Ada aku kisah? – oleh Putera Pulau

Segalanya bermula dari diri saya sendiri, anda, mereka dan seluruh rakyat Malaysia untuk ambil kisah. Akhir kalam, jom ambil kisah kerana Malaysia milik anda!

Mengenali DAP: Bahagian Kedua

Pada tahun 1965, sekumpulan rakyat Malaysia yang berpegang kepada prinsip “Malaysian Malaysia” – hak dan peluang saksama untuk setiap warganegara tanpa mengira kaum dan agama – telah duduk berbincang untuk menubuhkan sebuah parti politik.

Media Yang Bebas Dapat Tegakkan Demokrasi, Keadilan, Kebenaran, Dan Integriti Yang Kurangkan Rasuah Dan Penyelewengan.

Sempena Hari Kebebasan Media Sedunia, DAP menuntut agar Kerajaan Persekutuan segera memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang memaksa semua penerbitan membaharui permit setiap tahun serta yang memberi kuasa penuh kepada pemerintah untuk menggantung atau membatalkan permit tanpa sebarang alasan kukuh.

Sebaliknya suatu Akta Kebebasan Maklumat atau Freedom of Information(FOI) harus digubalkan untuk menggantikan undang-undang kejam ini yang tidak relevan lagi dalam dunia tanpa sempadan di mana ekonomi kian berteraskan maklumat dan pengetahuan. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah mulakan usaha FOI di Selangor dan Pulau Pinang.