Wanita: Pandangan dari seorang anak muda muslim

Masih menjadi satu pegangan yang agak kuat bahawa wanita memainkan peranan “terbaik” mereka di rumah. Pegangan ini masih digigit kuat oleh gigi geraham golongan yang masih agak konservatif dan keliru dengan pengasingan peranan gender, hak individu mengembangkan potensi, tanggungjawab pasangan dalam memastikan kestabilan institusi keluarga dan penggunaan nama Islam atas penghujahan hal-hal ini. Jika diamati, […]

Tuduhan rasuah bermotif politik, kata Guan Eng

GEORGE TOWN, 24 MAC: Lim Guan Eng tidak terkejut melihat pemimpin PAS dan UMNO berganding bahu mendesak beliau bercuti sementara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan rasuah Barisan Nasional ke atasnya kerana ia adalah bermotif politik. Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang dikaitkan dengan pembelian rumah lama berusia 30 tahun dengan penjualan tanah di […]

Lagi fitnah cybertrooper: Carta keluarga palsu kaitkan pemimpin DAP dengan komunis

GEORGE TOWN, 29 FEB: DAP mengutuk fitnah jahat yang disebarkan melalui sebuah carta “Keluarga Komunis Malaysia” mengaitkan beberapa pemimpin tertinggi parti dengan pemimpin komunis Malaya, mendiang Chin Peng. Walaupun carta itu bersifat kebudak-budakan, masih ada rakyat Malaysia yang tidak tahu sejarah serta mudah dipengaruhi telah percaya dengan propaganda berbaur perkauman tersebut. Menurut Ketua Parlimen DAP, […]

Kes guru agama dakwa dipukul polis, DAP sedia bantuan guaman

ALOR SETAR, 22 FEB: Seorang guru agama KAFA mendakwa dua anggota polis menengking, menghina dan memukulnya di Balai Polis Gurun pada Selasa lalu sehingga cedera di kepala dan tangan serta trauma. Guru tersebut, Mohd Na’im Zakaria, 29, kemudiannya meminta bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darul Aman, Teoh Boon Kok bagi mengadakan sidang media […]

Stephen Wong: Mendepani cabaran politik semasa Sabah pra-PRU14

Kehadiran pembangkang dari Semenanjung di Sabah dan Sarawak dianggap ancaman terbesar terhadap gerakan parti-parti politik nasionalis sehingga wujudnya istilah ‘parti Malaya’ yang dipropagandakan sebagai agenda perluasan ‘kuasa orang Semenanjung’. Ia memberi saingan sengit kepada DAP Sabah untuk meluaskan pengaruh dan perkhidmatannya. Namun, melalui usaha berterusan, rakyat Sabah khususnya di kawasan pedalaman semakin melihat DAP sebagai […]

Liarkan bacaan, elak taklid buta atau syok sendiri

  TONG kosong berbunyi kuat daripada tong berisi. Begitulah manusia. Manusia yang penuh ilmu di dadanya akan mengelak percakapan dan perbuatan sia-sia. Peribahasa itu cukup kuat menusuk ke dalam sanubari saya. Maka, saya cuba mengubah diri – membaca semakin banyak buku, dari buku falsafah yang kadang–kadang membuatkan kepala pening dengan istilah dan buku agama yang mengajar […]

Menangani kemelut Rohingya

BIARPUN sejauh mana kita melangkah maju, dunia hari ini terus dihadapkan dengan krisis kemanusiaan yang menggemparkan. Di Sudan, Syria dan Sri Lanka hari ini, berjuta-juta insan tidak berdosa terus menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman. Lebih hampir di negara kita, krisis Rohingya di Myanmar kini menular ke negara-negara jiran apabila pelarian melingas-lingas mencari perlindungan daripada penindasan oleh […]

Tawaran baru untuk Malaysia

  KETIKA krisis besar melanda dalam semua aspek, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO seperti sudah tiada harapan. Namun mereka boleh saja terus bertahan dengan mencipta “Insiden Low Yat” berulang kali untuk melagakan anak muda miskin dengan alasan perkauman – anak muda berbangsa Cina mana yang akan bekerja di kedai telefon bimbit untuk gaji tidak […]

DAPSY: Polisi UMNO BN pincang punca tiga perempat mahasiswa berlapar

KUALA LUMPUR 11 JAN: Situasi tiga perempat mahasiswa di universiti tempatan mengaku tidak mampu membeli makanan menunjukkan kepincangan polisi ekonomi kerajaan UMNO BN yang memberi impak negatif kepada semua lapisan masyarakat. Apatah lagi, Ketua Biro Ekonomi Sosialis Muda DAP (DAPSY), Raja Ahmad Iskandar Fareez, berkata tidak semua mahasiswa memiliki dana mencukupi untuk meneruskan hidup di […]

‘Berdosa’ kritik jabatan agama punca kebebasan beragama terancam

KUALA LUMPUR 22 DIS: Budaya ‘berdosa’ mengkritik tindak tanduk jabatan agama di negara ini antara sebab tahap kebebasan beragama di Malaysia terancam, kata Penolong Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Bukit Bendera, Muhammad Shakir Ameer. Merujuk Laporan Kebebasan Pemikiran 2015 yang menyenaraikan Malaysia di kedudukan terburuk berkait kebebasan bersuara dan kebebasan beragama, beliau berkata kritikan terhadap […]

Kerangka syariah dan label retorik Islami

KETIKA negara terumbang-ambing dengan kemelut tiada kesudahan, ada agamawan bersungguh-sungguh melaungkan ‘hanya Islam jalan penyelesaian’, ‘kembalilah pada Islam’ dan bermacam-macam lagi ungkapan retorik keagamaan. Kata-kata itu hanyalah ungkapan kosong dan kabur dari sudut implementasi. Pengertian Islam ringkasnya ialah menyerah diri kepada Allah swt. Jadi, bagaimana ‘kembali pada Islam’ itu berdiri dan bergerak? Mudah jika ungkapan […]