P Ramlee: Pelopor kebudayaan kosmopolitan Oleh Zairil Khir Johari
Jika Venice boleh berbangga dengan Marco Polo, Forence megah dengan Leonardo da Vinci dan Bukhara mahsyur dengan Ibnu Sina, apa kurangnya Pulau Pinang? Negeri kita juga terkenal dengan nama-nama seperti Syed Sheikh al-Hadi, Datuk Ahmad Nawab, Nordin Ahmad, Dato’ Nordin Hassan serta Sasterawan Negara Prof Muhammad Haji Salleh. Mereka adalah tokoh-tokoh yang sangat akrab dengan perkembangan kebudayaan bukan sahaja di Pulau Pinang, malah di seantero rantau Nusantara.











