‘Cina babi’: DAP tayang video bukti, Jamal Yunos digesa mohon maaf

*kredit foto Malaysiakini SEKINCHAN, 14 JUN: DAP menggesa supaya Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kaum Cina setelah dibuktikan mengeluarkan kenyataan kesat dan berbaur perkauman. Dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat DAP Sekinchan di sini hari ini, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyahut cabaran […]

DAP gesa pihak berkuasa siasat kuari cemar Sungai Pegalan di Keningau

KENINGAU, 3 MAC: Pihak berkuasa didesak menyiasat lima kuari sepanjang Sungai Pegalan di sini kerana dipercayai mengakibatkan pencemaran air sungai, mendapan, hakisan tebing dan gangguan terhadap sistem pengairan sawah padi. Ketua Wanita DAP Keningau, Clare Taunek Simbat, berkata walaupun aktiviti kuari itu sudah berlanjutan selama bertahun-tahun, ia seolah-olah dibiarkan sahaja oleh pihak berkuasa tanpa sebarang […]

Poster Najib ‘muka badut’ tidak jejas keselamatan negara

KUALA LUMPUR 3 FEB: Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Young Syefura Othman hari ini mempersoal tindakan amaran terhadap penghasilan dan penyebaran poster Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘bermuka badut’ di media sosial, mampu menggugat keselamatan dan keamanan negara. “Adakah benar ‘posting’ itu menggugat keamanan serta kesejahteraan rakyat? Sehingga kini tiada kekecohan berlaku dalam negara, apatah […]

Sampai bila mahu tuding jari kepada kaum lain atas kelemahan sendiri?

  YELLOWMANIA anjuran Bersih 2.0 baru sahaja melabuhkan tirai selepas lima hari berkampung di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) pada minggu lalu. Acara kemuncak Yellow Mania merupakan Yell-O Sound Gig yang dikemudi oleh Adam Adli. Gig itu menampilkan rapper Edry Orpheus, beberapa band tempatan seperti Panklima, Sons of the Soil dan The BangsArt […]

‘Muggle’ yang mana pilihan mahasiswa?

  ANTARA hujah Bathilda Bagshot, seorang profesor Sejarah Magis di sekolah Hogwarts, orang yang tiada magis atau lebih dikenali sebagai kumpulan Muggle amat takut kepada magis walaupun hakikatnya, mereka tidak mengetahui apa itu magis. Secara tidak langsung, J K Rowling, penulis terkenal melalui karya novel fantasi Harry Potter menyifatkan Muggle sebagai kumpulan yang pemikirannya beku […]

Dari pencemaran kawasan tadahan kepada monopoli air Johor

JOHOR dikurnia dataran yang luas, pesisiran pantai yang panjang dan kaya dengan pelbagai sumber asli termasuk sumber air yang lumayan. Terdapat 10 lembangan sungai utama di Johor termasuk Sungai Johor, Sungai Muar,Sungai Kesang, Sungai Batu Pahat, Sungai Pontian, Sungai Benut, Sungai Pulai, Sungai Sedili Besar, Sungai Mersing dan Sungai Endau. Tidak kurang yang menjadi sumber […]

Detik-detik akhir, gempa politik dan formula iPhone

WALAU kedengaran klise, zaman sekarang sesungguhnya zaman yang terbaik dan terburuk sekaligus. Dan, pada zaman yang mengelirukan, kejelasan amat terbatas. Ada tiga perkara yang mungkin dapat membantu memahami keadaan semasa politik Malaysia: bahawa ‘kiraan terakhir’ akan segera berlaku; bahawa berlaku gempa bumi, geseran plat tektonik dan penyelarasan semula kuasa politik di Malaysia; juga pengundi sedang menantikan […]

Pendidikan: Coup d’état politik emosi dan raksaksa birokrasi

SETIAP krisis politik pasti menuntut mangsanya. Lumrahnya, mereka yang berada pada pihak yang salah, sesudah habisnya percaturan kuasa akan terkorban. Demikian juga di Malaysia, kita berulang kali melihat ramai menteri dan pegawai berpangkat tinggi dibuang kerja, bersama dengan gerombolan pengikut dan aparat mereka, setiap kali krisis menyelubungi kepimpinan politik negara. Kesan kegoyahan politik biasanya paling […]

Bersih 4: Kerana kaum, tak nampak hadirnya ratusan ribu anak muda?

Dua perkara yang penting tetapi tidak semestinya relevan dalam perhimpunan aman Bersih 4 adalah isu kaum dan jumlah peserta. Dalam asas jurnalisme, media massa di negara kita telah memilih untuk memaparkan “who” (siapa) dan “apa” daripada “why” (mengapa) yang sepatutnya mampu menjelaskan fakta dan kebenaran. Isu kaum sebenarnya tidak memberi kesan yang besar, sama ada […]

Masa depan Malaysia dalam senario Pasca-PR dan Pasca-BN

Ramai rakyat Malaysia kecewa dengan perpecahan Pakatan Rakyat (PR), sebuah gabungan berusia tujuh tahun yang telah bersatu atas keperluan bersama berikutan keputusan mengejutkan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008. Pilihan raya yang penting itu bukan sahaja menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan dua pertiga majoriti di Parlimen buat julung kali serta melepaskan kawalan ke […]

Kaji punca masalah anak muda, jangan tekan mereka

Majlis Daerah Perak Tengah (Majlis Belia Daerah Perak Tengah) beranggapan bahawa ia mempunyai tugas pengawalan moral untuk membanteras gejala-gejala sosial dengan mengharamkan penjualan tempahan tempat duduk berkembar “couple seats” di pawagam Lotus Five Star (LFS) di Bandar Seri Iskandar, Perak. Menurut kenyataan pembantu pawagam, peraturan tersebut telahpun dilaksanakan sejak dua tahun dahulu dan telah diluluskan […]

Nasib Sabah negeri besar ekonomi kerdil

Naib Pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin berkata, berdasarkan Bab 2 dokumen Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), Sabah hanya mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 3 peratus sepanjang tempoh RMK-10 (2010-2015) dan ia sama dengan Perlis.