DAP beri amaran lambakan hutang dan rasuah BN bakal mufliskan Malaysia

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata ini kerana tindakan gelojoh dan tidak bertanggungjawab Presiden BN, Datuk Seri Najib Razak menambah beban hutang negara yang kini mencatat rekod tertinggi dalam sejarah dan tambah merungsingkan apabila kerajaan BN sambil lewa membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran mereka.

Kit Siang cabar PM buktikan fakta sejarah filem 13 Mei, Tanda Putera

Perdana Menteri perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penghinaan yang bersifat perkauman dan tidak mengikut fakta sejarah di dalam filem 13 Mei itu kerana menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan, Najib yang mengarahkan filem itu ditayangkan secara eksklusif kepada 3,000 peneroka Felda yang berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Isnin lalu.

UMNO/BN terdesak, guna Ketua Pengarah JASA sebar propaganda tipu

UMNO/Barisan Nasional (BN) kini semakin terdesak sebab itu terpaksa menggunakan khidmat Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan untuk menyebarkan propaganda bahawa UMNO/BN menjelang PRU-13 kerana propagandis mereka kurang berwibawa.

Projek IC di Sabah: Mahathir patut dianggap pengkhianat negara

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menganggap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga sebagai pengkhianat kerana terbabit memberi kad pengenalan (IC) dan hak mengundi kepada warga asing semata-mata untuk mempertahankan kuasa politik UMNO di Sabah.

Adiwira Najib

Sebuah komik haram muncul secara tiba-tiba pada April tahun lalu. Seorang adiwira berpakaian lucu digambarkan terbang dan disambut gembira oleh penduduk pelbagai kaum. Budaya meraikan superhero bukan sesuatu yang baru tetapi siapakah adiwira sebenar?

Najib perlu ikhlas mahu Malaysia jadi “negara demokrasi terbaik” – Kit Siang

Najib Razak sepatutnya memastikan tidak berlaku campurtangan politik sama ada oleh Menteri Dalam Negeri, Ketua Penerangan UMNO atau penggerak politik lain daripada mengekang Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bertindak memastikan Himpunan Kebangkitan Rakyat berjalan secara aman dan berjaya.- Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP

Eh Najib, #BubarParlimen Sekarang! Oleh Izmil Amri

Tinggal beberapa hari saja lagi menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat; dan saya tidak pasti jika ada mana-mana pihak yang menuntut supaya Parlimen dibubarkan agar pilihan raya umum dapat diadakan secepat mungkin. Justeru saya menyeru pihak terbabit untuk sama-sama menuntut supaya Najib Razak membubarkan Parlimen secepat mungkin tanpa berlengah-lengah lagi.