Tok Guru Nik Aziz: Pembimbing generasi progresif

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Parti Amanah Negara yang menjadi penganjur seminar hari ini kerana sudi menjemput saya untuk berkongsi pandangan berhubung legasi mantan Mursyidul Am PAS serta Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.  Sememangnya saya seorang ahli politik, dan saya mewakili parti DAP. Namun saya berharap kehadiran saya […]

Perogol patut ke penjara, bukan jinjang pelamin

Kepada Yang Berhormat Shabudin Yahya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor dari parti Barisan Nasional (BN). Sila fahami kata-kata saya: Rogol itu jenayah. Dan jenayah itu patut dihukum dengan setimpalnya, bukan diberi ganjaran. Saya berasa amat jijik dengan kenyataan Shabudin Yahya bahawa kahwin selepas rogol boleh mengubati masalah sosial. Ternyata bahawa dia tidak memahami langsung apakah itu […]

‘Pelakon’ terkenal Malaysia bertemu Rajinikanth

“Tuhan mengurniakan banyak perkara kepada mereka yang jahat, tetapi Dia tetap akan menggagalkan mereka jua akhirnya. Tuhan banyak menguji mereka yang baik-baik, tetapi Dia tidak sesekali akan mengecewakan mereka,” kata Rajinikanth menerusi filemnya Baashha yang ditayangkan dalam tahun 1995. Selain gemar membebankan rakyat dengan pelbagai dasar mengarut, Datuk Seri Najib Razak juga gemar berswafoto (selfie). […]

Ketuanan Islam dan Ketuanan Melayu

Satu hari akan tiba, apabila kita ditanya, mengapa kita melakukan kemungkaran, bermusuhan sesama sendiri, bahkan hingga sampai kepada tahap mahu mencederakan sesama sendiri. Ketika itu, bila kita sedar kita akan kata bahawa kita jadi begini sebab kita dengar hasutan ketua dan pembesar-pembesar kita dan mereka membawa kita kepada kesesatan. Ketika itu, kita akan berdoa kepada […]

Ini bukti Melayu, Islam terbela di Pulau Pinang, DAP jawab Shahrizat

KUALA LUMPUR, 22 MAC: Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil nampaknya masih kabur dengan kejayaan kerajaan negeri Pakatan Harapan membela nasib semua kaum, termasuk Melayu sepanjang memimpin Pulau Pinang. Bekas menteri itu semalam menuduh kononnya orang Melayu dan bumiputera tidak ada tempat di Pulau Pinang sejak ditadbir DAP dan Pakatan Harapan. Bagaimanapun, tuduhan […]

Pentingkah ideologi?

Ideologi sosial demokrasi yang dipegang oleh DAP jauh berbeza daripada komunisme. Pegangan politik ini berevolusi daripada sosalisme demokratik yang menjadi asas penubuhan DAP pada 1966. Sosialisme demokratik bererti sosialisme yang menolak komunisme, menentang pemerintahan diktator, dan menganggap demokrasi dan kebebasan sebagai elemen penting dalam perjuangan. Sepanjang era Perang Dingin, DAP tidak menyokong sistem kapitalis imperialis […]

Ekspresi Negaraku vs Rukunegara

Sabtu lepas, Datuk Seri Najib Tun Razak telah lancar satu program bernama Ekspresi Negaraku di Putrajaya. Niatnya ialah mahu bangkitkan semangat patriotik. Sekali dengar sedap juga ucapannya: “Di sinilah negara tempat kita lahir, tempat kita bertatih semasa kecil, bersekolah dan membesar dan mencari rezeki sebagai orang dewasa dan apabila sampai waktunya kita akan bersemadi di […]

Ziarah Lim Kit Siang, Pak Samad Said ukir senyuman keluarga enam beranak

KUALA LANGAT, 13 MAC: Siapa sangka, pagi itu Suraya Ahmad, 34, menerima tetamu yang berziarah ke teratak kecilnya tidak jauh dari masjid Kampung Seri Cheding. Sebaik rombongan tiba depan pintu rumah, dia keluar bersama anak sulungnya yang lantas menghulur salam kepada dua tetamu itu. Ibu kepada lima anak itu, mengukir senyum disapa Lim kit Siang […]

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

P.Ramlee pernah menggunakan ungkapan ‘pelik bin ajaib’ bagi menggambarkan keadaan yang amat menghairankan. Begitulah yang saya rasa apabila melihat kenyataan-kenyataan pemimpin PAS kebelakangan ini. Apakah PAS kini hilang arah tujuannya? Tidak menang pilihan raya tidak mengapa Ambil sebagai contoh kata-kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin yang baru-baru ini menegaskan bahawa parti tersebut tidak […]

“Alangkah baiknya jika ramai pemimpin Melayu seperti Kit Siang” – bekas menteri UMNO

KUALA LUMPUR, 22 FEB: Mungkin ramai dalam UMNO-Barisan Nasional (BN) masih mengambarkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang seperti mana unit propaganda UMNO, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) memfitnah tokoh veteran DAP itu. Namun, bagi seorang bekas menteri UMNO dan orang kuat di zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Kit Siang bukanlah pemimpin sejahat dan […]

Ayuh Melayu, fikir secara kritis

SAYA masuk DAP atas beberapa sebab; tetapi yang utama ialah untuk mengajak orang Melayu UMNO mula berfikir secara rasional. Menyokong tanpa memahami isu sebenar seperti yang dituntut oleh Umno sekian lama, jelas melemahkan minda Melayu. Kesannya dilihat setiap masa. Apabila Melayu Umno percaya cerita dongeng Raja Arab memberi sumbangan derma kepada Najib; dan percaya bahawa kerugian […]

PAS diminta kemuka bukti fatwa mana yang dihalang kerajaan negeri

GEORGE TOWN, 2 FEB: PAS tidak boleh membuat dakwaan melulu ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang kononnya mencampuri urusan Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri, sebaliknya perlu memahami prosedur perjalanan pentadbiran kerajaan. Menurut Ahli Jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah, Zulhazmi Shariff, tidak menjadi kesalahan atau bercanggah dengan Seksyen 48 untuk fatwa dikemukakan terlebih dahulu kepada Majlis Mesyuarat […]