Tiga mitos, tiga realiti dan satu cita-cita

WUJUD beberapa mitos politik di Malaysia yang perlu dipecahkan jika mahu Malaysia maju ke depan sebagai negara model dunia yang bersatu-padu, harmoni, sederhana dan masyarakatnya terbuka. UMNO adalah Melayu dan Melayu adalah UMNO Mitos itu jauh dari benar kerana, sejak dari pilihan raya umum pertama pada 1959, UMNO bukanlah satu-satunya parti politik yang mewakili orang Melayu […]

Susur galur ‘gegaran’ pergolakan politik Malaysia (Siri I)

APABILA berlaku gempa bumi, banyak peralihan tektonik terjadi disusuli proses penyelarasan tetapi ia memerlukan masa sebelum menjadi stabil. Namun, dalam proses menuju kestabilan, lebih baik membuat jangkaan terhadap kemungkinan perubahan baru. Dalam spektrum politik Malaysia, ia mengalami tiga gempa besar. Dan mendorong proses pergeseran dan penyusunan semula. Setiap kali berlaku gegaran, senarionya bukan mudah dijangka. […]

Festival Idearaya: Angkat tema kesamarataan

Sekumpulan komuniti bergabung menganjurkan Festival Idearaya yang berlangsung di Laman Budaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada 12 dan 13 September lepas. Antara komuniti yang terlibat adalah Buku Jalanan, Frinjan, Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM), The Sponsorship Movement (TSM), Kuliah Buku (KuBu), Pusat Kajian dan Apresiasi Filem (PKAF) dan Kelab Filem Bangsar. Pelbagai aktiviti dijalankan […]

Catatan tahanan Rumah Api

Umum sedia maklum tentang serbuan, rampasan dan penahanan yang berlaku ke atas Rumah Api pada malam 28 Ogos 2015 yang lalu, tepat sehari sebelum Bersih. Media tempatan dan antarabangsa memberi liputan. Setakat ini, penjelasan yang diterima umum adalah serbuan itu kerana tajuk gig “Party Tonight, Revolution Tomorrow” yang dikaitkan dengan Bersih 4. Namun, secara peribadi, […]

Bersih 4: Kerana kaum, tak nampak hadirnya ratusan ribu anak muda?

Dua perkara yang penting tetapi tidak semestinya relevan dalam perhimpunan aman Bersih 4 adalah isu kaum dan jumlah peserta. Dalam asas jurnalisme, media massa di negara kita telah memilih untuk memaparkan “who” (siapa) dan “apa” daripada “why” (mengapa) yang sepatutnya mampu menjelaskan fakta dan kebenaran. Isu kaum sebenarnya tidak memberi kesan yang besar, sama ada […]

Masa depan Malaysia dalam senario Pasca-PR dan Pasca-BN

Ramai rakyat Malaysia kecewa dengan perpecahan Pakatan Rakyat (PR), sebuah gabungan berusia tujuh tahun yang telah bersatu atas keperluan bersama berikutan keputusan mengejutkan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008. Pilihan raya yang penting itu bukan sahaja menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan dua pertiga majoriti di Parlimen buat julung kali serta melepaskan kawalan ke […]

P. Ramlee: Seniman, budayawan dan pendakwah

Nama P. Ramlee sememangnya tidak asing lagi bagi kita semua. Kehadiran Seniman Agung ini dalam arena perfileman negara telah meninggalkan kesan yang sangat besar dalam dunia seni, mahupun terhadap pembangunan masyarakat Malaysia. Sehingga ke hari ini, filem-filemnya masih menjadi tontonan dan rujukan umum. Relevan sepanjang zaman Hal ini kerana segala apa yang ditonjolkan dalam karyanya […]

Impian mangsa Empangan Bengoh

KUCHING: Bagi kebanyakan Orang Asal Sarawak, kepayahan hidup bukan perkara baru. Ia adalah tema kehidupan mereka. Kebanyakan tinggal di pedalaman dan nasib mereka telah terabai selama berdekad. Lebih malang, mereka yang tinggal di pinggir bandar menerima nasib sama. Kebanyakannya tidak mendapat kemudahan air paip. Mereka perlu berjalan berjam-jam lamanya untuk mengambil air bersih dari sungai. […]

‘Jangan bagitau mak bapak kami main di gig Roketkini’

Putrajaya bukan tempat sesuai untuk buat wawancara. Dua blok bangunan di Putrajaya bersamaan sepuluh blok di tempat lain. Kalau bertanyakan satu-satu lokasi dan ada orang bagitahu kau perlu jalan dua blok, jangan turun dari kereta. Kalau bernasib baik dan tak sesat di celah bangunan yang bentuknya lebih kurang sama, kau akan sampai sejam kemudian. Petunjuk […]