“Huru-hara dan makan ubi kayu” cuma fantasi liar BN Oleh Hafiz Zainuddin

Bagi Barisan Nasional (BN), negara akan huru-hara dan ekonomi akan tersembam jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah. Sehingga ada yang masih percaya, kita akan makan ubi kayu seperti zaman penjajahan Jepun di bawah kerajaan PR. Maka oleh itu, tidak kira samada pemimpin BN itu korup dan jahat sekalipun, parti itu perlu dikekalkan pemerintahannya sehingga kiamat.

Tentang parodi Gangnam dan dapur Ketua Menteri Oleh Izmil Amri

Duit yang makcik dapat itu ialah sebahagian daripada duit makcik sendiri yang kerajaan kutip selama ini. Itu bukan duit daripada poket Najib Razak, makcik. Najib Razak tidak berhempas pulas jual pisang goreng dan cucur kodok untuk kaut untung dan beri zakat kepada kita semua, tidak.

Gani Patail gagal sebagai Peguam Negara, manjakan Perkasa

Rakyat nyata menolak tindakan golongan ekstrimis yang bukan saja mahu membakar Bible tetapi juga sebenarnya mahu ‘membakar’ negara apabila pesta bakar Bible yang digembar-gembur mahu diadakan di Pulau Pinang ternyata gagal sama sekali.

Demonstrasi DAP palsu, Utusan pun siar berita palsu

Satu demonstrasi oleh kira-kira 20 orang yang mengaku mewakili DAP untuk mengutuk DAP di sini semalam akhirnya dibongkar sebagai tunjuk perasaan anjuran parti Indian Progressive Front (IPF) yang bersekongkol dengan Barisan Nasional.

Apabila mahasiswa dilayan seperti budak sekolah

Kerajaan Barisan Nasional (BN) diingatkan tidak melayan pelajar universiti di negara ini seperti “budak sekolah menengah”melalui program “brain-washing” di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

DAP sambut baik klarifikasi PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini berkata, penjelasan PAS itu akan memperkuatkan lagi komitmen Pakatan Rakyat ke arah melaksanakan keadilan untuk semua.

Hina Islam? Selamat jalan MCA Oleh Izmil Amri

Antara tuduhan paling gila pastilah yang keluar dari mulut Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie yang mendakwa kononnya PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya wanita tersebut tidak menepati peraturan berpakaian yang disarankan agama Islam. Mengucap panjang saya apabila membaca laporan ini. Bagaimana agaknya beliau boleh membenci Islam sampai ke tahap ini, sehingga sanggup memfitnah PAS sampai begitu sekali.

Ucapan Debat Kebudayaan 1968 Oleh Lim Kit Siang – Bahagian Akhir

Biar saya tegaskan di sini bahawa DAP bukan anti-Melayu. Kami anti-cauvanisme Melayu, sama seperti kami anti-cauvanisme Cina atau anti-cauvanisme India. Kami akan menentang habis-habisan sebarang seruan yang ingin menjadikan kebudayaan Cina atau India sebagai asas kebudayaan Malaysia, atau tuntutan agar persuratan Malaysia hanya ditulis dalam bahasa India atau Cina