Tolak sentimen ‘anti-Malaya’, fokus aspirasi rakyat, kata Pengerusi DAP Sabah

KENINGAU, 22 JUN: Rakyat Sabah khususnya masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut di sini diseru supaya tidak terpengaruh dengan dakyah parti-parti tempatan yang berada dalam gabungan United Sabah Alliance (USA) kononnya memperjuangkan nasib Sabah. Sedangkan, tindak-tanduk sebahagian mereka selesa menggunakan sentimen ‘anti-Malaya’ hanya mencerminkan pemikiran ekstrem dan tidak menguntungkan perjuangan masyarakat yang tertindas di bawah kerajaan […]

‘Cina babi’: DAP tayang video bukti, Jamal Yunos digesa mohon maaf

*kredit foto Malaysiakini SEKINCHAN, 14 JUN: DAP menggesa supaya Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kaum Cina setelah dibuktikan mengeluarkan kenyataan kesat dan berbaur perkauman. Dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat DAP Sekinchan di sini hari ini, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyahut cabaran […]

Sarawak: Merapatkan Renggang

PRN Sarawak telah melabuhkan tirai. Tiga minggu bermukim di kawasan pedalaman telah membuka pandangan saya seluas mungkin. Hakikatnya, tidak pernah saya rasa begini tercabar dan terkesan kerana mengharungi kempen ini; dan masih rasa mahu untuk setidak-tidaknya mencetus sedikit perubahan. Sebaliknya, kini saya lebih memahami sejauh mana penyakit yang telah melumpuhkan masyarakat; yang mesti kita ubati. Namun, […]

Masa depan telah tiba, dan ia berada di tangan anak muda

  Masa depan telah tiba, dan kita sedang mengalaminya. Sekiranya anda seperti saya dan membesar pada zaman trilogi Back to the Future, maka tahun ini seharusnya menjadi masa kita menyaksikan kemunculan papan layang (hoverboard) dan kereta yang mampu terbang. Walaupun belum menjadi kenyataan (lagi), kita telah mencapai banyak kemajuan teknologi lain yang tidak mungkin kita […]

Perkahwinan Kanak-Kanak: Satu penyelesaian?

Perkahwinan kanak-kanak bawah umur bukan lagi satu isu yang baru di Malaysia. Hal ini telah dibudayakan secara meluas, tidak cuma tertakluk kepada masyarakat Islam sahaja, akan tetapi merentasi budaya silam masyarakat dunia yang lain seperti di China, Jepun, India, Babylon, Rom, Athens, Yahudi dan Kristian di Eropah. Pada dasarnya, pencerahan dan pemahaman berhubung perkahwinan kanak-kanak […]

BN gentar, guna undang-undang zalim sekat pendedahan skandal Najib

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Saat negara lain menuju ke arah proses pendemokrasian yang lebih jitu, kerajaan UMNO-Barisan Nasional cuba melawan arus dengan menggunakan pelbagai undang-undang untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengekang kebebasan maklumat. Ia terbukti apabila Kementerian Dalam Negeri berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap dua wartawan Australia dari Four Corners, terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) berhubung […]

Aktivis jelaskan sebab kerjasama dengan Mahathir untuk singkir Najib

PETALING JAYA, 24 MAC: Aktivis forum Hishamuddin Rais menempelak golongan yang mengutuk Deklarasi Rakyat dengan mendakwa mereka tidak faham atau lupa pada sejarah. Beliau yang pernah ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada era Tun Dr Mahathir Mohamad, menjelaskan bahawa gabungan antara pihak yang pernah menjadi musuh untuk melawan musuh yang […]

Demokrasi sebenar mampu rapatkan perbezaan identiti, ideologi

KUALA LUMPUR, 19 MAC: Malaysia masih dalam perjalanan menuju ke arah sistem demokrasi yang sebenar berikutan rakyat celaru tentang politik identiti negara kerana sentimen perkauman yang sering dimainkan kerajaan UMNO-Barisan Nasional. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata demokrasi yang sebenar dapat mengatasi halangan identiti kaum dan agama kerana ia membawa kepada keadilan dan kesetaraan. […]

PRU14 bakal satukan semua yang tak setuju dengan Najib

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Ruang untuk “kuasa ketiga” dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang menjadi sangat kecil kerana ia bakal menjadi medan pertempuran di antara penentang Datuk Seri Najib Razak dan penyokong tegarnya jika beliau masih lagi menjadi Perdana Menteri pada masa itu. Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, Liew Chin Tong, berkata ia berikutan […]

Mahasiswa dihukum kesalahan remeh, pentadbir rugi puluhan juta terlepas

KUALA LUMPUR 18 FEB: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong mengecam keras keputusan prosiding disiplin Universiti Malaya (UM) mensabitkan kesalahan terhadap enam mahasiswa (UM6) ekoran bantahan mereka terhadap pelaksanaan kuota internet di universiti itu. Beliau berkata, keputusan prosiding disiplin itu tidak adil, tidak berasas, tidak demokratik, salah dan patut diketepi kerana bantahan aman […]

Hentikan PLKN bukan potong biasiswa JPA

KUALA LUMPUR 30 JAN: Pengubahsuaian Bajet 2016 oleh kerajaan Persekutuan patut mensasar program Latihan Khidmat Negara (PLKN), bukannya mengorbankan masa depan pelajar pintar dengan memotong peruntukan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok hairan mengapa kerajaan tidak meneruskan langkah memberhentikan PLKN pada pengubahsuaian Bajet 2015 bagi mengurangkan perbelanjaan negara. “Jika kerajaan mendakwa […]

Tarik balik larangan semua pemimpin pembangkang ke Sarawak

KUALA LUMPUR 24 JAN: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem digesa berlaku adil terhadap parti pembangkang dengan menarik balik larangan masuk ke Sarawak terhadap mereka menjelang pilihan raya Sarawak Mac depan. Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata Adenan perlu menunjukkan sisi reformisnya dengan melawan pembangkang secara saksama dan tidak bersekongkol membenarkan larangan bersifat tidak demokratik […]