Ucapan Perbahasan Belanjawan 2017 oleh Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang

Adakah kita mempunyai Ahli-ahli Parlimen BN yang cukup patriotik untuk maju ke depan dan berganding tangan bersama Ahli-ahli Parlimen Pembangkang yang patriotik untuk menyelamatkan Malaysia daripada penghinaan sebagai sebuah kleptokrasi global? Sebagai Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang paling lama, setelah berkhidmat selama lebih empat puluh tiga tahun dalam sepuluh daripada tiga belas penggal sejak 1969 […]

Menangani ketaksuban perkauman dan agama dengan Sosial Demokrasi

Perlembagaan Persekutuan tidak sama sekali menghalang DAP untuk terus memperjuangkan demokrasi sosial yang berteraskan kebebasan, keadilan dan solidariti dalam masyarakat majmuk Malaysia. Malah, DAP dalam Deklarasi Shah Alam 2012 juga telah mengulangi pendirian dan komitmennya untuk mendaulatkan sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara. Bagaimanapun, DAP sering mendapat tohmahan puak pelampau perkauman dan agama dengan […]

Kenyataan penuh Pegawai Khas Undang-undang Ketua Menteri Pulau Pinang, jawab Nasrudin Tantawi

Ahli Parlimen Temerloh, YB Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi (“YB Nasrudin”) cuba mengalihkan isu gagal membuat bayaran kos RM10,000 yang diperintahkan oleh Mahkamah dengan menimbulkan perkara-perkara yang kurang relevan. Fakta-fakta yang berikut adalah jelas sebagai jawapan kepada beliau – Isu 1: Penghakiman termeterai telah diterima pada 19.9.2016 Penghakiman termeterai (sealed Order) dengan tuntutan pembayaran RM10,000 telah […]

Turunkan harga pengangkutan awam sebelum naikkan kadar parkir

Setiap hari sebanyak 3 juta kenderaan keluar masuk ke Kuala Lumpur, manakala jumlah petak parkir di dalam DBKL hanyalah 45,000 sahaja. Ia tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang keluar masuk. DBKL cuba mengambil langkah yang tidak populis dengan menaikkan caj parkir sebanyak 150%, dan mengundang kecaman bukan sahaja penduduk di ibu kota, bahkan seluruh Malaysia. […]

Apa dosa mahasiswa?

Akhir-akhir ini, penglibatan mahasiswa dalam ruang politik seperti demonstrasi dan gerakan aktivisme menjadikan mahasiswa semakin berani bersuara. Tatkala mereka ditentang oleh masyarakat, mereka masih berjuang untuk generasi sekarang dan akan datang. Maksudnya di sini, menuju ke negara yang lebih baik dan bersih dari segi skandal rasuah. Tidak dinafikan ada antara mereka diugut dan dikecam, namun […]

Agama adalah hak individu, tidak harus ditentukan birokrasi

Saya merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada 17 Ogos 2016 yang menolak rayuan tiga Muslim Bumiputera yang ingin keluar dari Islam di Sarawak. Ketiga-tiga pemohon itu asalnya bukan Muslim yang telah menukar agama kepada Islam atas dasar perkahwinan. Memandangkan mereka telah bercerai, mereka kini, seperti kenyataan mereka, tidak lagi mengamalkan agama Islam. Pokok persoalan utama […]

Kebenaran ada di luar sana

Kredit grafik: https://www.presto.com.au/tv/the-x-files The X-Files merupakan sebuah drama bersiri seram fiksyen sains yang dilakonkan oleh David Duchovny sebagai Ejen Fox Mulder yang mempercayai perkara paranormal yang sukar dijelaskan dengan sains dan Gillian Anderson sebagai Ejen Dana Scully yang merupakan seorang realistik dan meletakkan sains keutamaan dalam kes X-Files. Drama bersiri ini dihasilkan oleh Chris Carter. Drama bersiri […]

Saman sivil DOJ Amerika berasaskan kesalahan jenayah 1MDB

GEORGE TOWN, 25 JULAI: Biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba berdolak-dalik dengan mengatakan laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengenai 1MDB adalah tindakan sivil semata-mata, ia tetap berkait dengan perbuatan jenayah. Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata walaupun istilah ‘sivil’ digunakan, sejumlah 17 aset yang disebut di dalam dokumen itu disita kerana […]

Al-Kisah Melayu dan DAP (Bahagian 2)

Walaupun jelas DAP tidak pernah meminggirkan kepentingan mana-mana kaum, namun pemerintah sejak sekian lama mahu memaparkan imej DAP sebagai momok kepada orang Melayu. Mengapa DAP? Sudah tentu kerana DAP itu parti pembangkang, tetapi lebih daripada itu, DAP juga merupakan parti pembangkang tunggal pada zaman 70-an setelah penyerapan parti-parti lain seperti PAS dan Gerakan ke dalam […]

Dirgahayu Muslim Demokrat

“Islamisme telah mati!” laung Said Ferjani, pemimpin progresif kanan Ennahda, sebuah parti Islamis utama Tunisia, semasa kami minum kopi di kafe hotel di sini bulan lepas. Ferjani, seorang bekas perancang utama yang merancang untuk merampas kuasa regim Presiden Zine el-Abidine Ben Ali, kelihatan sungguh yakin seperti yang digambarkan semasa peralihan bersejarah yang dilakukan partinya. Sayapnya […]

Teoh Beng Hock tidak dilupa, NGO dan parti politik anjur pameran seni

Genap tujuh tahun pemergian Teoh Beng Hock yang kematiannya menjadi simbol manifestasi penyalahgunaan kuasa terhadap individu dan organisasi. Pada 16 Julai 2009 seluruh negara digegarkan dengan insiden kematian Teoh Beng Hock yang ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam Shah Alam setelah semalaman ditahan di ibu pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 bangunan tersebut […]

Tuduhan kafir harbi, pandangan ketinggalan zaman

Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) Parti Keadilan Rakyat ingin menyatakan rasa dukacita kami berikutan laporan kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Abd Rahman Osman di sebuah akhbar perdana yang menyatakan bahawa, penentangan DAP terhadap pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 jelas membenci Islam, tergolong sebagai ‘kafir harbi” […]