Rakyat berhak tahu perbelanjaan PERMATA – Bee Yin

PETALING JAYA, 2 OKT: Hanya dengan cara mendedahkan akaun perbelanjaan Program PERMATA Negara (PERMATA) secara umum dapat menyakinkan rakyat terhadap ketelusan badan itu dalam memperjuangkan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak (ECCE). Tambahan pula, PERMATA sebagai agensi kerajaan perlu bertanggungjawab untuk berbuat demikian khususnya kepada rakyat yang menjadi antara pembayar cukai utama di negara ini, tegas ADUN […]

Tekanan ekonomi dan sosial faktor putus kasih sayang

Oxytoksin atau lebih dikenali sebagai ‘hormon kasih sayang’ ialah sejenis hormon yang boleh didapati di dalam mana-mana mamalia sebagai ‘neurontransmitter,’ kimia penghantar pesanan di dalam otak, yang dirembeskan oleh gelenjar pituitari di belakang otak mamalia. Hormon ini mempunyai penglibatan besar di dalam pembentukan perilaku, kepercayaan dan perhubungan sesama manusia dengan manusia yang lain tanpa mengira […]

DAP sambut baik hasrat Shafie Apdal perjuangkan hak autonomi Sabah

KUALA LUMPUR, 29 JULAI: DAP Sabah mengalu-alukan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang termasuk DAP dalam memperjuangkan hak autonomi dan pembaharuan institusi di Sabah. Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong berkata perjuangan politik Shafie adalah selaras dengan matlamat DAP untuk memelihara kepentingan negeri itu agar tidak lagi […]

RM12 juta wang tebusan bertukar derma, Zahid Hamidi cuba bodohkan rakyat

SUNGAI BESAR, 17 JUN: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoalkan tindakan kerajaan UMNO-Barisan Nasional menyalurkan wang tebusan RM12 juta yang dikumpul keluarga mangsa melalui penjualan aset dan hasil sumbangan orang ramai kepada badan Islam tertentu di Filipina. Sedangkan masih terdapat rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan, malah lebih berhak menerima sumbangan berkenaan. Mengambil kira logik berkenaan, […]

DAP kecewa penculikan rakyat Malaysia oleh lanun Filipina masih berlaku di perairan Sabah

KUALA LUMPUR, 4 APRIL: DAP kecewa, sedih dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden penculikan empat rakyat Malaysia oleh lanun Filipina dilengkapi senjata di perairan Sabah baru-baru ini. Dalam kenyataannya, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, berkata insiden malang itu mengingatkan rakyat Malaysia khususnya ahli keluarga mangsa culik dari Sarawak itu bahawa perairan negara di Sabah dan sekitarnya […]

TPPA dilulus tanpa perbincangan teliti, Jawatankuasa Khas

KUALA LUMPUR, 27 JAN: Pimpinan DAP khususnya dalam kalangan Ahli Parlimen yang mengundi dengan menolak usul Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) petang tadi kesal berikutan isu itu tidak dikupas dengan mendalam bagi menjamin kedaulatan negara dan kebajikan rakyat tidak tergadai. Antaranya, Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming yang aktif berbahas mengenai usul berkenaan, kesal berikutan  cadangannya […]

Kematian anggota bomba: Bukti kerajaan gagal kawal kebanjiran PATI di Sabah

DAP Sabah ingin merakamkan ucapan takziah dan rasa sedih kepada keluarga wira negara, Apolos Jeremos yang berusia 25 tahun, anggota bomba yang maut akibat renjatan elektrik ketika menjalankan tugas memadamkan kebakaran di Taman Kenari Batu 7 Sandakan 20 Julai baru-baru ini. Pengorbanan wira kita bergadai nyawa demi menyelamatkan nyawa dan harta penduduk sekitar dari kebakaran […]

LPF penjaga imej kerajaan, rakyat sekadar sinikal

Dengan kualiti filem sedia ada, yang tidaklah begitu mengujakan, Lembaga Penapisan Filem (LPF) merasakan mereka perlu perhalus garis panduan penapisan filem dengan mengeluarkan garis panduan terbaru melalui pekeliling bertarikh 23 Jun 2015. Pekeliling itu merupakan penjelasan terperinci terhadap Garis Panduan Penapisan Filem 2010. Ia dikenakan kepada filem produksi tempatan yang disiarkan di stesen TV dan […]

Skandal MARA: Rasuah dan kronisme, bagai isi dengan kuku

Berikutan Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama pada tahun 1965, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta Parlimen. Majlis amanah yang diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu diberi kepercayaan untuk “memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan”[1] dengan tumpuan khusus kepada Bumiputera dan […]

Kos-peluang politik, dan aturan awlawiyat dalam PAS

PAS seharusnya belajar daripada kesilapan-kesilapan demikian banyak gerakan Islam di seluruh dunia yang telah mengambil jalan pintas untuk memajukan maksud-maksud organisasi mereka, dan mengenepikan tuntutan yang lebih awla.