Fokus PRU-13: Berbaloikah setiap undi kita? Oleh Hafiz Zainuddin
Malaysia hanya mampu berubah dengan peralihan kuasa politik kerana melaluinya, ia akan membuka ruang yang lebih luas kepada pelaksanaan dasar yang lebih mapan. Kesedaran sivik semata-mata masih tidak mampu merubah struktur masyarakat dan ‘demokrasi terpimpin’ negara ini apabila hujah sering dibalas dengan gas pemedih mata, batu mahu pun telur ayam.











