PRN Johor: DAP umum calon DUN Penggaram

Oleh Wartawan Roketkini BATU PAHAT 5 Feb. – DAP hari ini mengumumkan calon mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram. Penyandang N23 Penggaram, Gan Peck Cheng sekali lagi dicalonkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH). Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Majlis Pelancaran Bilik Gerakan […]

Kenapa SPR tidak tunggu keputusan mahkamah sebelum ‘haram’ guna gambar Tun M?

Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo hari ini mempersoal keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melarang penggunaan gambar Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kempen Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Menurutnya, keputusan tersebut boleh dicabar memandangkan SPR sepatutnya menunggu keputusan mahkamah berhubung pendaftaran HARAPAN terlebih dulu. “Keputusan SPR ini juga boleh […]

Roketkini tidak padam artikel babitkan Mahathir dan skandal BMF

Dakwaan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatian, Ramesh Rao Krishnan Naidu bahawa kononnya Roketkini telah memadamkan semua artikel yang menuduh Tun Dr Mahathir terlibat dalam skandal BMF pada tahun 90’an adalah tidak benar. Beliau mendakwa bahawa Roketkini berbuat demikian ekoran hubungan antara Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Mahathir yang semakin erat akhir-akhir ini. […]

Rupa-rupanya ada pengecut di Sarawak pasang kain rentang haram untuk burukkan DAP

SIBURAN, 2 MEI: Calon DAP bagi DUN N19 Mambong, Sanjan Anak Daik, mengecam perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memburuk-burukkan DAP dengan memasang kain rentang tanpa logo atau nama yang memfitnah parti itu dekat sini, hari ini. Sehubungan itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat pihak yang melakukan perbuatan tidak bermoral seperti itu atas […]

Imej Malaysia dicemari isu wang haram

“Laporan GFI mecatat tiga laporan buruk antarabangsa mengenai Malaysia bulan terakhir tahun ini untuk mengingatkan rakyat bahawa sudah sampai masanya untuk mereka menukar kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.-Lim Kit Siang

‘Fatwa’ haram: DAP buat laporan polis

Di dalam kenyataan medianya hari ini, Zairil berkata, “Walaupun kecewa dengan tindakan lidah rasmi UMNO, khususnya dalam bulan Ramadan yang mulia ini, saya pasti bahawa rakyat Malaysia tidak senang termakan dengan umpan hasutan yang cuba dimainkan oleh Utusan Malaysia. “Lagipun, suratkhabar milik UMNO ini sudah pun beberapa kali dibuktikan memfitnah oleh mahkamah,” ujar beliau.

MCA yang semakin tak relevan terus memfitnah DAP

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow membidas putar-belit Tan dengan menjelaskan bahawa tuduhan kononnya DAP mahu jawatan Menteri Besar Selangor sama pelik dengan logik MCA mahu jawatan Menteri Besar Johor.

Bekas IGP mohon maaf pada Kit Siang

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar hari ini memohon maaf secara rasmi kepada Lim Kit Siang atas kenyataannya terhadap veteran DAP itu pada satu forum yang diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 6 September 2018. Permohonan maaf itu dibaca di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan pesuruhjaya kehakiman Quay Chew Soon hari ini.  […]