Najib cemas, nasib UMNO terumbang-ambing

Di sebalik serangan dan dakyah jentera propaganda UMNO memburuk-burukkan Pakatan Harapan (HARAPAN), Presiden UMNO, Najib Razak sedang menunjukkan tanda-tanda cemas menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini. Perasaan cemas itu boleh dibahagikan kepada dua sebab utama; Pertama kerana gelombang sambutan luar biasa rakyat kepada HARAPAN seluruh negara, dan sebab kedua adalah kemungkinan […]

PAS semakin jinak dipujuk rayu UMNO

Jika sebelum ini PAS menjadi parti yang digeruni UMNO lantaran sikap cakna dan lantang menyuarakan  kepentingan rakyat, kini, taring parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu semakin tumpul dan lemah akibat pertelingkahan dalaman serta ketandusan pemimpin berwibawa. Malah, beberapa tempoh waktu ini memperlihatkan PAS kian jinak dan tunduk kepada ‘pujuk-rayu’ musuh tradisinya itu. Wawancara […]

PAS zaman Fadzil Noor dan Hadi Awang, dari mulut Faiz Fadzil

Nama Faiz Fadzil muncul di saat PAS sedang giat membersihkan parti daripada golongan yang dipanggil ‘jebon’ atau ‘Anwarinas’. Hakikatnya mereka ini semuanya adalah anak didik Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan merupakan kepimpinan pemuda PAS pada zaman Reformasi, sehinggalah Almarhum menghembuskan nafas terakhir pada 23 Julai 2002. Anak mantan presiden PAS itu, berserta seluruh keturunan ‘jebon’ […]

Jangan guna pendekatan ISIS dalam politik Malaysia, pendakwah terkenal tegur IKSIM

Pendakwah terkenal Ustaz Wan Ji Wan Hussin hari ini menegur felo kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) Engku Ahmad Fadzil Engku Ali supaya tidak memperkenalkan pemikiran ISIS dalam perkara melibatkan isu Islam negara ini. “Sebagai sebuah negara demokrasi, kewujudan kepelbagaian parti adalah dibenarkan secara perlembagaan Malaysia, malahan dalam Islam itu sendiri. “Justeru,  memfatwakan haram […]

Selamat jalan, Kassim Ahmad

Apabila dia menulis sajak Sidang Roh pada 1960, melenting golongan harfiah agama menuduhnya menolak Tuhan. Bermula fitnah, tekanan dan penindasan terhadapnya semata-mata kerana ada orang takut berdepan dengan hujah. Sajak itu sebenarnya mempersoalkan krisis kemanusiaan sewaktu kemuncak Perang Dingin pada awal 1960-an di mana dunia diancam perang nuklear. Walaupun masyarakat Melayu sudah sedikit liberal pemikiran […]

Siar berita palsu Exco P.Pinang: Media pro-BN berdepan tindakan saman

GEORGE TOWN, 21 OGOS: Beberapa media kawalan Barisan Nasional (BN) bakal berhadapan tindakan undang-undang ekoran penyiaran berita palsu kononnya empat akaun milik Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh telah dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Phee dalam kenyataannya berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya RSN Rayer supaya menghantar notis undang-undang kepada media tersebut demi membersihkan nama […]

Rakyat diseru lapor penyelewengan 1MDB, adakah SPRM berani bertindak?

PETALING JAYA, 20 JUN: Rakyat Malaysia digalakkan untuk melapor salah laku dan penyelewengan jenayah penggubahan wang haram 1MDB kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, seruan itu selaras dengan pengumuman Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang menggalakkan orang ramai supaya ‘berani’ tampil kehadapan melaporkan salah laku rasuah kepada […]

Menolak DAP dengan hujah agama?

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mendakwa parti DAP menentang Islam. Justeru, dia mencadangkan kepada PKR dan lain-lain parti agar meninggalkan DAP jika mahukan PAS bersama dengan kumpulan pembangkang. Dengan maksud lain, parti kafir DAP ini harus ditentang dan dikeluarkan dari gabungan pakatan pembangkang. Ini adalah kata dua atau ‘ultimatum’ daripada PAS kepada rakan-rakan pembangkang. Mesej […]

Kabinet digesa sokong pengakuan Rahman Dahlan bahawa ‘MO1’ itu Najib

KUALA LUMPUR, 7 SEPTEMBER: Mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini digesa menyokong pengakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rahman Dahlan bahawa identiti “Malaysian Official 1” (MO1) adalah merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini berkata, masih terdapat menteri yang disifatkannya sebagai ‘jahil’ apabila […]

“Najib pergunakan Jho Low, atau Jho Low pergunakan Najib?” – Kit Siang

KUALA LUMPUR, 16 OGOS: “Najib mempergunakan Jho Low, atau Jho Low mempergunakan Najib?” Demikian persoalan yang dibangkitkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ahli perniagaan, Low Taek Jho yang didakwa telah melakukan pengubahan wang haram terhadap dana syarikat milik negara, 1MDB. Menurut Kit Siang, persoalan yang […]

Apa hubungan sebenar antara Najib dan Jho Low, soal Kit Siang

KUALA LUMPUR, 15 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menjelaskan apa hubungan sebenar beliau dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa. Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata tindakan itu jauh lebih berguna buat masa ini daripada terus […]

Jika DOJ terbukti fitnah, saya akan bela dan pertahan Najib – Tony Pua

KUALA LUMPUR, 9 OGOS: “Jika Datuk Seri Najib Razak mampu membuktikan bahawa dakwaan yang dilemparkan terhadapnya oleh Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) adalah fitnah, saya akan menjadi orang pertama mempertahan dan menebus maruah beliau,” kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua. Menurut beliau, saman sivil yang difailkan DOJ melibatkan kecurian wang 1MDB adalah peluang bagi Najib […]