yang sah bagi kanak-kanak di bawah usia 18 tahun seperti yang diperuntukkan mengikut Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Tubuh Jawatankuasa khas siasat perbelanjaan SPR pada PRU-13

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara diminta menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk menyiasat dan mengaudit perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana SPR bukan sahaja gagal memastikan pilihan raya bersih dan adil tetapi membazirkan ratusan juta wang rakyat.

Kit Siang kesal sikap diskriminasi Muhyiddin

“Kabinet Najib sendiri tidak menunjukkan adanya komitmen kerajaan terhadap usaha menjunjung Perlembagaan, memandangkan kita mempunyai Paul Low, seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengukuhkan integriti dan tadbir urus yang baik sedangkan beliau adalah seorang anggota Kabinet yang haram kerana lebih sebulan berlalu tetapi belum mengangkat sumpah sebagai seorang Senator dan sebagai Menteri,” tambahnya

Najib perlu henti cipta ‘Kafkaesque’

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus berhenti mencipta Malaysia yang ‘Kafkaesque’ jika mahu meningkatkan usaha menangani persepsi negatif dan mengingatkan penjawat awam supaya tidak leka dengan terlalu berpolitik.

Rakyat harap Paul Low mampu kekang rasuah berleluasa

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua itu berkata, kemampuan Low melaksanakan reformasi akan diteliti bagi memastikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang enggan bekerjasama dengan badan pencegahan rasuah itu.