Kudeta dan Perang Kurukshetra

Arjuna tersentak seketika. Busur di tangannya dipegang longlai. Matanya tertumpu ke sebelah sana, di kejauhan medan Kurukshetra; ke arah sanak saudara, sahabat handai yang bakal diperangi.  Hikayat Mahabharata bercerita tentang babak ini. Ketika Arjuna, kesatria Pandawa Lima berbalik-balik hati, menyedari bahawa yang perlu dibunuh nanti termasuklah Bisma, datuk saudaranya; selain ratusan sepupu sepapat dan rakan […]

Kanak-kanak sebagai pemegang taruh dalam Visi Kemakmuran Bersama 2030

Oleh Lim Yi Wei (Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku di Selangor)  Pada setiap 20 November, Unicef menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia dengan kempen #KidsTakeOver. Kanak-kanak akan mengambil alih di siaran radio, politik dan bidang-bidang lain untuk mengutarakan isu-isu yang mereka rasa penting bagi diri mereka. Di bawah program anjuran Unicef Malaysia, Project ID dan Undi18, 20 […]

Persefahaman senjata lawan wabak kebencian

Oleh Howard Lee (Adun Pasir Pinji, Exco Kerajaan Negeri Perak dan Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY)) “Seluruh rakyat di negara ini perlu berdiri megah sebagai satu bangsa yang merentasi setiap perbezaan bagi mewujudkan perpaduan dan kebersamaan yang berkekalan.” Demikianlah titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum […]

Kit Siang sokong cadangan undang-undang tangani ucapan berunsur kebencian berkaitan agama

Saya menyokong penuh cadangan daripada Timbalan Menteri Perumahan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin untuk menggubal suatu undang-undang yang baru untuk menangani masalah percakapan yang berunsurkan kebencian di media sosial, terutamanya yang berkaitan dengan agama. Contoh yang paling baru adalah kenyataan daripada seorang pemimpin NGO Muslim berkenaan isu Pos Malaysia mengeluarkan setem yang memaparkan Gereja St […]

Timbalan Menteri PH bagi petua pada Najib kekal ‘relax’ hadapi perbicaraan kes 1MDB

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin memberi petua kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk kekal ‘relax’ dalam menghadapi perbicaraan di mahkamah berhubung skandal 1MDB. Ini selepas Najib, yang dirakam oleh petugas media Malaysiakini, dilihat menengking seorang anggota polis yang cuba menghalang seorang pemuda yang mendakwa sebagai pelajar daripada meluru […]

Kit Siang jemput Bersih, NGO pantau aktiviti kempen PRK Cameron Highlands

Bagi menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sebagai pilihan raya terbersih dalam sejarah, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menjemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan badan bukan kerajaan (NGO) memantau aktiviti kempen harian mereka. Beliau juga mencadangkan supaya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mendedahkan laporan perbelanjaan pilihan raya setiap hari kepada […]

Pelan tindakan Malaysia Baharu perlu tepati aspirasi rakyat Sabah – Senator Adrian Lasimbang

Usaha merapatkan jurang pembangunan infrastruktur, kepentingan masyarakat Orang Asal dan pembangunan insan merupakan agenda utama yang akan diperjuangkan senator baharu mewakili DAP daripada Sabah, Adrian Lasimbang. Ini katanya termasuk terus menjadi suara untuk memastikan hak-hak Sabah dibela sebagimana termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63). “Pelan tindakan Malaysia baharu perlu menepati aspirasi rakyat Malaysia di Sabah,” katanya. […]

Pulau Pinang tidak goyang dengan perang poster BN

Ribuan poster mengecam pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kelihatan ditampal dan digantung di sekitar negeri itu semalam memberi isyarat bahawa Barisan Nasional sedang benar-benar terdesak. Mengulas perang poster terbabit, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata bahawa kempen tersebut terhasil daripada lebihan dana pilihanraya yang tidak habis pada pilihanraya lalu dan […]

Hutang syarikat kroni boleh pula tangguh, hutang PTPTN dipaksa bayar segera

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming hari ini menyindir dasar double standard yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengenai pembayaran balik pinjaman kepada kerajaan. Menurutnya, kerajaan memberi kelonggaran penangguhan pembayaran pinjaman sehingga 10 tahun kepada syarikat kroni namun hanya mengehadkan kepada tempoh 36 bulan sahaja kepada peminjam PTPTN. “Pelajar-pelajar yang tidak dapat mencari pekerjaan […]

Mahasiswa cakna pendukung perubahan

Mahasiswa merupakan golongan yang harus diberi perhatian menjelang pilihan raya umum akan datang. Sejarah telah membuktikan bahawa suara mahasiswa mampu mempengaruhi situasi politik negara. Lihatlah pada tahun 1969, apabila Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menyatakan sokongan kepada pihak pembangkang dan menyaksikan buat pertama kali rekod Parti Perikatan atau kini dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) tercalar […]

Duit itu raja, dan raja duit adalah Najib

Belanjawan atau dalam bahasa Inggeris “budget” (baru-baru ini dimelayukan menjadi bajet) adalah kontrak di antara kerajaan di satu pihak dengan rakyat jelata di pihak yang lain. Ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi di mana rakyat jelata memilih kerajaan dan membayar cukai untuk menampung pengurusan negara. Rakyat jelata mengamanahkan pengurusan negara kepada wakil-wakil yang mereka pilih. […]

DAP kecam pembunuhan etnik Rohingya, desak Myanmar henti krisis kemanusiaan

GEORGE TOWN, 7 SEPT: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mengecam keras pembunuhan dan pengusiran etnik Rohingya yang berlaku di Myanmar. Justeru, kerajaan Myanmar tegasnya didesak supaya menghentikan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. “Kita lihat apa yang berlaku di Myanmar. Kita amat prihatin dan mengecam kezaliman yang berlaku ke atas kumpulan etnik Rohingya. […]