Najib seperti burung unta dalam menghadapi pelbagai krisis yang melanda negara

Belanjawan 2017 yang dibentangkan oleh Menteri Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib Razak bersikap seperti burung unta dalam menghadapi pelbagai krisis yang melanda negara. Daripada mengambil jalan menghadapinya, Najib memilih untuk mengelak daripada berdepan dengan masalah dan memilih bertaruh nasib menunggu sehingga masalah berakhir dengan sendirinya. Dasar Yang Tidak Serius Pembentangan belanjawan mendedahkan keinginan mendalam […]

SPRM gigih tangkap ‘ikan bilis’, tapi ‘ikan paus’ masih bebas

KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Peristiwa penahanan pegawai berpangkat tinggi dan bergelar “Datuk Seri” di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), baru-baru ini, mengundang seribu satu persoalan yang menuntut tindak balas segera pihak berwajib. Setiausaha DAP Kuala Lumpur, Lim Lip Eng memetik laporan lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia berkata, pegawai yang diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) […]

Anda tidak boleh memaksa orang menerima kepercayaan anda

Sejak kecil saya adalah seorang yang suka bercita-cita dan membayangkan apakah yang akan terjadi pada masa hadapan. Terutamanya tentang kehidupan saya bersama dengan orang yang saya sayangi. Bagaimanapun, kebanyakkan apa yang dibayangkan adalah bersifat kegembiraan dan sangat sedikit perkara yang mengecewakan. Sehinggalah saya menghadiri satu temuduga kerja di sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu Centre for […]

Di sebalik 1MDB, skandal lain sedang berlangsung

Sudah lebih semingu butiran skandal 1MDB didedahkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. Dalam ayat Andrew McCabe yang merupakan Timbalan Pengarah FBI, menurutnya “rakyat Malaysia ditipu hidup-hidup”. Penipuan berskala antarabangsa yang melibatkan pelbagai syarikat itu dikaitkan dengan “Malaysian Official 1 (MO1)” dan rakan perniagaan malah ahli keluarganya. Namun, sehingga kini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahidi Hamidi […]

Jangan termakan umpan ‘konspirasi jatuhkan Melayu-Islam’ – Datuk Ariff

RAUB, 25 JULAI: Rakyat Malaysia diingat supaya tidak tertipu dengan jerat kaum dan agama yang dimainkan pihak tertentu berikutan pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) melibatkan kebocoran AS$3.5 bilion dana 1MDB yang dicuri untuk ‘berfoya-foya’. Ia antara lain cuba menggambarkan Amerika Syarikat sedang masuk campur hal ehwal dalaman  Malaysia mengaitkan ianya sebagai konspirasi jahat Amerika […]

Menelusuri evolusi politik Islam di Malaysia (Siri II)

Evolusi Islam politikal di Malaysia terbahagi kepada tiga peringkat: Kebangkitan Islam yang menggerakkan perubahan dalam UMNO dan PAS pada 1982, kemunculan kelompok progresif PAS pada 1998 dan ‘pasca-Islamisme’ pada 2015. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu membuat perbandingan trend antarabangsa dalam perdebatan Islam politikal dan politik Islam di Malaysia kerana dalam banyak segi, politik adalah hal dalaman negara. […]

Bahagian V: Turki tanpa Ataturk – era Perang Dunia Kedua (1939–45)

Pemergian Mustafa Kemal Ataturk pada 1938 telah digantikan oleh teman seangkatan tenteranya, Ismet Inonu, sebagai Presiden. Turki muda pasca-Ataturk mengalami kesusahan sekali lagi. Dalam keadaan pembangunan negara yang masih belum sekata, jalan-jalan yang masih belum dibina penuh, kemiskinan yang masih melarat, Perang Dunia Kedua pula bakal meletus. Kali ini Inonu, seperti pemimpin-pemimpin lain yang berkebolehan, […]

Hukum pelajar bantah TPPA, UM lebih sudu dari kuah

Pemuda DAP Kebangsaan (DAPSY) mengecam tindakan Universiti Malaya (UM) memberikan surat tunjuk sebab kepada empat mahasiswanya kerana menyuarakan bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama akhir bulan lalu.

Apa beza UiTM dengan universiti negara komunis?

Senator DAP Professor Dr Ariffin Omar berkata, Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak sepatutnya menyalahgunakan kebebasan bersuara dengan menganjurkan program yang ‘tidak waras’ dan berbentuk membancuh otak seperti di negara komunis.

Politik dan Orang Berpikir – Muhammad Nazreen

Senang cerita, hendak atau tidak, kita tak boleh lepas dari politik. Politik tetap berperanan dalam kehidupan kita. Orang menolak untuk ambil tahu tentang politik, sebenarnya dengan cara itu mereka sendiri mengambil sikap politik.