Belanjawan 2015: Pertumbuhan bukan pengagihan

Masalah paling besar ialah kerajaan telah keliru antara pertumbuhan ekonomi dan pengagihan kekayaan. Justeru, Belanjawan tiap-tiap tahun, termasuk, jika Perdana Menteri masih tidak sedar, Belanjawan 2015, walaupun dipenuhi berita baik tentang pertumbuhan ekonomi, hanya sekadar business as usual dan tidak membawa apa-apa manfaat besar kepada rakyat biasa.

Mansuhkan GST, tingkatkan pendapatan

Samada kerajaan mengaku ataupun tidak, hakikatnya rakyat Malaysia menjadi semakin miskin setiap hari. Selepas GST dilaksanakan pada 1 April  2015, pendapatan bolehguna setiap rakyat telah berkurangan. Ini adalah kerana cukai yang dikenakan terhadap barang dan perkhidmatan itu mengakibatkan perbelanjaan pengguna meningkat daripada sebelumnya. Selain daripada cukai, secara tidak langsung harga barang-barang di pasaran juga turut […]