DAP tak minta jawatan TPM, tapi sejak bila TPM hanya untuk UMNO?

Semalam 25 Januari 2017, Selasa saya menulis “Apa Salahnya DAP menjadi TPM?” yang kemudiannya disiarkan di portal Malaysiakini. Komen-komen pembaca di ruang komen artikel tersebut pelbagai. Ada yang munasabah, terbuka malah ada juga yang masih terkongkong dalam tempurung perkauman. Hari ini 26 Januari 2017, Utusan Online dan saya percaya Utusan cetak juga ada menyiarkan berita […]

Jangan guna agama tapi amal dasar jahiliah

BUKIT MERTAJAM, 13 DIS: Rakyat diseru tolak politik yang menggunakan agama tetapi mengamalkan dasar-dasar jahiliah demi kepentingan peribadi atau kumpulan tertentu. Dasar jahiliah yang dimaksudkan itu antara lain dengan menyebarkan fitnah, kebencian dan perkauman sempit yang hanya akan memecah belahkan rakyat pelbagai kaum negeri ini. Saranan itu dibuat Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dalam […]

Fitnah dan Utusan umpama isi dengan kuku

Saya ingin merujuk kepada satu lagi siri fitnah oleh Utusan Malaysia pada 6 Disember 2016 yang jelas bertujuan untuk menggambarkan DAP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai ancaman kepada orang Melayu. Kampung Mutiara Salah satu tuduhan liar yang dilemparkan adalah bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang lepas tangan terhadap isu Kampung Mutiara, Batu Ferringhi. Malah, Utusan […]

Perjuangan ‘buta warna’ DAP untuk politik masa depan

Konvensyen DAP Johor 2016 telah selesai dijalankan pada 23 Oktober lalu dengan jayanya. Dalam konvensyen tersebut, saya berpeluang memberi respon terhadap ucapan perbahasan delegasi konvensyen. Antaranya, perbahasan mengenai keperluan mewujudkan think tank bagi merangka strategi mendekati pengundi Melayu. Sebagai seorang AJK DAP negeri, respon saya seperti berikut. Melihat DAP sebagai sebuah parti berteraskan kaum Cina […]

Antara Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan BN, siapa sebenarnya gagal?

Dalam masa lapan tahun, Kerajaan Pakatan telah berjaya mengubah Pulau Pinang, negeri tercorot di bawah pentadbiran BN pada tahun 2006-2007, menjadi juara nombor satu dalam kadar pertumbuhan KDNK per-kapita bagi tahun 2014-2015. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehubungan itu membantah keras pembohongan BN kononnya prestasi ekonomi dan kewangan Kerajaan Negeri Pakatan sangat menyedihkan, dan memutarbelit kejayaan […]

Pertembungan Syiah dan Ahlus-Sunnah: Contohi pendekatan Mufti Pulau Pinang

Bulan lepas muncul satu suara yang sangat progresif dan menenangkan daripada seorang agamawan yang bergelar mufti, Sahibus Samahah Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Mufti bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Beliau menyebut Syiah adalah sebahagian daripada Islam dan menolak pendapat mengkafirkan yakni mengeluarkan aliran fahaman Syiah daripada payung besar Islam. Sekaligus ijtihad beliau berbeza […]

Jenayah melabel : Penghalang utama perpaduan di Malaysia

Era moden yang kompleks telah menyebabkan tanggungjawab individu, keluarga dan juga kerajaan semakin dipersoal; idea tentang apa yang terbaik untuk masyarakat sedang diperbahas walaupun kekurangan isi-isi penting bagi mewujudkan wacana yang sihat. Hari ini, kita dapati bahawa perbezaan antara perkara benar atau salah sukar dibezakan. Kepentingan agama dan kehidupan sering disalah erti, bergantung kepada pihak […]

DAP kemuka garis panduan elak rasuah bina ‘Taman Tugu’

KUALA LUMPUR, 6 SEP: Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, hari ni mengalu-alukan projek menaiktaraf kawasan Tugu Negara sebagai Taman Tugu seluas 66 ekar sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 4 September baru-baru ini. Bagaimanapun, sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan, beliau berkata cadangan rakyat kawasan Segambut perlulah diambil kira sebelum projek bernilai RM650 […]

Peka dengan pelecehan seksual terhadap kanak-kanak

Beberapa minggu ini jiwa halus rakyat Malaysia dari segenap lapisan etnik terperangah dan tercabik seperti disergah dentuman guruh di siang bolong, ketika disuguhkan dengan pemberitaan komplotan pedofil di pusat tahfiz memangsa kanak-kanak yang masih polos dan lugu. Pembongkaran itu akhirnya menyusul lagi lewat media sosial, netizen mendedahkan kejadian seumpamanya turut berlaku di tempat pengajian tahfiz […]

Syerleena, ‘Shit’ Shahnon Ahmad dan kesedaran politik – Bahagian 1

Ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditahan sebagai tahanan politik. 1998, menjadi tahun keramat tercetusnya fenomena ‘Reformasi’ di seluruh pelusuk negara. Ribuan rakyat Malaysia yang kian muak dengan pemerintahan Tun Mahathir Mohamad pada waktu itu telah turun ke jalan raya mengacungkan genggam ke udara sambil melaungkan Reformasi. Ia adalah tindakan yang dianggap songsang malahan […]

RUU 355: Membuka Kotak Pandora? – Bahagian 3

Bahagian 1 – RUU 355: Apa yang diragui? Bahagian 2 – RUU 355: Analisa wacana semasa Implikasi RUU ini cukup besar kerana terlalu luas dan tiada had. Jika diteliti enakmen jenayah syariah yang sedia ada (rujukan kepada enakmen jenayah negeri Selangor), antara kategori kesalahan yang dikanunkan adalah: kesalahan berhubungan dengan akidah, kesalahan berhubung dengan kesucian agama Islam […]

Antara MO1, Najib dan YB Langkawi; apa dan mana nilai sanjungan Melayu?

Saya tidak faham kenapa kita hendak berkelahi mengenai status langkah yang diambil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, atau kita menyusahkan dan mengusutkan fikiran mengenai sama ada tindakan DOJ sivil atau jenayah. Apa yang lebih penting ialah cerita dalam tindakan tersebut. Betul, tindakan itu tindakan sivil. DOJ memohon mahkamah untuk menyita pendapatan dan harta Wolf […]