Golongan muda mahu penyelesaian kemelut ekonomi, bukan sekadar kritikan – DAPSY

SHAH ALAM, 12 NOV: Golongan muda negara ini tidak sekadar mahu mendengar segala kritikan pembangkang terhadap kepincangan pengurusan kerajaan Barisan Nasional. Namun apa yang penting ialah sebuah penyelesaian mapan terhadap kemelut kos kehidupan mereka yang semakin menekan. Ketua Sosialis Muda DAP Kebangsaan (DAPSY) Wong Kah Woh menegaskan, parti-parti dalam Pakatan Harapan perlu memahami minda anak […]

DAP gesa SPRM siasat kerugian aneh anak syarikat Yayasan Sabah

TAWAU, 28 OKT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara digesa untuk menyiasat dakwaan kerugian RM81 juta yang dialami anak syarikat Yayasan Sabah, Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. (RBJ) yang diberi amanah menguruskan kawasan konsesi perhutanan negeri itu. Gesaan tersebut dibuat Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin itu berdasarkan rekod yang diperolehi dari Suruhanjaya […]

Tapak arkeologi 10,000 tahun Gua Cha diancam pembalakan di Kelantan

Riuh-rendah gegak-gempita yang tersembul keluar dari Hutan Simpan Kekal Balah, Gua Musang sejak 28 September lalu bukan sahaja menyingkap aktiviti pembalakan yang mengancam ekosistem dan kehidupan penduduk Orang Asli Temiar di sini, tetapi juga ancaman kepada tapak arkeologi sejarah awal manusia purba negara ini. Tapak arkeologi tersebut adalah Gua Cha tempat ditemukan rangka manusia zaman […]

Belanjawan 2017: ‘Dana gelap’ Jabatan Perdana Menteri wajib dihapuskan

Belanjawan tidak terlepas daripada persoalan membuat pilihan dan menetapkan keutamaan. Belanjawan 2017 yang akan dibentangkan pada 21 Oktober 2016 adalah sebuah belanjawan yang bakal dirangka di atas latar ekonomi global yang lembap dan bergerak perlahan. Ini bermakna kerajaan turut berhadapan penurunan jumlah cukai korporat. Harga minyak yang menjunam sejak Oktober 2014 tidak menggambarkan ianya akan […]

Fitnah Majlis Shah Alam roboh menara azan, Utusan dituntut mohon maaf

SHAH ALAM, 5 OKT: Laporan portal berita Utusan Online kononnya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan menara azan Surau Ar-Raudhah di Setia Alam adalah fitnah dan berniat jahat untuk memperlekehkan kakitangan awam badan itu. Ahli Majlis MBSA, Muhammad Shakir Ameer berkata pihaknya tidak merobohkan menara azan, sebaliknya merobohkan menara telekomunikasi haram berdekatan surau berkenaan. “Saya amat […]

Ke arah kerjaya, pendapatan dan kehidupan yang selayaknya untuk semua anak muda

Para pemimpin dunia yang berhaluan kiri, saya mempunyai satu misi sahaja untuk hari ini: untuk memberitahu kepada kalian tentang permasalahan yang dihadapi oleh belia, dan untuk menyakinkan kalian semua bahawa tindakan menyelesaikan permasalahan pengangguran dan ketidaksejajaran kerjaya dengan kelayakan wajib menjadi agenda utama kita sebagai ejen berhaluan kiri serta pemimpin-pemimpin dunia. Jika kita benar mahu […]

Godzilla dan politik global

Amaran: Filem ini yang sedang ditayangkan di pawagan di Malaysia tidak sesuai untuk kanak-kanak yang belum cukup umur, remaja yang mudah terpesona dengan CGI atau dewasa yang cepat bosan. Ia memerlukan tumpuan dan daya fikir. Ya, memang ada raksasa mengamuk tetapi banyak adegan bercakap, berdialog dan berdebat. Godzilla muncul semula. Kali ini ia kembali dari […]

‘Tangkap mereka!’ Kit Siang pun main Pokemon Go

JAKARTA, 21 SEP: Permainan atas talian ‘Pokemon Go’ tidak sahaja digemari golongan muda, malah turut diminati mereka yang tidak begitu muda, termasuk Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. Beliau juga nampaknya tidak mahu ketinggalan, malah kini berada di tahap 23 dalam permainan tersebut. Gambarnya sedang berjalan di lapangan terbang Jakarta sambil menggenggam telefonnya yang memaparkan […]

Tragedi Puncak Purnama, pengajaran buat pemimpin Malaysia

Selasa lalu, perkarangan pusat membeli-belah Sogo di ibu kota dibanjiri ratusan individu dengan pelbagai gaya. Ada yang memakai topeng hoki seakan Jason Friday The 13th dan Iron Man, ada juga yang menyarungkan mantel persis ahli sihir Harry Potter. Sebahagian yang lain pula membawa alat muzik, sepanduk, plakad dan kain rentang. Tujuan mereka bukanlah untuk membeli […]

Semuanya ke laut

Beberapa hari yang lalu, berlaku lagi kes tumpahan minyak di perairan Tanjung Piai, sekitar kawasan Chokoh, Perpat dan Taman Negara Kukup. Kumpulan nelayan bising, seperti selalu. Kemarahan mereka meluap hingga beberapa laporan polis telah dibuat. Nelayan ini orang yang lama jadi nelayan, mereka percaya bahawa berulangnya kejadian ini adalah kerana kelemahan pemantauan oleh pihak berkuasa. […]

BN abai janji, DAP ulang gesaan mansuh Dasar Kabotaj

SANDAKAN, 3 JUL: DAP Sabah sekali lagi menggesa kerajaan menghapuskan dasar kabotaj yang telah membawa mudarat kepada pembangunan serta mengehadkan potensi dan kemapanan ekonomi negeri itu sejak 30 tahun lalu. Ia bagi menyatakan persetujuan terhadap resolusi tersebut yang dibangkitkan oleh Persatuan Peniaga-peniaga Cina Sabah (SUCCC) pada Mesyuarat Agung Tahunan ACCCIM kali ke-70 baru-baru ini di […]

Rakyat Malaysia bantah status ‘Bukan Islam’ pada slip peperiksaan

Baru-baru ini, timbul isu pemaparan ‘Bukan Islam’ sebagai agama pada slip peperiksaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ramai orang berkongsi isu berkenaan di media sosial (khasnya Facebook) dan meluahkan rasa tidak bersetuju dengan tindakan LP dan KPM. Secara peribadi, saya tidak setuju jika seseorang dilabel sebagai ‘Bukan Islam’ – seolah-olah individu […]