Amalgamasi: Bersediakah Malaysia?

Baru-baru ini isu melibatkan pengasingan cawan antara pelajar Islam dan bukan Islam di sebuah sekolah telah menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian sebahagian ahli masyarakat. Kesedaran terhadap isu ini menunjukkan bahawa terdapat rakyat Malaysia yang masih mengambil berat terhadap isu-isu yang membabitkan perpaduan di negara yang kita cintai ini. Menjelang Hari Kebangsaan yang […]

Selepas Tanda Putera, kini ‘Malay Regiment’ dan ‘DAP165’ pula?

KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Filem yang dibiayai dana rakyat tidak wajar disalah guna sebagai alat politik menyemai kebencian, tegas Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. Beliau berkata demikian mengulas kontroversi filem Malay Regiment dalam sidang medianya sebentar tadi. Menurutnya, lesen kreatif tidak memberi sebarang justifikasi untuk menanam benih-benih perkauman dan prejudis antara satu sama lain. […]

Agensi kerajaan BN pun terima anugerah palsu EBA

GEORGE TOWN, 31 JUL: Pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN) digesa supaya tidak mengamalkan sikap dwi-standard dan menjelaskan anugerah yang turut diberikan Europe Business Assembly (EBA) kepada beberapa agensi kerajaan Persekutuan. Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata, meskipun dua agensi kerajaan negeri menerima anugerah kontroversi terbabit, penjelasan dan permohonan maaf telah dibuat […]

Perkahwinan bawah umur bukan jalan keluar buat mangsa rogol

Kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya mengatakan tidak salah untuk gadis berumur di bawah 16 tahun berkahwin dengan orang yang merogolnya. Beliau juga meminta pertimbangan untuk membenarkan gadis di bawah umur 16 tahun untuk berkahwin kerana membawa lebih nilai positif. Beliau juga berkata lebih selamat gadis-gadis ini dikahwinkan dari dibiarkan kerana mereka sukar […]

Perbezaan ketara antara PAS versi Nik Aziz, dan PAS versi Hadi Awang

Sepanjang tempoh 48 jam lalu, kita diperlihatkan dengan satu lagi aspek perbezaan ketara antara PAS versi Nik Aziz, dan PAS versi Hadi Awang. Suatu sandiwara penyebaran berita palsu dan fitnah telah berlangsung dalam penyampaian memorandum kononnya oleh akar umbi PAS kepada Ketua Penerangan PAS, Nasarudin Hassan yang meminta Jawatankuasa Pusat PAS supaya memutuskan hubungan dengan […]

Jamal dipersoal guna aset masjid untuk agenda politik peribadi

PETALING JAYA, 16 FEB: Adun Kampung Tungku, Lau Weng San hari ini menggesa Datuk Seri Jamal Yunos disiasat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung kesalahan menggunakan kemudahan masjid bagi agenda politik peribadi. Beliau membuat gesaan berkenaan merujuk kepada aksi gimik pengusaha restoran ikan bakar di Sekinchan itu dua hari […]

Kutip cukai daripada syarikat korporat, bukan pertubuhan agama

KOTA KINABALU, 3 JAN: Daripada mengenakan cukai ke atas pertubuhan agama di negara ini, lebih baik kerajaan mengenakan cukai terhadap syarikat-syarikat korporat dalam bidang perkapalan yang menjana keuntungan sekitar RM1.2 bilion setahun. Penasihat DAP Sabah, Jimmy Wong berkata syarikat-syarikat korporat yang bermotifkan keuntungan itu telah dikecualikan cukai untuk lebih 30 tahun sehingga ke hari ini. […]

Setelah dikurung tanpa bicara, Maria Chin terima ugutan peluru hidup pula

KUALA LUMPUR, 29 NOV: Setelah dikurung selama sepuluh hari tanpa bicara di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA), Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menemukan sampul surat berisi peluru hidup dan ugutan bunuh di rumahnya pagi ini. Maria yang hadir ke mahkamah untuk pendengaran permohonan habeas corpus-nya, membuka sampul kecil yang dikokot kelilingnya, berisi […]

Polis dinasihat jangan ganggu aktivis, siasat sindiket jual bayi di Facebook

KUALA LUMPUR, 26 NOV: Pihak berkuasa digesa menyiasat secara menyeluruh dan menangkap dalang di sebalik aktiviti pemerdagangan bayi yang semakin berleluasa di Malaysia susulan pendedahan media antarabangsa mengenai jenayah itu baru-baru ini. Al-Jazeera melalui program 101 East pada Khamis lepas menayangkan dokumentari berkaitan jenayah itu yang antara lain memaparkan bagaimana bayi dijual dengan mudah di […]

Tiada yang terkorban dalam banjir di Pulau Pinang, The Star dituntut mohon maaf

GEORGE TOWN, 22 NOV: Akhbar milik MCA, The Star dituntut memohon maaf dan menarik balik laporan muka hadapannya yang diterbitkan semalam kerana ia boleh memberi gambaran salah mengenai insiden banjir di Pulau Pinang. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata laporan itu seolah-olah menunjukkan bahawa kejadian banjir di Pulau Pinang mengakibatkan kematian, sedangkan ia tidak pernah […]

Heret KiniTV ke mahkamah kerana siar rakaman kritik Apandi, cabul kebebasan media

GEORGE TOWN, 18 NOV: DAP menyifatkan tindakan kerajaan mengheret KiniTV ke mahkamah susulan penyiaran rakaman memaparkan seorang bekas pemimpin UMNO mengkritik Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali sebagai mencabuli prinsip kebebasan media. Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, tindakan kerajaan itu juga menunjukkan bahawa Apandi mengambil kritikan itu secara peribadi, sedangkan tugasnya sebagai penjawat […]

Sejauh mana Pakatan Harapan bersedia tambat hati pengundi?

Sebaik melabuhkan tirainya petang Sabtu lalu, Konvensyen Pakatan Harapan 2016 dilihat berjaya meraih tumpuan dan petunjuk positif rata-rata rakyat khususnya pemerhati politik tanah air. Satu-satunya muafakat pembangkang terbesar itu juga berjaya memberi gambaran positif kerjasama erat dan kesepakatan parti-parti dalam gabungan itu lebih-lebih lagi dengan kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili Parti […]