Bersama tadbir ibu negara, jadikan Kuala Lumpur Bandar Bertaraf Dunia

Oleh Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP) Shahidan Kassim diharap Mentadbir Ibu Negara Bersama Dengan Ahli Parlimen Kuala Lumpur Demi Merealisasi Impian Kuala Lumpur Sebagai Bandar Bertaraf Dunia (World -Class City)    Saya mengucapkan tahniah kepada kawan daripada parti lawan saya YB Datuk Seri Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Arau atas perlantikan […]

Cadangan tadbir urus ekonomi untuk PM baharu

Oleh Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor dan Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan) Ketika pandemik Covid-19 melanda hidup kita, Malaysia telah melalui fasa krisis politik yang sangat berbisa dan penuh keributan sejak Langkah Sheraton pada Februari 2020. Tujuh belas bulan selepas ‘rampasan kuasa’ tersebut, kini kita mempunyai sebuah lagi kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri […]

Berakhirnya zaman PM berlagak presiden di Malaysia

Oleh Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor dan Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan) Amalan Perdana Menteri berlagak “presiden” di Malaysia sudah berakhir. Perdana Menteri tidak lagi dapat berkuasa sepenuhnya dalam sistem politik kita. Pilihan Raya Umum 2018 telah menamatkan pemerintahan satu-parti UMNO yang mentadbir Malaysia sejak 1955, dua tahun sebelum negara kita merdeka. Komponen utama […]

Kerajaan PN pentingkan diri, sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa – Howard

Oleh Aziera NH Apa yang berlaku di Parlimen semalam jelas membuktikan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pentingkan diri dan akan melakukan apa sahaja demi menyelamatkan kuasa mereka tanpa mempedulikan nasib rakyat dan titah Yang di-Pertuan Agong. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How berkata, ini berhubung pembatalan Ordinan Darurat oleh Kerajaan […]

Mengenang 5,108 mangsa kematian Covid-19

Oleh Lim Guan Eng(Setiausaha Agung DAP) 28 Jun 2021 adalah hari yang gelap bagi Malaysia apabila angka kematian Covid-19 kita melebihi 5,000 orang. Menjelang 29 Jun, terdapat tambahan 107 kematian yang menjadikan angka suram ini kepada 5,108. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia begitu banyak kematian akibat satu faktor dalam masa yang singkat. Melihat statistik semata-mata […]

Malaysia perlukan mekanisme semak dan imbang terhadap kuasa pasukan polis

Kenyataan Media Timbalan Ketua DAPSY Kebangsaan merangkap ADUN Tanah Rata (Negeri Pahang) Chiong Yoke Kong pada 5 Mei 2021 (Rabu): Sewaktu Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyerahkan jawatan, pasukan polis menjadi topik hangat di khalayak ramai akibat daripada pelbagai skandal didedahkan seperti penyalahgunaan kuasa, campur tangan politik, dan kematian dalam tahanan […]

Kerjasama dwipartisan Eksekutif-Parlimen kaedah terbaik ketika darurat

Oleh B. Suffian Badan pemikir progresif, Research for Social Advancement (REFSA), menyokong saranan ASEAN Parliamentarians for Human Rights (APHR) yang menggesa kerajaan mengembalikan persidangan Parlimen. Dalam satu kenyataan, REFSA berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama kedua-dua Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Datuk Azhar Azizan Harun dan Tan Sri Dr. Rais Yatim […]

Memikirkan semula prinsip integriti pasca Covid-19

Oleh Fakhrurrazi Rashid (Koordinator penyelidik REFSA) Transparency International Malaysia mengeluarkan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi 2020. Kedudukan Malaysia jatuh enam anak tangga, dari tangga ke-51 pada 2019 ke kedudukan ke-57 pada 2020 daripada 180 negara. Laporan CPI tersebut ialah kad laporan prestasi tadbir urus kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang kurang memuaskan  setelah hampir setahun […]

Mahkota ‘PM terburuk’ cuma bertukar tangan

Oleh Nor Miswary Ramli (Setiausaha Politik kepada Hannah Yeoh) Ramai orang cuba membandingkan Najib Razak dengan Perdana Menteri Malaysia yang ada pada hari ini – Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perbandingan yang dibuat bukanlah berdasarkan prestasi terbaik mereka semasa memimpin dan mentadbir negara, ia adalah yang sebaliknya. Najib Razak dibandingkan dengan pelbagai kes yang kini terpaksa […]

‘2020 adalah tahun yang amat memalukan untuk Parlimen Malaysia’

Oleh Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Iskandar Puteri) 2020 adalah satu tahun yang amat memalukan untuk Parlimen Malaysia yang telah membazirkan sebegitu banyak masa untuk hal-hal remeh, dan bukannya terus maju ke arah reformasi parlimen seperti yang berlaku di parlimen-parlimen di negara Komanwel yang lain 2020 adalah satu tahun yang amat memalukan untuk Parlimen Malaysia […]

Semoga ‘roh’ GST bersemadi dengan tenang

Oleh Liew Chin Tong (Ahli Dewan Negara, Pengarah Pendidikan Politik DAP dan Pengerusi DAP Johor) Cakap-cakap tentang kembalinya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menjana pendapatan Kerajaan kembali kedengaran di celah-celah koridor kuasa. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya menyemadikan ‘arwah’ GST ini dengan menafikan bahawa pentadbirannya pernah mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula cukai terbabit. […]

Kerajaan digesa pertimbang moratorium terhadap pendakwaan cubaan bunuh diri

Lim Yi Wei (Adun Kampung Tunku) Minggu ini, seorang lagi mangsa cubaan bunuh diri didakwa dan dijatuhkan hukuman undang-undang. Penganggur yang berumur 28 tahun tersebut didenda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan, individu yang disabit kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya. Timbalan pendakwa […]